Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 Cara Kawalan Kelas Yang Mudah

10 Cara Kawalan Kelas Yang Mudah dengan mengawal murid penting bagi memastikan kelancaran PdPc. Mengikut pengalaman dan perkongsian rakan-rakan guru, berikut ialah antara teknik mengawal murid yang boleh dibuat.

Isi Kandungan

10 Cara Kawalan Kelas Yang Mudah

Cara Kawalan Kelas
Cara Kawalan Kelas

1. Hands Signals

Guru menggunakan isyarat tangan untuk mendiamkan murid. Contoh, 1,2,1,2….Finger on your lips.

2. Suasana Kelas

Suasana kelas merujuk kepada banyak aspek. Jika kelas mempunyai tone warna pastel, murid mudah menjadi bosan. Warna vibrant menjadikan murid lebih fokus. Warna/corak dominan pada bahagian depan kelas memudahkan murid memberi perhatian. Pada waktu tengah hari, murid lebih penat dan tidak selesa, jadi guru perlu pilih aktiviti yang lebih ceria, pergerakan fizikal dan penuh dengan media.

3. Busy Bee

Pastikan bahan sumber dan aktiviti penggayaan ada banyak di dalam kelas. Murid jadi bising dan tidak terkawal semasa aktiviti selalunya kerana mereka tidak tahu hendak buat apa dan jika siap awal latihan, mereka tiada aktiviti tambahan. ‘keep them occupied’

4. Hi-Lo Technique

Murid jadi bosan sebab suara cikgu yang perlahan dan tidak meyakinkan. Oleh itu, guru perlu menguatkan suara. Boleh juga guna mikrofon.  Pelbagaikan intonasi. Jika murid terlalu bising cikgu, berbisik dan senyap, freeze, tunggu sehingga murid senyap kerana mereka pasti ingin tahu kenapa guru senyap.

10 Cara Kawalan Kelas Yang Mudah 1
Cara Kawalan Kelas

5. Timed Rewards

Murid diberikan ganjaran tertentu jika mereka dapat mengawal suara dan perangai mereka untuk setiap aktiviti.

6. Countdown

Guru meletakkan ‘countdown’ sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Dengan itu, murid segera senyap dan bersedia.

7. Sir Yes Sir

Apabila murid mula membuat bising, guru melaungkan ‘Attention!’, dan murid lain menunjukkan tangan hormat sambil menjerit ‘Sir Yes Sir!’

8. BRILLIANT

Setiap kumpulan akan diberikan huruf demi huruf sehingga lengkap BRILLIANT. Syaratnya, bagi setiap aktiviti murid perlu mengawal tindakan mereka. Jika mereka patuh, huruf demi huruf diberikan bagi setiap pusingan. Bila lengkap huruf mereka, kumpulan yang BRILLIANT diberikan ganjara

9. Blurt Beans

Setiap murid dapat beberapa biji kacang. Murid berusaha menjaga biji kacang mereka agar dapat mereka masukkan ke dalam botol dengan ganjaran mengikut aras. Jika perbuatan tidak baik berlaku, guru mengambil beberapa biji kacang and dengan itu melambatkan proses memenuhkan botol tersebut. Boleh juga guna guli atau yang bersesuaian.

10. Noise O Meter

Satu spinner meter dibuat. Ada indikator tahap suara mereka yang dibenarkan mengikut tugas.

Penutup

Itulah antara info yang boleh dikongsikan tentang Cara Kawalan Kelas Yang Mudah.Diharap perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat yang besar buat pembaca.

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi terkini.

Anda juga mungkin berminat :

Cara Semak Markah Prestasi di HRMIS

HIMPUNAN NOTA RINGKAS SEMUA TINGKATAN 1 HINGGA 5 SEMUA SUBJEK

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More