Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 Khasiat dan Kebaikan Nenas Batu

Nenas dipercayai berasal dari sebelah timur tengah. Nenas batu yang terbaik berasal dari negara Mesir.  Nenas dari negara ini paling berkhasiat.  Bentuknya juga lebih besar jika dibandingkan dengan nenas dari Malaysia.

Pokok nenas batu hampir sama dengan nenas biasa tetapi daunnya lebih kecil dan tirus. Pokoknya juga jauh lebih kecil daripada nenas biasa. Buah nenas ini mempunyai ciri dan bentuk yang serupa dengan nenas biasa cuma ia bersaiz kecil dan bertangkai panjang.

Isi Kandungan

Apa Itu Nenas Batu

Untuk pengetahuan anda semua, nanas batu atau pine cone ini adalah sejenis tanaman tumbuhan yang berasal daripada kategori keluarga Bromeliaceae sama dengan jenis nanas yang lain. Ia digelar dengan nama ini dalam kalangan masyarakat kita kerana bentuknya yang seakan serupa dengan batu. Menariknya, kulit dan isi buah ini juga sedikit keras, sesuai dengan namanya. Mungkin agak kurang popular sebagai bahan makanan atau masakan, namun ia juga selalu dijadikan suplimen kerana nanas batu dikatakan mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh badan.

Tips untuk membezakan nenas tiruan dengan yang asli

  • Nenas asli akan menguncup sewaktu direndam
  • Nenas tiruan akan kekal bentuknya seperti sebelum direndam.
nenas batu

10 Khasiat dan Kebaikan 

  • Nenas batu ini sangat bagus untuk diamalkan oleh wanita tidak kira remaja mahupun sudah berusia sebagai jamu atau suplemen tambahan kerana ia mempunyai pelbagai kebaikan dan khasiat yang anda akan perolehi antaranya awet muda, mengurangkan masalah senggugut dan keputihan.
  • Wanita yang baru sahaja bersalin atau dalam pantang, sangat digalakkan mengamalkan nenas ini secara seminggu sekali sahaja untuk membantu proses mengecutkan rahim dan secara tidak langsung dapat menjaga kesihatan rahim dan memulihkan tenaga selepas bersalin.
  • Bagi anda yang mempunyai masalah kencing tidak lawas, kencing berdarah dan sakit batu karang serta buah pinggang, anda boleh terus mengamalkan nenas batu ini secara konsisten.
  • Nenas ini sangat membantu untuk proses membuang angin dalam badan.
  • Bagi wanita yang sudah berusia dan bakal berdepan dengan masalah putus haid atau menopause, nenas dapat membantu anda dalam mengurangkan kesan daripada masalah tersebut.
  • Nenas ini dipercayai dapat membantu merawat strok dengan meminum dan menyapukan air nenas ini pada anggota badan yang terkena strok.  Walaubagaimanapun tiada kajian saintifik yang dilakukan berkenaan perkara ini.
  • Dipercayai dapat membantu untuk menyembuhkan penyakit buasir.
  • Nenas ini dapat membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
  • Bagus diamalkan sekiranya ada sering berasa letih dan lemah kerana nenas batu dapat membantu membuang toksin di dalam badan anda.
  • Dengan mengamalkan nenas batu, ia dapat melancarkan perjalanan darah anda.

Menarik untuk anda layari 9 Manfaat Barli untuk Kesihatan

Cara Menggunakan Nenas Batu

  1. Basuh nenas sehingga bersih.
  2. Rendam nenas di dalam bekas yang berisi air panas yang mendidih.
  3. Pastikan anda membiarkannya selama satu jam atau sehingga anda melihat nenas itu kelihatan menguncup.
  4. Keluarkan nenas yang telah direndam.  Sekiranya terdapat serpihan kelopak nenas batu, keluarkan atau tapis air rendaman tersebut.
  5. Air rebusan tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari bagi kesan terbaik.  Bagus diamalkan pada setiap kali selepas bangun tidur. Jangan lupa untuk berselawat sebanyak 3 kali sebelum minum.
  6. Untuk pengetahuan anda, nenas yang telah direndam boleh digunakan semula.  Anda hanya perlu jemur sehingga nenas kering dan boleh digunakan semula  untuk minggu berikutnya.
  7. Sekiranya anda melihat kelopaknya tidak berkembang, ini menunjukkan khasiatnya sudah habis dan ia tidak boleh digunakan lagi.
  8. Nenas batu  boleh digunakan sehingga setahun lebih tetapi bergantung kepada penggunaan.

Nenas batu bagus untuk diamalkan oleh lelaki juga wanita.  Khasiat dan manfaat yang terdapat di dalamnya mampu membantu mencegah dan menjadi ikhtiar penyembuhan beberapa masalah kesihatan dalaman.

Untuk mendapatkan khasiat nenas batu ini kita hendak membasuh buah tersebut sehingga bersih, kemudian rendam ke dalam jag yang berisi air panas. Biarkan selama satu jam sehingga buah nenas batu itu tenggelam. Setelah buah tersebut tenggelam, keluarkannya dari jag dan minum air rendaman buah tersebut. Air rendaman tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari. Nenas batu yang telah direndam tadi boleh digunakan semula dengan menjemurnya sehingga kering di bawah sinaran cahaya matahari. Kelopak buah nenas batu yang kering akan tertutup bila direndam dan berkembang apabila dijemur. Sekiranya kelopak buah nenas batu sudah tidak mampu berkembang apabila dijemur, menandakan khasiatnya telah tiada. Biasanya nenas batu boleh digunakan sehingga setahun atau lebih.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan penannam nenas, boleh layari Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More