10 Makanan Diet Untuk KURUS
Makanan diet adalah jenis makanan yang rendak kalori yang diambil oleh setiap orang.
Dah puas beraya hampir sebulan? Sedar tak sedar bulan Syawal pun akan meninggalkan kita. 4 hari saja lagi kita berada di bulan Syawal. Tapi hujung Julai nanti Raya Aidiladha pula.(jangan sambung terus makan-makan sedap tau)
Walaupun kita semua beraya dalam suasana yang berbeza tahun ini, pastinya juadah-juadah semasa hari raya tetap disediakan walaupun hanya untuk sekeluarga, kan.
Ketupat, lemang,rendang, biskut-biskut antara juadah wajib dan banyak lagi yang disediakan.
Kononnya setelah berpuasa sebulan, berat badan turunlah 3 kilo dan kelihatan langsing pada 1 Syawal. Maka bila rasa berat dah turun tu, terasa hendak membalas dendam dengan makan apa saja semasa raya.
Bila raya dah nak habis, barulah tersedar “eh,baju aku dah sempit..bla..bla..berat aku dah naik balik” . Haaaa… sila nangis bucu katil seorang diri.
Apapun, apa kata kita cuba motivasi diri untuk berdiet secara sihat. Bukan diet tanpa makan tau. Jangan tak tahu, sebenarnya ada beberapa jenis makanan yang boleh membantu diet sihat untuk kuruskan badan.
Isi Kandungan
Berikut adalah 10 Makanan Diet Untuk KURUS yang boleh korang cuba.
1.Salmon
Ikan Salmon adalah salah satu makanan diet kaya dengan protein. Protein membina otot. Lebih banyak otot, maka lebih banyak lemak yang akan dibakar. Apa yang lebih menarik lagi, ikan Salmon kaya dengan omega-3 yang akan membantu membakar lebih lemak di badan.
2. Ubi Keledek
Antara makanan diet yang lain ialah ubi keledek ada karbohidrat. Ianya termasuk dalam kategori “slow carb”. Ubi keledek akan dicerna secara perlahan-lahan. Kesannya anda akan lambat lapar. Selain itu, ubi keledek ada carotenoids. Komponen ini merupakan antioksida yang akan menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ubi keledek juga kaya dengan vitamin A, C dan B6.
3. Quinoa
Quiona merupakan makanan diet yang jarang diketahui ramai yang lengkap dengan protein. Quinoa mengandungi kesemua rantaian asid amino yang diperlukan otot. Quinoa membantu menghapuskan kandungan lemak di badan. Pada tahun 2015, dalam Journal of Diabetes Investigation, sekumpulan pengkaji mendapati mereka yang makan protein dari sayuran berpotensi melindungi diri daripada metabolic syndrome ( kolestrol tinggi, gula tinggi dan obesiti). Lebih menarik lagi, quinoa mengandungi betaine yang tinggi. Betaine akan menutup gene yang mengalakkan pengedaran lemak.
4. Almond
Pada tahun 2015, Journal of the American Heart Association mengatakan makan 1.5 ounces kacang almond setiap hari akan menurunkan lemak di perut dan peha. Dalam almond ada asid amino L-arginine yang akan membakar lemak dan juga karbohidrat. Kacang ini sesuai dijadikan makanan diet dalam sajian harian.
5. Greek Yogurt
Bezakan yogurt ini dengan yogurt yang biasa anda makan. Yogurt berperisan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Berbeza dengan Greek Yogurt. Yogurt ini masam dan tidak manis. Greek Yogurt kaya dengan vitamin D dan kalsium. Komponen ini akan memberhentikan hormon kortisol. Hormon kortisol dikenali sebagai hormon stress yang akan menyebabkan lemak melekat pada perut. Sebab itu juga, orang yang stress senang gemuk.
6. Bayam
Ini adalah makanan kegemaran Popeye. Sayur bayam (spinach) merupakan sayur yang penuh tenaga. Dalamnya ada vitamin A, iron dan folate. Kesannya selera makan berkurang sekaligus membantu proses menurunkan berat badan berlebihan.
7. Kulit Kayu Manis
Mulakan pagi anda dengan kulit kayu manis. Orang puteh panggil Cinnamon. Kulit kayu manis akan membantu meningkatkan metabolism badan. Seterusnya mengalakkan pembakar lemak. Kulit kayu manis juga mempunyai polyphenols yang berupaya meningkatkan tahap sensitiviti insulin. Kesannya kandungan gula dalam darah bertambah stabil. Nak makan begitu saja? Hancurkan kulit kayu manis dan tabur pada air teh atau kopi. Minum di pagi hari.
8. Tuna
Macam ikan Salmon, ikan Tuna mmerupakan sumber protein yang bagus. Tuna kaya dengan asid docosahexaenoic (DHA) yang berpotensi menutup gene yang membentuk lemak di abdomen. Sebolehnya cari ikan Tuna yang segar. Kurangkan Tuna dalam tin kerana Tuna dalam tin merupakan processed food. Processed food menggemukkan.
9. Kobis Bunga
Sayuran ini seringkali dimasukkan ke dalam sup seperti tomyam dan sup ayam. Bunga kobis (cauliflower) dikenali sebagai tumbuhan jenis thermogenik. Bunga kobis akan menyebabkan badan membakar lebih kalori apabila memakannya.
10. Teh Hijau
Teh hijau mengandungi antioksida ECGC yang berupaya meningkatkan tahap metabolisma badan. Apabila tahap metabolisma badan meningkat, badan cepat dan senang membakar lemak berlebihan. Teh hijau juga merupakan minuman utama masyarakat Jepun yang hidup sehingga umur 90 tahun.
Semoga berjaya dengan misi kurus secara sihat.
Menarik untuk anda baca: Tips mata sihat