Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 Petua Rambut Gugur Teruk!

Petua rambut gugur ni boleh dapat dari orang tua, dari doktor dan juga pemgamal kesihatan moden serta tradisional. Terlalu banyak petua rambut gugur yang kita boleh dapatkan kerana masalah rambut gugur ini adalah masalah biasa yang dialami oleh ramai orang, terutama kaum wanita.

Bila rambut gugur, ianya bukan sahaja beri kesan psikologi kerana membuatkan kerisauan, tapi ia juga boleh menyebabkan kurang keyakinan, masalah kebersihan, ketidak selesaan serta banyak lagi. Jadi, diharap ptua rambut gugur yang kami kongsikan ini bermanfaat.

Banyak faktor yang menyebabkan rambut gugur ini. Antaranya adalah disebabkan diet pemakanan yang diambil, kekurangan nutrien atau mungkin faktor genetik. Rambut gugur boleh berlaku pada rambut di bahagian kulit kepala atau mana-mana bahagian badan anda. Keturunan, perubahan hormon, keadaan perubatan atau masalah kesihatan turut boleh menjadi antara punca rambut gugur.

petua rambut gugur

Isi Kandungan

Petua Rambut Gugur

Berikut adalah beberapa petua rambut gugur yang boleh diamalkan:

  1. Minyak Kelapa: Sapukan minyak kelapa pada rambut dan kulit kepala. Ia membantu melembapkan dan menguatkan rambut.
  2. Makanan Berkhasiat: Pastikan diet anda kaya dengan vitamin dan mineral, terutama vitamin A, C, D, E, zinc, dan omega-3. Makanan seperti ikan, buah-buahan, sayur-sayuran, dan kekacang sangat baik untuk kesihatan rambut.
  3. Aloe Vera: Gel aloe vera boleh disapukan pada kulit kepala. Ia membantu merangsang pertumbuhan rambut dan mengurangkan keradangan.
  4. Peminuman Air: Minum cukup air setiap hari dapat membantu menjaga hidrasi dan kesihatan rambut.
  5. Hindari Stres: Stres berlebihan boleh menyumbang kepada rambut gugur. Amalkan teknik relaksasi seperti yoga atau meditasi.
  6. Penyaman Rambut: Gunakan penyaman rambut secara berkala untuk menjaga kelembapan dan menambah kehalusan rambut.
  7. Elakkan Gaya Rambut Ketat: Menggunakan gaya rambut yang terlalu ketat boleh menyebabkan patah rambut. Pilih gaya yang lebih longgar.
  8. Air perahan limau nipis: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama dua minggu.
  9. Santan: Seterusnya ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut. Perapkan rambut dengan tuala untuk sekurang-kurangnya 30 minit. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama dua bulan.
  10. Kulit buah tembikai: Setiap kali makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok pada kulit kepala. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 sehingga 30 minit. Selepas itu barulah cuci rambut. Jika ingin biarkan semalaman juga boleh dengan penggunaan ‘shower cap’ atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal. Petua ini perlu amalkan seminggu sekali.

Cuba amalkan beberapa petua rambut gugur ini dan lihat kesan pada rambut anda!

Makanan baik untuk pertumbuhan rambut

Menurut seperti yang dikongsi laman Hello Doktor, selain petua rambut gugur dari bahan alami, ada beberapa makanan yang agak sesuai diamalkan bagi sesiapa yang mengalami masalah rambut gugur teruk. Antara makanan itu adalah:

  • Bayam : Bayam adalah sumber zat besi, vitamin A, C dan protein. Kekurangan zat besi adalah penyebab utama rambut gugur dan bayam bukan hanya kaya dengan zat besi, tetapi juga mengandungi sebum yang bertindak sebagai perapi semula jadi untuk rambut. Jadi ia adalah jenis makanan atasi rambut gugur yang terbaik untuk dicuba.
petua rambut gugur
  • Lobak dan Keledek : Memasukkan lobak dalam diet anda adalah kunci untuk rambut panjang dan berkilau. Diketahui baik untuk mata, lobak mengandungi vitamin A yang juga meningkatkan pertumbuhan rambut. Keledek juga mengandungi beta-karoten yang bertukar kepada vitamin A dalam badan kita. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan kulit kering dan gatal.
  • Telur dan produk tenusu : Susu, yogurt, keju, telur dan produk tenusu lain mengandungi nutrien penting seperti protein, vitamin B12, Zat Besi.

Penutup

Rambut mahkota wanita! selalu kita dengar kalimat itu dilaungkan. Tapi adakah kita betul-betul faham tentang perkara tu? Jadi, sebagaimana ia mahkota, penyeri pada badan kita, maka jagalah ia sebaiknya. Jaga agar sentiasa sihat dan bersih. Nak menjaga rambut sekarang ni bukan susah kerana banyak input berkenaan petua rambut gugur bersepah di internet, selain itu juga terdapat banyak klinik dan perubatan moden serta tradisional yang berfokus untuk merawat kesihatan rambut. Antara nak dengan tak nak sahaja!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More