Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 Tips Khatam Al-Quran Ramadhan Ini

Alhamdulillah. Ramadhan tiba lagi dan masing-masing mula mencari tips khatam al-quran ramadhan ini, betul tak? Bersyukur kita masih lagi diberi kesempatan dan peluang oleh Allah SWT untuk menunaikan ibadah puasa di tahun ini. Kebiasaan di bulan penuh mulia ini, ramai dikalangan kita bersungguh-sungguh untuk khatam Al-Quran sekurang-kurangnya sekali.

Disini dikongsikan tips dari Celik Al-Quran supaya anda sempat khatam sekurang-kurangnya sekali pada Ramadhan kali ni.

Isi Kandungan

Tips Khatam Al-Quran Ramadhan InsyaAllah

#1 Mulakan dengan Juzuk 1 pada hari pertama Ramadhan

  • Ingin khatam sekurang-kurangnya sekali pada ramadhan ini? Tips pertama kami – bermula seawal mungkin.
  • Jika anda berniat untuk khatam Al-Quran sekurang-kurangnya sekali pada Ramadhan kali ni, cadangan kami mula dari hari pertama lagi!
  • Jika di luar bulan Ramadhan kita sudah membiasakan diri dengan tadarus Al-Quran, seharusnya tidak sukar untuk kita meneruskannya pada bulan Ramadhan.
  • Seterusnya bagi muslimah, usah lupa buat kira sekali hari-hari yang anda tidak dapat bertadarus kerana haid.
  • Jika kelaziman anda haid 7 hari, ini bermakna anda hanya mempunyai 22-23 hari untuk bertadarus Al-Quran.

 

#2 Letakkan sasaran yang sesuai dengan diri sendiri

  • Letakkan sasaran harian. Susun jadual bacaan Al-Quran anda.
  • Bilakah waktu yang anda dapat meluangkan masa untuk bertadarus membaca Al-Quran?
  • Sasaran harian tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa waktu mengikut kesesuaian peribadi.
  • Mungkin ada yang selesa bertadarus selepas setiap kali selesai solat fardhu.  Mungkin ada yang hanya mampu membaca selepas solat terawih.
  • Ada juga yang mampu habiskan sehingga 2 juzuk setiap kali sesi bacaan.
  • Setiap orang ada kelapangan waktu tersendiri.  Susun dan letak sasaran bacaan yang sesuai dengan diri sendiri.

belajar mengaji alquran

 

#3 Sediakan waktu khusus untuk membaca Al-Quran

  • Tiada masa? Ini masalah biasa ramai orang.  Masa memang tidak akan ada jika kita tidak meluangkan masa.
  • Atur masa anda. Sebaik-baiknya luangkan masa khusus untuk membaca Alquran.
  • Sediakan waktu khusus untuk bertilawah. Kebiasannya kita memerlukan dalam 30-40 minit untuk mengkhatamkan 1 juzuk Al-Quran.
  • Ingin khatam lebih daripada sekali pada ramadhan kali ni? Luangkan masa yang lebih lama dan panjang. Atur masa sebaiknya!

 

#4 Manfaatkan waktu sebaiknya

  • Sehari kita ada 24 jam. Berapa lama kita sudi luangkan dengan membaca Al-Quran.  Sempena ramadhan ni, kurangkan berbual perkara yang sia-sia.
  • Bagi yang sudah biasa bertadarus, biasanya memerlukan 30-40 minit untuk menghabiskan bacaan 1 juzuk Al-Quran.
  • Jika kita letakkan sasaran untuk habiskan 3 juzuk sehari, maka kita hanya memerlukan 2 jam untuk membaca Al-Quran.
  • Ya, 2 jam daripada 24 jam yang kita ada dalam sehari.
  • Cara mudah, waktu yang kita biasa gunakan untuk sarapan dan makan tengahari kan dah boleh digunakan untuk mengaji Al-Quran.

belajar mengaji alquran dewasa

#5 Gunakan tenaga sebaiknya

  • Membaca Al-Quran merupakan ibadah yang banyak menggunakan mata dan suara.
  • Mata untuk melihat helaian muka surat Alquran dan suara untuk membaca Al-Quran.
  • Jadi, untuk menjimatkan tenaga tidak perlu bersuara dengan terlampau kuat. Cukup sekadar telinga kita sendiri dapat mendengarnya.
  • Simpan tenaga supaya kita boleh berterusan membaca Al-Quran dengan istiqamah.

 

#6 Manfaatkan Teknologi

  • Susah nak baca Al-Quran sebab tertinggal Al-Quran di rumah?
  • Berhenti memberi alasan!
  • Install applikasi Al-Quran di handphone. Supaya kita boleh baca di mana-mana.
  • Selepas baca, tandakan supaya boleh sambung bacaan di waktu yang seterusnya.
  • Selain itu, kita juga boleh download mp3 bacaan Al-Quran. Jika badan terlampau penat dan tak larat nak membaca, ambil lah masa untuk dengarkan alunan bacaan Al-Quran.

Mudah saja kan?

kelas alquran dewasa

 

#7 Selalu membawa mashaf Al-Quran

  • Biasakan diri untuk selalu membawa mashaf Al-Quran kemana-mana.
  • Letakkan di dalam kereta. Simpan di pejabat.
  • Ada kelapangan boleh terus capai dan baca.
  • Tidak kira Al-Quran besar atau kecil, yang penting biasakan diri untuk simpan dan bawa kemana-mana.

#8 Membaca Di Tempat Yang Tenang

  • Cari tempat tadarus (membaca Al-Quran) yang boleh membuatkan kita duduk lama dan menenangkan.
  • Perlu bezakan ya, antara tempat yang tenang dan terlampau selesa.
  • Jika terlampau selesa, takut-takut kita pula jadi mengantuk sewaktu membaca Al-Quran nanti.
  • Cadangan tempat yang tenang, boleh sediakan satu ruangan khas di pejabat yang kita gunakan khusus untuk bertadarus pada Ramadhan ini.
cara khatam alquran ramadhan

 

#9 Lawan Rasa Mengantuk

  • Perihal biasa, apabila kita membaca Al-Quran terasa mengantuk.  Lawan rasa mengantuk, jangan dilayan dan diikutkan sangat rasa tersebut.
  • Apabila rasa mengantuk, berhenti seketika. Buat sedikit regangan dan basahkan muka untuk mengembalikan kesegaran badan.
  • Boleh juga menghilangkan mengantuk dengan menukar posisi bacaan.
  • Apabila penat atau mengantuk membaca dengan cara duduk, boleh membaca sambil berdiri.
  • Tetapi jangan bertadarus sambil berbaring pula, takut-takut terus terlelap tanpa sedar!

#10 Buat kira-kira mengikut sasaran anda

  • Seperti yang kami tuliskan di atas, setiap orang berbeza sasaran dan keupayaannya.
  • Ada yang mahu khatam sekali, mungkin ada yang mahu dua kali atau lebih. Disini kami berikan contoh kira-kira ringkas sebagai panduan.

UNTUK SATU KALI KHATAM AL-QURAN:

1. Solat Subuh 4 halaman
2. Solat Zohor 4 halaman
3. Solat Asar 4 halaman
4. Solat Maghrib 4 halaman
5. Solat Isyak 4 halaman

UNTUK DUA KALI KHATAM AL-QURAN:

1. Solat Subuh 8 halaman
2. Solat Zohor 8 halaman
3. Solat Asar 8 halaman
4. Solat Maghrib 8 halaman
5. Solat Isyak 8 halaman

UNTUK TIGA KALI KHATAM AL-QURAN:

1. Solat Subuh 12 halaman
2. Solat Zohor 12 halaman
3. Solat Asar 12 halaman
4. Solat Maghrib 12 halaman
5. Solat Isyak 12 halaman

Berapa Kali Khatam Al-Quran Ramadhan Ini?

Jadi persoalannya di sini, kita ingin khatam berapa kali dalam Ramadhan kali ni?

Marilah kita sama-sama mempraktikkan tips yang dikongsi ini bagi memanfaatkan waktu-waktu terluang, seterusnya menambah amalan seharian di bulan Ramadhan ini.  

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya” (HR Bukhari)

Celik Al-Quran

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More