Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 tips suami isteri yang harmoni

Tips suami isteri yang baik mungkin ramai yang dah kongsi sebelum ini kan. Tapi apa salahnya kita saling mengingati je kan. Pentingnya hubungan suami isteri ini boleh jadi perisai saat pertelingkahan. Bayangkan ada satu masa, macam bom meletup bergaduh dan berselisih faham. Ketika itu pasti tiada apa yang perlu dipertahankan, yang ada hanyalah sebuah kebencian.

Namun, selepas kemarahan mula reda, percayalah satu persatu kenangan yang pernah dicipta bersama datang menjengah memori. Hubungan yang mula retak menanti belah itu mungkin bercantum kembali kerana manisnya hubungan erat sebelum ini.

tips suami isteri

Harus diingat juga, dlaam hubungan suami iisteri, ia bukan berkait dengan nafkah semata-mata. Nafkah yang kita lihat dari segi material, tapi sebenarnya penting juga untuk kita penuhkan nafkah batin meliputi hubungan kelamin, perasaan, emosi dan sebagainya. Itulah tips suami isteri yang kami nak share kali ni!

Isi Kandungan

Berhias untuk pasangan

Ada orang khususnya wanita, kalau nak keluar rumah bukan main lagi. Dengan baju cantik, seluar baru, tudung bercorak siap dengan bersolek dan bau-bauan wangi. Tapi kalau dekat rumah, pakai pun baju ala kadar sahaja. Ada tu baju kelawar yang carik sana sini itulah yang menjadi pilihan. Tips suami isteri ni mungkin nampak biasa pada orang lain, tapi tidak pada pasangan.

Konsep itu salah sebenarnya. Firman Allah swt menerusi surah al-Ahzab ayat 33  yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berhias (di depan lelaki bukan mahram) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang terdahulu.” Ayat ini jelas larangan untuk berhias kepada orang lain selain suami. Namun, bukannya bersolek atau kelihatan cantik ketika keluar rumah itu salah. Ianya fitrah setiap manusia untuk kelihatan cantik,  namun berpada-padalah.

Menunjukkan akhlak yang baik

Akhlak yang baik dapat menjadi teladan buat orang sekeliling. Begitu juga dalam rumahtangga. Hubungan yang disusuli dengan akhlak yang baik pasti mewujudkan keluarga yang harmoni. Anak-anak akan membesar dalam suasana yang tenang dan indah seperti dituntut dalam Islam.

Sudah banyak terbukti, ego dan kemarahan dapat dilenturkan dengan akhlak yang baik. Seperti pepatah melayu menyebut, “Bagai air menitis di atas batu. Lama-lama melekuk jua.”

Menurunkan kata yang baik

Dari Abu Hurairah, bahawasanya Nabi Muhammad saw bersabda “Sesungguhnya hamba-hamba yang berbicara dengan kata-kata yang diredai Allah tanpa berfikir panjang, Allah akan mengangkatnya beberapa drajat dengan perkataanya itu. Dan hamba-hamba yang berbicara dengan kata-kata yang dimurkai Allah tanpa berfikir panjang, Allah akan menjerumuskannya ke neraka jahanam dengan kata-katanya itu.” (HR Bukhari, Ahmad dan Malik).

Hadis di atas jelas peringatan nyata buat kita semua dalam bertutur. Apatah lagi (tips suami isteri) dalam rumahtangga. Hubungan yang baik antara suami isteri pasti terjalin jika masing-masing berkata yang baik-baik.   

Ingat satu perkara, kata-kata itu adalah doa yang terlantun. Baik yang keluar dari mulut pasangan, maka baiklah natijahnya. Begitu sebaliknya. Setiap pasangan selain berbual mesra biasa dengan kata yang baik, suami atau isteri juga boleh biasakan ucap selamat pagi, selamat malam, ucapan sayang dan macam-macam lagi.

Tidak mengkritik dan buat bising

Tips suami isteri seterusnya adalah penting untuk pasangan menjaga hati dan menghormati satu sama lain agar hubungan suami isteri kekal harmoni. Isu biasa yang diungkit, lelaki suka mendengar ceramah atau menonton youtube dengan bunyi yang kuat. Ada isteri yang tidak selesa tambah pula kalau sedang solat, makan atau bekerja di rumah.

Suami atau isteri patutnya ada common sense terhadap pasangan masing-masing. Jika nak mengkritik atau meluahkan sesuatu, pastikan emosi dan masa itu tepat agar tidak mengguris hati dan perasaan pasangan.

tips suami isteri

Memuji pasangan

Lumrah manusia sukakan pujian. Begitu juga dengan pasangan. Puji-pujilah sentiasa agar pasangan tahu kita sedang melihat dia dan pasti dirinya menghargai dengan setiap ucapan yang terlahir dari bibir kita.

Selain memperkukuh hubungan, pujian dari pasangan juga dapat meningkatkan keyakinan diri, menaikkan semangat, tidak mencari perhatian di tempat lain dan banyak lagi. Jadi, rajin-rajinlah puji pasangan ya! Ingat tips suami isteri yang penting ni.

Beri kucupan

Kucupan di kamar dan di khalayak ada bezanya. Kucupan untuk melakukan hubungan intin dan sekadar mesra juga berbeza. Jadi, meskipun disarankan untuk memberi kucupan pada pasangan, tapi tengoklah batasnya. Mungkin di hadapan anak, kucupan di pipi isteri atau suami itu lebih sesuai berbanding di bibir. Malah, suami atau isteri juga boleh biasakan mengucup kening. Pasti indah!

Sentuhan pasangan

Untuk tips suami isteri seterusnya, ahli psikologi menyebut, sentuhan ini adalah sakti. Ketika sentuhan kasih saying berlaku, badan akan mengeluarkan hormon yang dinamakan oksitosin. Hormon ini yang merembeskan rasa aman, tenang, dan rasa terlindungi oleh pasangan kita.

Dalam perkahwinan, bahasa sentuhan termasuklah memeluk bahu atau memegang tangan pasangan semasa berjalan. Meletakkan tangan di peha si dia semasa memandu, memberi ciuman mesra, pelukan dan juga sentuhan seksual.

tips suami isteri

Hubungan seksual

Firman Allah dari surah al-Baqarah yang bermaksud “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;”

Hubungan seksual antara suami isteri memang diharuskan dalam Islam. Malah mengikut ayat di atas, suami berhak melakukan apa sahaja ke atas tubuh isteri selagi tidak memudaratkan. Namun, suami perlu ingat, kepuasan itu tidak tertakluk hanya pada satu pihak sahaja. Isteri juga berhak merasa puas di atas hubungan seksual itu.

Jadi, janganlah malu untuk berkomunikasi tentang kepuasan masing-masing dalam rumahtangga. Ambil satu masa untuk berbincang topik ini kerana jika dibiar, ia boleh menjadi barah yang berbahaya. Tengoklah sendiri berapa ramai yang bercerai kerana faktor ketidakpuasan dalam hubungan seksual.

Justeru, setiap pasangan perlu terbuka untuk membincangkan topik ini sesama sendiri agar setiap hak itu terjaga dan barulah wujudnya hubungan suami isteri yang harmoni serta aman damai.

Bantu di rumah tips suami isteri paling ramai tak buat

Yakinlah! Hubungan suami isteri pasti terjalin lebih indah jika masing-masing faham dengan tanggungjawab. Tugas menguruskan rumahtangga bukanlah sesuatu yang udah jika diletakkan sepenuhnya di bahu isteri. Tapi, tugas itu pastinya indah jika dibuat bersama-sama.

Saling membantu mengemas rumah dan menyediakan keperluan dapat harmonikan rumahtangga. Tambah pula kalau ada anak, lagi perlu pada kerjasama yang utuh antara suami dan isteri.

Semua tips suami isteri yang kami kongsikan ini diharap dapat memberi idea kepada ramai pasangan di luar sana untuk menyemarakkan lagi hubungan suami isteri. Insya Allah perkahwinan positif wujud dari tips suami isteri ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More