Sumber Rujukan Globalisasi Anda

11 Bahaya Mi Segera

Isi Kandungan

11 Bahaya Terlalu Kerap Makan Mi Segera

 

Mi segera telah menjadi makanan yang sering dimakan oleh semua peringkat umur. Ramai yang sering mengabaikan bahaya makan makanan segera ini.

Mi jenis ini sedap dan praktikal untuk mengurangkan rasa lapar. Namun, anda mesti tahu bahawa mi ini tidak dapat menggantikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pengawet dan bahan kimia yang terdapat di dalamnya boleh membahayakan kesihatan anda.

Bagi anda yang sering makan mi jenis segeraini, anda harus mengetahui bahaya memakannya.

mi segera

Berikut adalah bahaya apabila terlalu kerap makan mi segera

 

1. Menghalang Penyerapan Nutrien

Mi segera boleh menghalang penyerapan nutrien yang diperlukan oleh badan. Disebabkan ini, kanak-kanak sangat tidak digalakkan makan mi segera kerana ia tidak baik untuk pertumbuhan mereka.

2. Kegemukan

Bahaya lain adalah kegemukan.  Mi ini memang boleh memberi kesan kenyang, tetapi ia juga cepat membuatkan anda berasa lapar dan cenderung ingin makan lagi.

Selain itu, mi jenis segera ini juga mempunyai kalori dan karbohidrat yang tinggi.  Ramai yang beranggapan dengan memakan mi segera pada waktu malam lebih baik dari makan nasi. Ia adalah salah, akhirnya ia menjadikan kalori dan karbohidrat berlebihan sehingga boleh mencetuskan kegemukan.

3. Risiko Keguguran

ia juga boleh menyebabkan wanita hamil berisiko keguguran. Kandungan ramuan dengan pengawet yang dimiliki oleh mi segera boleh mempengaruhi perkembangan janin.

4. Risiko Barah

Mempunyai bahan pengawet agar ia boleh disimpan lebih lama sebelum dimakan.  Bahan kimia yang terkandung di dalamnya mempunyai sifat karsinogenik yang dapat mencetuskan sel barah.

5. Gangguan Sistem Pencernaan

Gangguan dari penyerapan nutrien yang diperlukan oleh badan juga mempengaruhi gangguan sistem pencernaan. Pencernaan memerlukan banyak bantuan mineral dan pemakanan. Sekiranya pencernaan terganggu, anda menghadapi risiko sembelit, kembung, dan juga usus bocor.

6. Kerosakan Jantung

Boleh menyebabkan kerosakan pada jantung.  Bahan berbahaya yang terdapat dalamnya akan merosakkan dan mengganggu fungsi jantung.

7. Tekanan Darah Tinggi

Mengandungi natrium yang dapat merangsang peningkatan tekanan darah. Bagi anda yang sudah mempunyai tekanan darah tinggi, akan menjadi sangat berbahaya sekiranya anda sering memakan mi segera.

8. Mengalakkan Pembentukan Batu Karang

Kandungan garam yang cukup tinggi di dalamnya ini dapat mengalakkan pembentukan batu karang.

9. Kerosakan tisu otak

Boleh menyebabkan pengumpulan bahan kimia berbahaya di dalam badan. Kesan yang dirasakan dapat merosakkan sel tisu otak. Kerosakan tisu otak juga boleh mencetuskan penyakit lain seperti strok atau lumpuh.

10.  Diabetes

Boleh menyebabkan diabetes. Ini disebabkan oleh kandungan gula dalamnya yang banyak.

11. Mengganggu Jadual Menstruasi

Boleh memberi kesan buruk kepada wanita jika dimakan secara berterusan. Natrium yang terkandung dalam mi segera boleh mengganggu hormon yang menyebabkan jadual menstruasi wanita dapat terganggu. Hormon yang terganggu juga merupakan salah satu pencetus jerawat.

TIPS :

Cara mengatasi bahaya memakan mi segera juga boleh dilakukan dengan membuang air rebusan pertama kerana ia mengandungi bahan pengawet untuk mi yang boleh memberi kesan buruk kepada tubuh.

Di samping itu, anda juga harus mengehadkan untuk memakannya agar tidak terlalu kerap. Sekiranya anda merasa lapar dan ingin makan makanan ringan, lebih baik anda memilih buah-buahan segar yang lebih sihat.

Untuk mendapatkan info lanjut berkaitan Keburukan Mi Segera ini, anda boleh lawati laman Kementerian Kesihatan Malaysia

Menarik untuk anda baca: Keistimewaan Madu

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More