11 Fakta Kopi yang Awesome dan Ramai Tidak Tahu
Di seluruh dunia, kopi mempunyai peminat yang tersendiri.
Rasa dan aromanya yang harum, boleh membangkitkan selera pengemarnya.
Di atas pemintaan ramai, pelbagai jenama dan kedai-kedai coffee terdapat di pasaran pada masa kini termasuk di Malaysia.
Jom kepada pengemar coffee kita semak fakta-fakta tentang kopi kegemaran anda ini.
Isi Kandungan
#1 Kopi baik untuk kesihatan
coffee baik untuk kesihatan sekiranya tidak di ambil secara keterlaluan. Terdapat agen antioksidan di dalam kandungan coffee.
#2 Kafein bukan penyebab rasa pahit
Rasa pahit pada coffee bukan menjadi penanda bagi kandungan kafein.
Kandungan kafein di dalam coffee berasal dari minyak yang terbit dari hasil pemanggangan biji kopi.
Kopi biasa mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding espresso dan cappucino.
Pemanggangan coffee yang lama juga menghasilkan kafein yang berlebihan.
#3 Harga secawan coffee lebih mahal dari satu liter petrol
Sememangnya tidak boleh dinafikan terdapat perbezaan yang sangat ketara apabila perbandingan harga di buat di antara secawan coffee dari jenama ternama dengan satu liter petrol.
#4 Pengurangan kafein menggunakan bahan kimia
Sejenis bahan kimia iaitu methylene chloride digunakan untuk mengurangkan kandungan kafein dalam coffee,
#5 coffee terbaik bergantung pada kaedah pemprosesan
Keenakkan coffee bergantung kepada kaedah pemprosesan dan penyediaannya iaitu dari cara pemanggangan dan pengisaran biji kopi itu sendiri.
Jika dipanggang, minyak yang dikeluarkan dari biji coffee akan menambahkan lagi rasa coffee itu.
#6 coffee boleh menyegarkan dan kurangkan rasa mengantuk
Minum coffee mampu membuatkan anda lebih segar dan berasa tidak mengantuk. Sangat sesuai bagi mereka yang perlu berjaga hingga lewat malam.
Bagi penggemar coffee yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknyacoffee diminum 6 jam lebih awal sebelum waktu tidur.
#7 Kafein boleh mengurangi rasa sakit
Satu kajian mendapati dengan minum coffee dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangkan rasa sakit dan lenguh selepas bersukan. Walaubagaimanapun, ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan peminat coffee.
#8 Kafein meningkatkan ghairah seks
Kajian ke atas tikus makmal telah membuktikan fakta ini. Seperti mana fakta terdahulu, ia juga hanya berkesan bagi mereka yang bukan peminat tegar coffee .
#9 coffee ditemui oleh kambing
Sejarah menyatakan, kira-kira seribu tahun dahulu di pergunungan Afrika, sekawan kambing yang makan biji kopi merah telah berjaga malam. Apabila disiasat, pengembala kambing tersebut mendapati kambing ternakannya memakan biji dan daun kopi dengan kuantiti yang banyak.
Mulai dari peristiwa itu, manusia dikatakan mula belajar meminum coffee.
#10 Kafein boleh membunuh
Kafein boleh membunuh! Jika seseorang mengambilcoffee dengan kadar yang tinggi melebihi sehingga 80-100 cawan sehari boleh memberikan risiko kepada kesihatan sehingga boleh membawa maut.
#11 Nyah kafein (decaffeinated) tidak menyebabkan kafein hilang
coffeeyang menjalani penyingkiran kafein (decaffeinated) atau tanpa kafein bukanlah menghilangkan 100% kafein coffee. Kafein masih kekal di dalam kopi tetapi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Sebagai contoh, 10 cawan kopi yang dinyahkafein, sama seperti 2 cawan kopi berkafein.