Sumber Rujukan Globalisasi Anda

COVID19: 11 juta penduduk bakal jatuh miskin

11 Juta penduduk bakal jatuh miskin , inilah ramalan dari pakar ekonomi jika situasi seperti sekarang ini berterusan lebih lama lagi. COVID-19 telah diisytiharkan sebagai Pandemik atau wabak oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Penularan virus COVID-19 semakin meruncing di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Isi Kandungan

COVID 19 Memberi Kesan Kepada Ekonomi Penduduk Dunia?

Penularan pantas COVID-19 ternyata telah memberikan kesan signifikan kepada
ekonomi. OECD dalam “Interim Economic Assessment Coronavirus : The world
economy at risk” pada 2 March 2020 COVID-19 telah menyatakan bahawa ekonomi
dunia akan berkembang pada kadar 2.4 peratus pada 2020 dan sekiranya wabak
COVID-19 masih gagal dibendung dijangka ekonomi dunia akan mengalami
kemelesetan seawal suku pertama 2020.

Ekonomi Malaysia tidak terkecuali daripadamenerima kesan daripada kelembapan ekonomi ini. Langkah-langkah proaktif telah diambil bagi mengimbangi impak pandemic global ini dengan kebanyakkan negara mengisytiharkan pakej rangsangan ekonomi antaranya Amerika Syarikat dengan sejumlah 1 trilion US Dolar telah diumumkan, Perancis (USD 49b), Britain (USD38.5b), Italy (USD 28.3b), Japan (USD 23b), Thailand (USD 12.7b), Korea Selatan
(USD 11.4b), Indonesia (USD 8b), Singapore (USD 4.6b) dan Malaysia (USD 4.5b).

Pakej Ransangan Ekonomi Penduduk Kerajaan Malaysia

Jumlah pakej rangsangan di Malaysia terus meningkat dengan beberapa
pengumuman inisiatif tambahan terkini yang diumumkan oleh pihak kerajaan seperti:

  • Pembiayaan RM500 juta untuk membiayai pembelian peralatan perubatan antaranya
    ventilator, peralatan ICU dan keperluan makmal kepada KKM bagi menyokong usaha
    menangani COVID-19.
  • pihak kerajaan telah meluluskan kakitangan baharu secara kontrak melibatkan tambahan jururawat serta kakitangan hospital.
  • Pihak kerajaan turut menambah saluran peruntukan sebanyak RM130 juta kepada kerajaan negeri dengan peruntukan sama rata serta memberi bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat krisis COVID-19 ini.
11 juta penduduk bakal jatuh miskin
Penduduk

Kejutan Global

Bank Dunia memberi amaran kira-kira 11 juta penduduk Asia Timur dan Asia Pasifik diramal jatuh miskin akibat kesan pandemik Covid-19.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Asia Timur dan Pasifik, Aaditya Mattoo berkata, pandemik itu mengakibatkan ‘kejutan global’ tidak pernah dihadapi sebelum ini yang akan menghentikan pertumbuhan serta meningkatkan kemiskinan ke seluruh rantau ini.

Berdasarkan laporan impak Covid-19 terhadap rantau ini, ia menyebut dalam senario kes terbaik sekali pun rantau ini akan menyaksikan pertumbuhannya jatuh mendadak dengan China diunjurkan berkembang perlahan 2.3 peratus berbanding 6.1 peratus pada 2019.

Dengan dua perlima populasi dunia berada di bawah perintah berkurung yang menyebabkan perniagaan terpaksa ditutup dan pengangkutan diperlahankan bagi membendung virus, China negara wabak itu bermula mungkin terselamat daripada kemeseletan namun akan mengalami penurunan mendadak.

Hanya dua bulan lalu, ahli ekonomi Bank Dunia mengunjurkan China akan berkembang 5.9 peratus tahun ini yang akan menjadi prestasi terburuknya sejak 1990.

“Pembendungan pandemik akan membolehkan pemulihan, namun risiko tekanan kewangan berpanjangan adalah tinggi, malah melangkaui 2020.

Negara Yang Penduduk Terjejas Ekoran Pandemik Covid19

Negara paling terdedah adalah yang amat bergantung kepada perdagangan, pelancongan, komoditi, berhutang tinggi dan bergantung kepada aliran kewangan

  1. Filipina, Papua New Guinea, Indonesia, Malaysia, Timor Leste dan Thailand diramal berada dalam wilayah negatif.
  2. Malaysia akan menguncup sebanyak 4.6 peratus, diikuti Timor Leste 4.0 peratus dan Indonesia 3.5 peratus.
  3. Thailand juga akan menyaksikan kemerosotan 5.0 peratus dan menyusut sebanyak 3.0 peratus di bawah senario garis dasar.

Kelebihan Pakej Ransangan Ekonomi Malaysia

Kerajaan membuat pakej ransangan ekonomi malaysia bertujuan untuk membantu rakyat yang bakal menghadapi kemelesetan ekonomi akibat daripada wabak covid 19 ini. Juga untuk membantu rakyat mempunyai wang untuk berbelanja sekali gus menjana semula ekonomi negara.

Bantuan secara tunai kepada rakyat adalah usaha meningkatkan kuasa beli pengguna agar permintaan barang dan perkhidmatan meningkat berterusan. Saat ini pihak kerajaan memerlukan aktiviti ekonomi tempatan yang berterusan agar tidak lumpuh.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More