121 Siri Kursus Usahawantani Negeri Johor Tahun 2023
Kursus Usahawantani Negeri Johor adalah kursus secara percuma yang disedikan oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor kepada usahawan dan petani di negeri Johor.
Isi Kandungan
Apa Itu Kursus Usahawantani negeri Johor?
Jabatan Pertanian Negeri Johor melalui Pusat Pertanian Daerah menyediakan kursus jangka pendek (Kursus Usahawantani Negeri Johor) bagi usahawan tani yang ingin mengembangkan lagi perniagaan dan meningkatkan kemahiran dalam bidang pemprosesan makanan dan sebagainya. Kursus yang dijalankan ini dijalankan selama 2 hingga 3 hari tertakluk kepada tajuk kursus yang disertai.
11Pusat Pertanian Daerah yang terlibat adalah seperti berikut:
- Pejabat Pertanian Daerah Tangkak
- Pejabat Pertanian Daerah Muar
- Pejabat Pertanian Daerah Pontian
- Pejabat Pertanian Daerah Kluang
- Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
- Pejabat Pertanian Daerah Segamat
- Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat
- Pejabat Pertanian Daerah Mersing
- Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi
- Pejabat Pertanian Daerah Kulai
- Pusat Pertanian Ayer Hitam
Tajuk Kursus Usahawantani Negeri Johor 2023
Antara Tajuk Kursus / Latihan yang dijalankan adalah:
- Asas Pembuatan Kek
- Asas Pembuatan Roti Dan Pastri
- Pemprosesan Hasilan Kacang Soya Dan Pembuatan Cincau
- Pemprosesan Produk Sejuk Beku
- Pemprosesan Pelbagai Jenis Sos
- Pengurusan Jeruk Buah-Buahan
- Pembuatan Mee Kuning
- Kursus Tanaman Sayuran Fertigasi
- Kursus Tanaman Sayuran Organik
- Kursus Senitaman Dan Simenfero
- Dan banyak lagi
Syarat Penyertaan
Bagi yang berminat ingin memohon kursus secara percuma ini, pastikan kalian memenuhi syarat seperti yang ditetapkan, iaitu:
- Warganegara Malaysia (Rakyat Negeri Johor sahaja)
- Umur 21 tahun hingga 55 tahun
- Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit
- Sila pastikan borang diisi dengan lengkap bergambar berserta salinan kad pengenalan
- Sila dapatkan pengesahan sokongan daripada Pejabat Pertanian Daerah berhampiran
- Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar ke Pejabat Pejabat Pertanian Daerah yang dipilih atau berhampiran
- Permohonan yang tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan
- Permohonan yang berjaya sahaja akan dihubungi melalui surat / panggilan telefon
- Permohonan hanya sah untuk tahun semasa sahaja
121 Kursus mengikut tarikh dan Pejabat Pertanian Daerah
Jabatan Pertanian Negeri Johor menerusi perkongsian di laman facebook rasmi milik mereka menyenaraikan kesemua 121 kursus yang bakal dijalankan dalam tahun 2023 ini.
Apa kata mari kita tengok senarai kursus yang lengkap mengikut tarikh dan tempat di bawah kelolaan 11 Pejabat Pertanian Daerah yang ada di negeri Johor darul Takzim ini.
Pejabat Pertanian Daerah Muar
Terdapat 13 kursus yang bakal dijalan di Pejabat Pertanian Daerah Muar sekitar bulan Februari hingga Oktober tahun ini. Sekiranya terdapat kursus yang berkaitan atau menarik minat kalian, boleh membuat permohonan segera dengan menghubungi no yang tertera.
Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi
- Alamat: Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi Aras 4, Bangunan Sultan Iskandar, 81900 Kota Tinggi, Johor.
- No Tel : 07 8831508
Pejabat Pertanian Daerah Kluang
- 07-7722046
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bharu
Pejabat Pertanian Daerah Tangkak
- 1. En Shahir, Pegawai latihan
- No. Tel: 012-6850175 (kursus Tanaman)
- 2. Pn Ashikin, APIAT
- No. Tel : 012-4650245 (Kursus Pemprosesan Makan)
Pejabat Pertanian Daerah batu Pahat
Jangan lepaskan peluang keemasan ini, jom daftar segera kerana tempat adalah terhad.
Penutup
Melihat kepada senarai 121 kursus Usahawantani Negeri Johor 2023 itu, sebanarnya kerajaan membuka banyak peluang secara percuma kepada rakyat menerusi ilmu kemahiran yang semestinya, akan menaiktaraf kemahiran usahawan dan petani itu sendiri ke arah yang lebih tinggi.
Jika tidak berminat dengan kursus usahawan ini, peserta boleh rujuk KURSUS bagi kursus lain selain usahawan dan petani yang kerajaan sediakan.