Sumber Rujukan Globalisasi Anda

2 Contoh Surat Berhenti Kerja

2 Contoh Surat Berhenti Kerja. Posting ini merupakan perkongsian kepada kita semua bagaimana nak membina surat rasmi surat peletakan jawatan untuk notis sebulan ataupun notis selama 30 hari.

Notis yang dimaksudkan di sini adalah bergantung kepada surat perjanjian penerimaan kerja yang telah ditandatangani oleh anda dan majikan pada waktu anda terima kerja sekarang ini.

Berikut admin kongsikan lebih banyak lagi contoh-contoh surat berhenti kerja untuk meletakkan jawatan. Disini ada pelbagai contoh surat berhenti kerja yang memang khusus mengikut sebab-sebab tertentu seperti mungkin berhenti kerja kerana masalah kesihatan, masalah keluarga, ingin menyambung pelajaran dan sebagainya.

Apa yang anda perlu buat hanyalah pilih contoh surat yang hampir atau menyerupai situasi anda sahaja.

Isi Kandungan

Sebab sebab Berhenti Kerja?

Setiap daripada kita pasti mempunyai masalah masalah yang tersendiri. Ada yang mampu diatasi, begitu juga masalah yang tak dapat dielakkan.

Namun ada juga yang mahu memajukan diri dengan melakukan sesuatu yang baru lalu mencabar diri untuk keluar dari zon selesa.

Berikut adalah antara penjelasan kita mahu berhenti kerja;

  1. Tertekan dengan kerja
  2. Halangan dari kesuntukan masa sehingga tidak mampu solat
  3. Gaji yang sangat sedikit dan tidak mampu menampung hidup seharian
  4. Mendapat Tawaran Kerja di tempat baru.
  5. Ingin memulakan Perniagaan Sendiri
  6. Dipecat Kerja dan Mahu membuat notis secara formal
  7. Gangguan di Tempat Kerja – emosi atau fizikal

Menepati Notis Dalam Permohonan Berhenti Kerja

Setiap majikan mempunyai hak untuk menetapkan tempoh notis tersendiri dan ianya tidak menyalahi undang undang akta p ekerja

Akta Pekerja merupakan salah satu akta yang dikawal di bawah undang undang Malaysia dan diselia akan pematuhannya melalui Jabatan Peguam Negara

Notis Berhenti Kerja

Sekiranya notis berhenti kerja adalah 30 hari ataupun sebulan dari tarikh berhenti kerja, ini bermakna hari terakhir anda di tempat kerja tersebut adalah selepas 30 hari surat dihantar.

Dapatkan “2 Contoh Surat Berhenti Kerja” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘Word’

Download : Link Download disini (link download)

  1. Contoh Surat Berhenti Kerja (BM)

  2. Contoh Surat Berhenti Kerja (English)

Kegagalan mematuhi tempoh ini akan dikenakan denda oleh majikan anda iaitu penalti wang setara dengan hari yang anda langkau daripada masuk ofis/ tempat kerja.

Jika notis dari majikan yang mana ingin berhentikan anda tidak sama dengan notis anda untuk memohon berhenti kerja, anda layak mencabar undang undang notis majikan tersebut.

Contohnya ; Notis anda berhenti kerja 2 bulan. Namun majikan boleh berhentikan anda dalam tempoh sebulan sahaja.

Syarat Berhenti Kerja?

Dalam syarat berhenti kerja sangat mudah. Anda tidak perlu meminta persetujuan dari majikan anda dalam memohon kelulusan surat tersebut.

Sekiranya surat itu dihantar dimana ianya dibina oleh anda sendiri, ditandatangani dan berserta dengan tarikh ianya adalah sah dari segi undang undang pekerja.

Majikan anda tidak berhak untuk menafikan status pekerjaan anda dibawahnya lagi. Namun semua ini adalah tertakluk pada budi bicara antara anda dan pihak majikan anda.

Penutup 

Oleh itu, diharap semua pembaca yang ingin memuat turun/download format surat, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian bahan terkini terbaik anda.

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana memuat turun 2 Contoh Surat Berhenti Kerja.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More