20 Homestay Menarik di Shah Alam
Shah Alam,Ibu Kota negeri Selangor yang tengah berkembang pesat pada zaman ini. Bandar ini turut lengkap dengan pelbagai tarikan menarik yang setaraf dengan tarikan antarabangsa sepertimana yang terdapat di taman tema i-City.Tambahan pula k I-City Mall yang besar boleh dibuat tempat jogging sambal makan..huhuhu.
Bukan sahaja itu, pilihan pusat membeli-belahnya juga tidak kurang banyaknya. Nak kedai makan yang best? Shah Alam boleh dikatakan sebagai salah satu syurga jalan-jalan cari makan yang terbaik dan kalau nak habiskan list restoran dalam satu hari tu memang kembung dulu laa perut tu ye. Disebabkan kepadatannya dengan pelbagai tarikan, siapa yang tak tertarik untuk bercuti ke sinikan? Disebabkan itu, banyaklah tempat penginapan wujud di sekitar kota ini.
Disini kami akan bagi anda senaraikan antara Homestay menarik di Shah Alam untuk pilihan anda semua.
Isi Kandungan
1.Vista Alam Homestay
Vista Alam Homestay adalah sebuah Homestay menarik di Shah Alam yang terletak di Vista Alam SoHo, seksyen 14.
Ia menawarkan restoran, kolam renang luaran serta pusat kecergasan dan WiFi percuma. Tempat penginapan ini menawarkan bilik-bilik family, serta menyediakan tetamu dengan taman permainan kanak-kanak.
Tempat penginapan ini terletak 3.7 km dari Stadium Tertutup Malawati dan juga 4.3 km dari Stadium Shah Alam.
Semua bilik di rumah tamu ini berhawa dingin serta mempunyai ruang tempat duduk, TV skrin rata dengan saluran kabel, dapur kecil dan ruang makan. Terdapat juga sebuah bilik mandi peribadi dengan kelengkapan mandian percuma dan pancuran mandian. Bilik-bilik di sini menyediakan meja dan cerek..
2.Peanut Butter Homestay @ Trefoil
Peanut Butter Homestay yang dihiasa dengan dekorasi yang moden. Peanut Butter Homestay adalah salah satu Homestay menarik di Shah Alam yang terletak di Trefoil Setia Alam merupakan sebuah apartment dengan dua buah bilik tidur yang dapat memberikan keselesaan optimum untuk 6 orang penginap. Siap dengan pemandangan kolam renang lagi.
Kalau anda lihat gambar2 ini, semua nya nampak baru dan moden lagi. Penginapan ini jug menyediakan tab mandi panas atau dalam Bahasa orang putih HotTub hehehe.
3.De Houz @ Trefoil
De Houz terletak di Trefoil yang dimilik oleh Sweet House Management ini memberi keselesaan yang teramat kepada pengunjung. Anda tidak akan kecewa sama sekali. Kenapa? Sebab ia berada dekat dengan Setia City Mall & Setia Convention Centre.
Suasana De Houz aman dan tidak kedengaran bising. Bagi yang berjiwa lama tu, bolehlah pertimbangkan homestay untuk percutian di Shah Alam nanti.
Nak buat aktiviti yang dapat menghidupkan hari anda bersama keluarga? Tak perlu keluar jauh-jauh sebab di apartment ini sendiri sudah tersedia pelbagai fasiliti yang best untuk digunakan seperti gelanggang tenis, bilik sauna, gimnasium, jakuzi, kolam renang dan banyak lagi.
4.Grand Paradise I-Suite @ I-City
Grand Paradise I-suite menawarkan penginapan dengan restoran, pusat kecergasan dan taman, dalam jarak sekitar 5km dari Pusat Konvensyen Shah Alam. Ia menawarkan pemandangan kolam renang.
Homestay ini adalah salah satu Homestay menarik di Shah Alam yang menawarkan penginapan dengan alat penyaman udara dan patio. Sebagai penginap apartment ini, anda boleh menggunakan pelbagai fasiliti menarik yang ada seperti kolam renang (termasuk kolam renang kanak-kanak), kemudahan bbq dan juga gimnasium. Tempat meletak kereta percuma turut tersedia.
Lokasinya, cukup strategik kerana terletak berhampiran dengan banyak tarikan seperti Wax Museum, Amusement Park dan juga Digital Park. Tidak jauh dari sini juga terletak i-Central Mall. Ia menawarkan 2 bilik tidur dilengkapi dengan katil Queen-size dan ruang tamu juga disediakan 1 katil sofa bagi 4 orang pengunjung.
5.SoHo @ i-City
Homestay di SoHo i-City ini adalah salah satu Homestay menarik di Shah Alam menawarkan penginapan yang berhawa dingin dan sebuah taman. Tempat penginapan ini menawarkan bilik-bilik keluarga, serta menyediakan tetamu dengan sebuah taman permainan kanak-kanak. Kemudahan parking peribadi boleh diatur dengan bayaran tambahan.
Bilik-bilik di rumah tamu ini menawarkan balkoni dengan pemandangan gunung. Semua bilik di sini mempunyai almari pakaian, TV skrin rata dan bilik mandi peribadi. Penginapan ini menyediakan bilik Queen dengan balkoni untuk dua orang. Ia juga turut disediakan dapur, cerek elektrik dan juga mesin pengering.
Stadium Malawati dan Pusat Konvensyen Midlands masing-masing terletak 11 km dan 1.4 km dari penginapan ini. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, yang berjarak 21 km dari icity isoho.
6.Homestay Terrace Bungalow Shah alam
Terrace Banglo yang bertapak di No.8, Jalan Perau 19/30, Seksyen 19, 40000 Shah Alam ini telah dijadikan sebagai rumah tamu. Ia mempunyai taman, lounge berkongsi dan dapur berkongsi.
Rumah percutian ini adalah salah satu Homestay menarik di Shah Alam yang mempunyai 6 bilik tidur yang telah disediakan katil single dan katil Queen-size setiap satu. Yang paling menarik dalam rumah banglo ini, ia telah disediakan tempat urut
7.Sun-Suite
Sun Suite berada di i-SoHo. Penginapan ini menawarkan pemandangan yang indah dan dekorasi moden. Anda boleh mencuba sauna dan mengunjungi taman sepanjang menginap disini. Tidak terlepas juga kolam renang yang disediakan di sini.
Suite ini menyediakan WIFI percuma, TV Skrin Rata dan yang paling terbaik adalah penyaman udara huhuhu. Mesin basuh juga turut disediakan bagi yang ingin duduk lama. Terdapat dua bilik tidur dimana satu disediakan katil Queen-size dan satu lagi katil single.
8.Cloud Stay Setia Alam
Cloud Stay Setia Alam dipenuhi dengan dekorasi berwarna kelabu dan disinari oleh lampu malap membolehkan anda merasakan perasaan tenang ibarat berada di atas awan.
Rumah tamu ini mempunyai tiga bilik tidur yang disediakan dan setiap bilik dihiasi dengan keunikannya tersendiri. Bukan sahaja itu, ia juga mempunyai balkoni bagi melihat pemandangan bandar shah alam disertakan tempat barbeku dan juga sauna.
9.Khu Suite @ I-City
Khu Suite salah satu rumah tamu di i-City dengan dekorasi simple berwarna putih dan biru ini mendapat 3 daripada 5 bintang. Diutamakan kebersihan dan juga larang merokok di dalamnya, ia dijadikan rumah tamu terbaik untuk pengunjung bersama keluarga.
Ia menawarkan tempat penginapan dengan kolam renang luaran, parking peribadi percuma dan taman. Rumah tamu ini menawarkan bilik-bilik family. Ia dilengkapi dengan alat penyaman udara, mesin cuci pinggan mangkuk, peti sejuk, cerek, bidet serta kelengkapan dandanan diri percuma dan meja. Semua bilik di rumah tamu ini dilengkapi dengan almari pakaian, TV skrin rata dan bilik mandi peribadi.
10.Dzora @ Vista Alam
Dzora terletak di Vista Alam, Shah Alam, 1.2km dari Pusat Konvensyen Shah Alam dan 3.7km dari Stadium Malawati, Dzora Vista Alam menawarkan taman serta alat penghawa dingin.
Studio ini mempunyai 1 katil Queen-size sahaja Bersama TV skrin rata dan juga penyaman udara. Tetamu di homestay ini dialu-alukan untuk memanfaatkan sauna dan kolam renang.
11.Suria Jaya @ I – SoHo
Suria Jaya ini menampilkan parking peribadi percuma, kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan WiFi percuma. Homestay berhawa dingin ini juga menawarkan TV skrin rata, dapur yang serba lengkap dengan dapur memasak, ruang tempat duduk serta 1 bilik mandi dengan pancuran mandian. Tidak cukup dengan itu, ia juga menyediakan 2 katil Queen-size bagi menampung 4 orang pengunjung dengan harga RM149+ semalaman.
Anda juga dapat menikmati fasiliti yang telah disediakan disini iaitu kolam renang, gimnasium dan juga taman.
12.Vince’s Homestay @I – SoHo
Vince’s Homestay ini amatlah unik dengan dekorasinya. Jikalau pengunjung minat dengan cerita Doraemon yang disiarkan tepat pada pukul 7 malam di NTV7 pasti anda akan suka dengan penginapan ini. Bukan itu sahaja ruang tamu juga dihiasi dengan tema Marvel Avenger. Sape2 yang minat hero seperti kami, bolehlah berkunjung ditempat ini. Ia juga menawarkan parking percuma, akses ke kolam renang dan tidak terlepas juga tempat sauna.
13.RASZ @ I – City
Inginkan penginapan dengan dekorasi dalaman yang sedap dipandang? Anda tidak akan kecewa sekiranya memilih Memorabilia.RASZ. Dekorasi dalamannya kelihatan sungguh elegan dan moden dengan gabungan warna yang harmoni menjadikan homestay ini antara Homestay menarik di Shah Alam.
Homestay ini telah dihias dengan inspirasi daripada kota Paris, auranya sungguh santai dan selesa. Dapat memberikan keselesaan kepada 6 ke 7 orang penginap, rumah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan penting menjadikan ianya sesuai dipilih untuk diinapi bersama keluarga ataupun untuk percutian yang panjang. Yang menariknya lagi, sambil bersantai-santai di dalam homestay, anda boleh menonton smart tv yang turut lengkap dengan saluran Netflix. Tontonlah movie sepuas hati ya..
Sepanjang penginapan di sini, anda boleh menggunakan fasiliti menarik yang disediakan seperti kolam renang dan gimnasium. Setelah puas bersenam atau bermandi-manda, anda bersama keluarga boleh berseronok di taman tema yang terletak hanyalah bersebelahan dengan homestay untuk melawat tarikan seperti Harry Potter Park, Aladdin Park, Marvels Park dan banyak lagi.
14.Cosy Studio 14
Cosy Studio 14 Shah Alam adalah sebuah penginapan selesa yang dapat memberikan keselesaan kepada seorang sehingga 4 orang penginap dari harga yang sangat berpatutan iaitu RM121+ sahaja untuk semalaman. Sebagai penginap di Cosy Studio 14 Shah Alam, anda boleh memanfaatkan kemudahan menarik seperti wifi berkelajuan tinggi Unifi, Hypp tv dan banyak lagi kemudahan moden lain. Fasiliti lain yang turut boleh digunakan adalah kolam renang, gimnasium, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya.
Dari penginapan ini, anda boleh berjalan kaki untuk ke pusat membeli-belah SACC Mall dan kedai-kedai makan. Tidak jauh dari sini juga adalah Taman Tasik Shah Alam, bolehlah anda merancang untk berjogging bersama keluarga pada waktu petang.
15.Lovely Homestay @ Seksyen 7
Lovely Homestay @ Seksyen 7 adalah sebuah teres 2 tingkat yang cukup luas dan selesa untuk sebuah keluarga yang besar. Beralamatkan 19 Jalan Plumbum 7/101a, 40000 Shah Alam, penginapan ini berada ditempat yang tenang dan jauh daripada bunyi bandar.
Dekorasi dalamannya ringkasa dan minimal namun ianya tetap lengkap dengan pelbagai kemudahan asas dan kemudahan moden untuk keselesaan. Anda sekeluarga boleh berehat di ruang tamu sambil menonton tv di bawah kesejukan pendingin udara. Kelaparan atau teringin untuk minum air kopi panas? Semuanya boleh disediakan dengan menggunakan kemudahan di dapur yang lengkap.
16.Wander Inn Hillside Cottage
Wander Inn Hillside Cottage adalah sebuah rumah teres dengan 4 buah bilik yang selesa untuk sebuah pengalaman penginapan seolah-olah berada di rumah sendiri. Rumah ini terletak di 17 Jalan Angsa U10/2a, 40170 Shah Alam.
Seluruh ahli keluarga dapat menikmati tidur yang lena di dalam bilik masing-masing yang kesemuanya dilengkapi dengan katil empuk. Setiap sudut rumah ini dihias dengan elegan untuk suasana penginapan yang eksklusif ala- ala Victorian.Gantungan lampu chandelier juga menambahkan aura mewah rumah.
17. The Relaxing Style 3 @ I – City
The Relaxing Style 3 adalah apartment 1 bilik yang menawarkan pemandangan tenang sekitar kolam renang. Dapat memberikan keselesaan maksima untuk 3 orang penginap, apartment ini dilengkapi dengan sebuah double bed dan juga sebuah katil sofa yang selesa.
Bagi yang bercadang untuk bercuti panjang di Shah Alam, The Relaxing Style 3 adalah sebuah penginapan yang sesuai kerana ia turut lengkap dengan mesin basuh.
Mengenai lokasinya, anda boleh berjalan kaki untuk ke mall terdekat iaitu i-Soho dan juga i-City theme park. Di tingkat bawah apartment pula terdapat kafe yang boleh anda singgah untuk menghilangkan rasa lapar atau hubungi sahaja pihak kafe ini untuk khidmat delivery.
18. One1A Homestay
‘One1A’ Homestay adalah penginapan yang selesa dengan suasana santai dan tenang bertempat di 11 Jalan Putra Bistari 2/1V Subang Jaya, 47650 Subang jaya.
‘One1A’ Homestay adalah sebuah pilihan yang menarik untuk percutian bersama keluarga. Persekitaran homestay ini cukup tenang dan sunyi daripada sebarang gangguan untuk tidur yang lena dan rehat yang sempurna. Bertemakan warna cerah dan ringkas, ia mampu menceriakan mood anda untuk berada disini untuk jangka masa yang lama dan menjadikan homestay ini antara Homestay menarik di Shah Alam.
Rumah ini lengkap dengan 3 buah bilik tidur untuk keselesaan sehingga 6 orang penginap, berpendingin hawa, dapur, ruang makan dan ruang tamu yang selesa sepertimana homestay lain.
Tidak kurang juga lokasinya, kedudukan homestay ini cukup menarik kerana anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke LRT terdekat yang dapat membawa anda ke pusat-pusat membeli-belah terkemuka seperti KLCC, Bukit Bintang dan Sunway Pyramid.
Selain itu, anda juga boleh berjalan kaki untuk ke taman di mana anda boleh berjogging bersama keluarga di waktu pagi. Kemudahan lain yang terletak berdekatan adalah dobi dan juga kedai runcit.
19.Eminent Suite @ i-City
Eminent Suite ini memberikan suasana yang unik kerana mengetengahkan konsep Skandanavia dalam rekaan dalamannya, menjadikan suasana di dalam suite yang ditawarkan beraura moden dan santai dengan tona warna yang sejuk dipandang. Lengkap dengan balkoni, di mana terletaknya kemudahan mesin basuh untuk memudahkan anda mencuci baju tanpa perlu mencari dobi.
Penginapannya cukup luas untuk keselesaan yang optimum. Dari apartment ini juga anda boleh menyaksikan pemandangan indah di sekitar bandar atau kolam renang.
Ingin membeli-belah? Lokasinya tidak jauh dari mall. Dari homestay ini juga cukup mudah untuk anda mengakses banyak lagi tarikan lain.
20.The Happy Garden @ I – SoHo
The Happy Garden berlokasikan D-12-3A, I-SoHo adalah sebuah penginapan jenis apartment yang selesa dan strategik yang lengkap dengan sebuah bilik tidur dengan katil Queen-size.
Apartment ini juga memiliki penyejuk udara yang menyegarkan, mesin basuh, dapur yang sempurna dan sebagainya. Mengenai dekorasi dalamannya, apartment ini dihias dengan moden dan beraura cozy supaya para penginap dapat menikmati rehat yang sebenar sepanjang penginapan di sini.
Bagi yang bercadang untuk bercuti panjang di Shah Alam, The Happy Garden adalah sebuah penginapan yang sesuai kerana ia turut lengkap dengan mesin basuh dan antara Homestay menarik di Shah Alam.
Mengenai lokasinya, anda boleh berjalan kaki untuk ke mall terdekat iaitu i-Soho dan juga i-City theme park. Di tingkat bawah apartment pula terdapat kafe yang boleh anda singgah untuk menghilangkan rasa lapar atau hubungi sahaja pihak kafe ini untuk khidmat delivery.
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan 20 Homestay Menarik Di Shah Alam akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan tempat menarik dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih
MENARIK UNTUK DILAWATI:Tempat menarik di Pantai cenang, Tempat menarik di Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Gold Coast Melaka, 20 Hotel Menarik Cameron Highland, Rumah Terbalik Melaka