21 pesanan bermakna Ustaz Ebit Lew
umum telah mengetahui ustaz ebit lew sangat popular dengan keperihatinan beliau terhadap mereka yang didalam kesusahan. Baru- baru ini beliau di kecam, sehingga pihak polis menasihatinya untuk berhenti menghantarkan bantuan, tetapi beliau tetap sabar menghadapi dugaan itu.
Pesanan berguna ini wajar dikongsi kepada anak-anak agar sentiasa husnuzon (bersangka baik) pada Allah SWT juga sesama manusia.
21 pesanan berrmakna Ustaz Ebit Lew
1. Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia.
2. Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.
3. Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.
4. Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.
5. Kita selalu ingat apa yang kita nak daripada Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak daripada kita.
6. Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.
7. Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.
8. Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.
9. Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.
10. Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.
11. Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah, itulah cinta yang sebenar.
12. Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.
13. Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.
14. Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.
15. “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”
16. Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.
17. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.
18. Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.
19. Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.
20. Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk reda Allah.
21. Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.