Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ibu Bapa Boleh Cuba 3 Aktiviti Berfaedah Dan Menarik Semasa Cuti Sekolah Di Rumah

3 Aktiviti Berfaedah Dan Menarik Semasa Cuti Sekolah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak bagi mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah pada musim cuti sekolah ini. Merancang aktiviti pada musim cuti sekolah bukanlah satu tugas yang mudah.

Banyak lagi tugasan pejabat dan kerja rumah yang perlu difikirkan, bukan? Tak lena tidur juga ibu bapa akibat keletihan memikirkan untuk merancang aktiviti semasa cuti sekolah bersama anak-anak supaya anak-anak dapat gunakan masa cuti dengan baik. Anda tak usah risau dan pening kepala kerana disini admin boleh memberikan sedikit idea kepada anda untuk merancang aktiviti bersama keluarga pada musim cuti sekolah ini.

Isi Kandungan

3 Aktiviti Berfaedah Dan Menarik Semasa Cuti Sekolah

BOSANNYA asyik duduk rumah je tak buat apa-apa!

Mungkin itulah dialog si kecil apabila mereka hanya terperap di dalam rumah tanpa melakukan apa-apa aktiviti ketika musim cuti persekolahan. Buat ibu bapa yang masih ‘pening kepala’ dan buntu, apa kata anda cuba 3 aktiviti yang menarik sekaligus berfaedah kepada anak-anak anda ini. Anak seronok pasti ibu bapa juga akan menjadi senang hati jika tahu apa aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak semasa cuti sekolah mereka.

Jom ikuti idea menyeronokkan 3 aktiviti berfaedah dan menarik semasa cuti sekolah yang admin nak share pada artikel kali ini!

3 Aktiviti Berfaedah Dan Menarik Semasa Cuti Sekolah

1. Eksperimen Sains

Aktiviti pertama yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak ketika musim cuti sekolah adalah dengan mengajak anak-anak untuk membuat eksperimen sains. Pelbagai eksperimen sains yang mudah boleh anda jalankan bersama anak-anak dengan hanya menggunakan peralatan yang berada di rumah anda sahaja.

Anda bukan seorang saintis, jadi macam mana nak mula? Usah risau ada beberapa contoh aktiviti eksperimen sains yang boleh memudahkan anda merancang cara-cara memanfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti yang unik dan lain daripada yang lain.

Anda boleh muat turun beberapa sumber eksperimen sains yang berwarna-warni dan akan menarik minat anak-anak anda sekaligus ianya mudah untuk dijalankan seperti di bawah dan seterusnya cuba membuat aktiviti tersebut dengan anak-anak ketika musim cuti sekolah. Selamat mencuba!

2. Permainan Tradisional

Seterusnya, anda juga boleh mengajak anak-anak anda bermain permainan tradisional. Permainan tradisional adalah aktiviti yang sangat berfaedah kepada anak-anak. Mengapa?

Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak pada waktu dahulu sebelum adanya gadget. Permainan seperti ini seringkali melibatkan pergerakan tubuh badan dan bahan-bahan ringkas yang boleh didapati di rumah anda seperti guli, tin kosong mahupun selipar.

Melalui permainan tradisional ini secara tidak langsung membuatkan mereka berimaginasi dan memperkasakan kemahiran pemikiran kreatif mereka. Kemahiran-kemahiran ini adalah penting untuk menambahkan kecerdasan minda dan mampu menyelesaikan masalah dengan baik. Biarkan mereka berimaginasi agar sel-sel otak dan minda dapat berhubung dan bersedia menempuh cabaran pada masa hadapan. Disini admin sertakan juga contoh permainan tradisional yang boleh anda lakukan bersama anak-anak ketika musim cuti sekolah.

SUMBER YOUTUBE: Jus Oren

3. Mempelajari Cara Untuk Membuat Kek

Akhir sekali, mempelajari cara untuk membuat kek antara satu aktiviti daripada 3 aktiviti berfaedah dan menarik semasa cuti sekolah kerana ianya boleh dilakukan di rumah. Selain memantapkan kemahiran, aktiviti ini turut mampu mengeratkan hubungan antara keluarga. Sekiranya anda ragu-ragu, tidak salah mempelajari cara pembuatannya daripada buku masakan atau di YouTube.

Sekarang semua perkara sudah berada di hujung jari, anda hanya perlu mencari contoh masakan yang simple dan mudah untuk diajarkan kepada anak-anak dan seterusnya menyuruh anak mempraktikkan dan mempelajari daripada apa yang anda suruh.

3 Aktiviti Berfaedah Dan Menarik Semasa Cuti Sekolah

Jadi, ini adalah antara 3 aktiviti berfaedah dan menarik semasa cuti sekolah yang boleh dilakukan dan pasti anak-anak juga menyukainya!

Apa Pandangan Anda Tentang 3 Aktiviti Berfaedah Dan Menarik Semasa Cuti Sekolah Yang Admin Kongsikan Ini?

Adakah ianya bermanfaat untuk anda semua ibu bapa diluar sana yang tengah buntu memikirkan aktiviti menarik yang berfaedah untuk anak-anak semasa cuti sekolah selain keluar bercuti dan sebagainya? Semoga perkongsian 3 Aktiviti Berfaedah Dan Menarik Semasa Cuti Sekolah ini dapat membantu anda. Selamat Mencuba!

Artikel berkaitan : Cara Buat Origami, Aktiviti Untuk Anak-Anak dan Ibu Bapa Perlu Tahu, 10 Cara Mengajar Anak-Anak Membaca

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More