5 Aktiviti berskruktur untuk anak ADHD
Anak ADHD ialah anak yang (attention deficit hyperactivity disorder) adalah gangguan jangka panjang yang disebabkan perbezaan dalam perkembangan otak dan aktiviti otak. Ianya dimanifestasikan dengan perilaku impulsif, hiperaktif, dan sukar untuk menumpukan perhatian dalam jangka masa yang panjang. Masalah ini boleh mempengaruhi prestasi kanak-kanak tersebut di sekolah, tingkah laku serta dalam hubungan.
Seperti yang dikongsi Doctor On Call, Terdapat 3 jenis ADHD, iaitu:
- Kombinasi hiperaktif-impulsif dan inattentive: kedua-dua dominan boleh diperhatikan dalam individu tersebut.
- Hiperaktif-impulsif: individu tersebut mengalami masalah hiperaktif-impulsif yang lebih dominan
- Inattentive: individu tersebut mengalami masalah untuk fokus yang lebih dominan
Isi Kandungan
Gejala ADHD
Ada beberapa gejala anak ADHD yang boleh diperhatikan sebelum anak itu didiagnos dengan masalah ADHD. Gejala itu adalah seperti berikut:
- Sukar untuk fokus
Mudah terganggu, pelupa, mengabaikan orang lain, tidak mengikuti arahan, tidak dapat menyelesaikan pekerjaan atau tugas di sekolah, kehilangan fokus, mempunyai masalah dengan keteraturan, dan mengelak dari tugas yang memerlukan perhatian panjang.
- Hiperaktif
Selalu nampak bersemangat, bercakap berlebihan, sukar untuk menunggu giliran, tidak dapat duduk tenang, menghentakkan tangan atau kaki, selalu gelisah, tidak dapat duduk untuk waktu lama, suka berlari atau memanjat di situasi yang tidak sesuai, tidak dapat bermain dengan tenang, sukar untuk bersantai, sering mengganggu orang lain, dan selalu memberi jawapan sebelum habis soalan.
- Impulsif
Kelakuan yang berisiko tanpa memikirkan akibat dari tindakannya.
Secara umun gejala bagi penyakit ADHD ini muncul sebelum usia 12 tahun dan boleh dikesan seawal 3 tahun lagi. Penyakit ini lebih senang dikesan dan jelas dalam kanak-kanak dan remaja akan tetapi, ianya sukar dikesan dalam orang dewasa. Ia tidak bermaksud penyakit ini menyerang hanya ketika individu tersebut dewasa namun, penyakit ini berlalu tanpa dikesan sejak dari kecil lagi.
Dalam orang dewasa, hiperaktif berkurang, tetapi individu tersebut masih bergelut dengan masalah impulsif, kegelisahan dan kesukaran memberi perhatian. Selalunya individu dewasa tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami masalah ADHD namun mereka tahu mereka sering bergelut untuk menyempurnakan tugas seharian.
Mereka mungkin sukar untuk memberi tumpuan dan keutamaan, menyebabkan mereka sering tidak dapat meyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang diberikan atau terlupa temu janji. Mereka juga sukar untuk mengawal emosi seperti sukar untuk menunggu atau menjadi pemandu yang baran di atas jalan.
Aktiviti berstruktur untuk anak ADHD
Menurut MyHeatlh, aktiviti berstruktur ialah:
- Aktiviti yang dirancang dan mempunyai matlamat
- Direka mengikut keupayaan perkembangan kanak-kanak
Aktiviti berstuktur untuk latihan kehidupan harian , boleh melibatkan penggunaan jadual waktu,. Bagi aktiviti baru ianya dipecahkan kepada kompenan yang lebih kecil dan disertakan dengan arahan yang ringkas dan mudah difahami, dalam bentuk gambar atau tulisan .
Kegagalan melakasanakan aktiviti harian yang berstuktur , boleh menyebabkan kanak kanak ADHD menjadi lebih agresif dan sukar dikawal.
Tips memilih aktiviti untuk anak ADHD
- Aktiviti yang membolehkan kanak-kanak melibatkan diri tersebut turut serta secara aktif (Hands-On)
Aktiviti seperti ini boleh meningkatkan penumpuan kanak-kanak, membantu mereka untuk belajar tentang persekitaran . Contoh aktiviti :
- Berkebun adalah aktiviti ringkas yang boleh dilakukan di rumah, ia membolehkan kanak-kanak meningkatkan kefungsian tangan melalui aktiviti mengangkat, mencungkil, mengorek tanah, menanam, menyiram tumbuhan.
- Melawat muzium dimana terdapat pameran yang boleh mereka sertai serta meneroka melalui sentuhan. Ini lebih interaktif & memberi kesan berbanding dengan apa yang dilihat tanpa boleh disentuh .
- Penumpuan Secara Individu
- Aktiviti secara individu dapat meningkatkan penumpuan berbanding kumpulan. Di mana kanak-kanak mungkin tidak dapat menapis banyak gangguan di sekelingnya.
- Interaksi secara individu ini membolehkan guru/jurulatih , mereka program yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak serta mengambil kira ”temperament” kanak-kanak tersebut.
- Perhubungan Yang Terapeutik
- Ini penting untuk membantu kanak-kanak mengenali kesan kehadiran dan perubahan dalam sesuatu aktiviti yang dimainkan. Ini dapat membantu kanak-kanak untuk berasa selamat dan percaya permainan yang dimainkan itu boleh dipraktis.
- Mencipta suasana bergelak ketawa, mempamerkan sikap penyayang boleh melahirkan suasana gembira, dan kanak-kanak juga akan lebih bersedia menerima arahan seterusnya melakukan aktiviti untuk mencapai matlamat yang telah dirancang.
Aktiviti yang disarankan
Aktiviti di rumah:
- Lego, blok, kraf, permainan board, puzzle adalah di antara aktiviti yang boleh dilakukan di rumah. Kanak-kanak ADHD kerap tidak menyelesaikan aktiviti, oleh itu aktiviti seperti ini boleh memupuk habit yang baik dan memberikan kepuasan selepas dapat menyelesaikan permainan.
Mengikuti kelas seni, tarian, muzik:
- Seni, tarian/muzik adalah dua cara untuk kanak-kanak meluahkan diri mereka. Kebanyakan kanak-kanak ADHD sangat bagus di dalam seni, tarian/muzik tetapi lemah di dalam pelajaran.
Aktiviti Fizikal:
- Mendengar muzik alam semulajadi seperti alunan bunyi air / terjun, kicauan burung, deruan angin semasa melakukan aktiviti luar seperti berenang, memanjat bukit, berbasikal juga boleh dilakukan.
Program senaman aerobik
- Karate atau berenang 3 kali seminggu.
Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH
BOLEH
- Mengenali cara pembelajaran kanak-kanak
- Gunakan arahan yang pendek, pecahkan arahan kepada arahan-arahan kecil untuk ke semua aktiviti
- Berkomunikasi dengan kanak-kanak dengan nada yang tegas, lembut dan positif tetapi bukan dengan gaya marah
- Mengawal impulsif dan penumpuan
- Dapatkan kontak mata (eye contact) dengan kanak-kanak tersebut sebelum memulakan percakapan dengannya. Boleh gunakan bahasa badan, sentuhan tangan dan sebagainya. Berikan ganjaran atau pujian setiap kali / selepas mereka melakukan perkara yang baik.
- Pantau mereka secara dekat dan kerap
- Pantau anak secara kerapa semasa transisi di antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain,terutama aktiviti yang tidak direka secara berstuktur ,.
- Modifikasi tingkahlaku
- Pilih tingkahlaku spesifik yang ingin diubah, satu pada satu waktu ! Contohnya:, impulsif, sangat aktif, kurang penumpuan, terlalu mudah tergangu (easily distracted), dan sebagainya.
TIDAK BOLEH
- Menonton televisyen terlalu lama tidak elok untuk anak ADHD.
- Masa menonton televisyen atau bermain video / telefon perlu dikurangkan kepada setengah jam/sehari.
- Jumlah kanak-kanak yang terlalu ramai
- Perlu dihadkan kepada seorang atau 2 orang sahaja pada satu-satu masa
- Terlalu banyak rangsangan
- Kanak kanak ADHD selalunya tidak dapat mengawal tingkahlaku mereka di pasaraya , kedai ,atau pusat membelibelah , Ini kerana rmereka mudah terangsang dengan bunyi-bunyian, orang ramai dan barang barang disekelilingnya
- Permainan yang perlukan banyak masa menunggu
- Ini disebabkan kanak-kanak ADHD mempunyai kurang daya penumpuan, oleh itu mereka kurang penyabar serta tidak menggemari permainan yang mempunyai banyak step / langkah yang perlu dipatuhi.
- Menjerit dan memarahi
- perlu tegas dan bersabar dengan mereka