5 emosi yang memberi kesan kepada kulit
5 emosi : Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.
Isi Kandungan
Apa kaitan sifat ceria dalam 5 emosi dengan rangsangan kulit wajah?
Satu contoh, biasa tak dengar kenyataan ini:
“Amboi, bukan main berseri kau ya sejak bercinta ni”.
“Siti, sudah-sudahlah tu jangan sedih, pucat dah muka kau aku tengok”.
Menerusi contoh yang diberi, jelas menunjukkan perubahan emosi memberi kesan pada reaksi kulit.
Hal ini turut dirungkai pakar perubatan dari University Of California Irvine, Amerika Syarikat, Lee Berk dan kumpulan penyelidiknya yang mendapati perubahan ‘mood’ seseorang itu akan memberi kesan pada sistem imun dalam tubuh untuk melawan penyakit.
Ketahui 5 jenis emosi yang meninggalkan kesan buruk pada perubahan kulit.
1. Stres
Dalam pelbagai lapisan emosi, stres atau tekanan adalah musuh terbesar terhadap kesihatan kulit seseorang. Stres boleh menyebabkan kita kelihatan jauh lebih tua daripada usia sebenar. Hal berkenaan disebabkan jumlah rangsangan hormon kortisol (stres) yang merebak pada saat stres.
Hormon kortisol yang merembes bebas ke segenap organ, memaksa pembuluh darah
untuk bekerja dalam tekanan dan lebih pantas berbanding kemampuannya. Stres juga membuatkan anda cepat berasa lapar dan nafsu makan melonjak!
Keghairahan makan apa saja tatkala stres boleh menjejaskan kulit wajah misalnya mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat.
2. Marah
Sering dibelenggu emosi marah dapat membuat kulit lebih cepat berkedut. Kemarahan membuat otot-otot wajah menjadi tegang dan berubah menjadi kedutan.
Ketika seseorang marah, hormon kortisol merembes dan menghambat prongeluaran kolagen, iaitu unsur penting dalam penyembuhan kulit. Proses pengilangan kolagen yang perlahan menyebabkan kulit lebih cepat menjadi kedut.
3. Kesedihan
Kesedihan adalah satu perasaan yang sakit untuk ditanggung. Kesedihan yang kerap dialami sehingga menimbulkan tekanan dapat menyebabkan kedutan wajah.
Kajian mendapati bahawa ekspresi wajah memberikan efek yang kuat pada kulit. Menerusi kajian yang dibukukan dalam Journal of Psychiatric Research, pesakit tekanan perasaan atau tekanan jiwa tidak berjaya diubati dengan ubat antikemurungan mahupun suntikan botox untuk mencegah kedutan wajah.
Hormon-hormon penyebab tekanan dapat mempengaruhi tidur, menyebabkan mata bengkak dan kulit kusam.
4. Malu
Rasa malu adalah isyarat yang bergerak dari otak ke kulit, ketika saraf deria neuropeptida pada kulit menerima pesanan yang menyebabkan seseorang tersipu malu.
Sistem saraf simpatik ini dapat menyebabkan kulit seseorang yang malu bertukar kemerahan.
Menurut National Rosacea Society, perubahan itu berlaku kerana kilang pembuluh darah yang dikenali sebagai rosacea membengkak.
5. Takut
Ketika seseorang berasa terancam atau ketakutan, otak akan memberi isyarat pada kelenjar supaya merembes epinefrin atau yang lebih dikenali sebagai adrenalin.
Apabila ini berlaku, degupan jantung akan bergerak pantas, malah darah yang mengalir ke otot berlaku dengan lebih cepat.
Bahan kimia yang dilepaskan ketika seseorang sedang ketakutan akan menyebabkan kulit kelihatan pucat dan kusam.
Rumusan daripada perkongsian ini, Emosi memiliki bentuk yang berbeza yang terdiri daripda emosi berbentuk suka, sedih, marah, malu, takut dan sebagainya. Emosi berkembang kerana motif/motivasi yang lahir dalam diri manusia. Motivasi dan emosi adalah saling berhubungan iaitu apabila motivasi berada dalam keadaan buruk maka emosi manusia itu akan menjadi buruk dan sebaliknya. Kesihatan manusia adalah bergantung kepada kecerdasan atau kesihatan emosi.
Sekiranya emosi individu itu tidak baik dan berada dalam keadaan terganggu, ia sedikit sebanyak menganggu tahap kesihatan individu tersebut. Oleh itu, pengurusan emosi yang baik perlu dilakukan oleh manusia tidak kira usia.
Jagalah 5 Emosi Anda
Jagaan emosi adalah penting untuk kesejahteraan mental dan fizikal. Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu anda menjaga emosi:
- Praktis Mindfulness: Amalkan mindfulness atau kesedaran diri untuk membantu anda mengenali dan menerima perasaan tanpa menilainya. Latihan pernafasan dan meditasi boleh membantu anda menjadi lebih terfokus dan tenang.
- Berolahraga: Aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari, atau melakukan senaman dapat melepaskan endorfin, yang dapat meningkatkan suasana hati dan mengurangkan tekanan.
- Kawal Stress: Identifikasi punca stres dan cuba kawal reaksi anda terhadap situasi tersebut. Amalkan teknik pengurangan stres seperti teknik pernafasan mendalam atau visualisasi positif.
- Berinteraksi dengan Orang Lain: Bercakap dengan rakan, keluarga, atau pakar kesihatan mental boleh memberi sokongan emosi dan membantu melegakan tekanan.
- Menjaga Kesihatan Fizikal: Makan dengan sihat, cukup tidur, dan menjaga kesihatan fizikal dapat memberi impak positif terhadap keadaan emosi anda.
- Mencari Bantuan Profesional: Jika anda menghadapi cabaran emosi yang sukar diatasi sendiri, mencari bantuan dari seorang pakar kesihatan mental seperti kaunselor atau psikoterapis adalah penting.
- Melibatkan Diri dalam Aktiviti Menyenangkan: Lakukan aktiviti yang membawa kegembiraan dan kenikmatan, seperti membaca buku, menonton filem kegemaran, atau melibatkan diri dalam hobi.
- Tetapkan Had dan Prioritikan Tugas: Elakkan daripada terlalu membebankan diri dengan terlalu banyak tanggungjawab. Tetapkan had dan utamakan tugasan yang penting.
- Pelajari dan Tingkatkan Kemahiran Pengurusan Emosi: Memahami cara mengenali dan menguruskan emosi adalah kemahiran yang boleh membantu anda menghadapi cabaran dengan lebih baik.
- Bersyukur: Fokus pada perkara positif dalam hidup dan amalkan kesyukuran boleh membantu meningkatkan suasana hati dan melawan perasaan negatif.
Ingatlah, menjaga emosi adalah proses yang berterusan, dan setiap individu memerlukan pendekatan yang berbeza. Jika anda merasa kesulitan, adalah baik untuk mencari bantuan daripada profesional yang berkelayakan.