5 Kebaikan Skipping Yang Ramai Tak Tahu
Tahukah anda, senaman dengan menggunakan tali ‘‘skipping’’ ialah antara senaman yang terbaik untuk diamalkan. Senaman ini nampak ‘simple’ namun ramai orang tak tahu kebaikannya.
Tanpa memerlukan modal yang besar, senaman ini boleh dilakukan di mana-mana serta baik untuk diamalkan setiap hari.
Isi Kandungan
1. Membakar Kalori Dengan Berkesan
Bagi yang nak cepat kurus, ‘skipping’ ialah senaman yang paling bagus! Tahukah anda, senaman ‘skipping’ yang dilakukan dalam masa hanya 15 minit boleh membakar kalori sebanyak 200 hingga 300 kalori?
Senaman lain seperti berbasikal atau jogging pun tak boleh membakar kalori sebanyak itu dalam waktu yang singkat. Apabila kita melakukan lompatan ‘skipping’, kebanyakan otot kita akan aktif.
Oleh itu, senaman ini dikategorikan sebagai “thermogenic” iaitu keadaan di mana badan kita menghasilkan haba yang banyak semasa bersenam. Haba yang dihasilkan membakar lemak untuk menghasilkan tenaga, sebab itulah ia mampu membakar kalori dengan banyak!
2. Baik Untuk Kesihatan Jantung
Memandangkan ‘skipping’ akan menaikkan kadar degupan jantung, ia mampu memberi manfaat untuk kesihatan kardiovaskular. Senaman berintensiti tinggi seperti ‘skipping’ amat digalakkan bagi menguatkan jantung serta mengurangkan risiko penyakit seperti strok atau lemah jantung.
3. Mampu Mengurangkan Lemak Pada Bahagian Perut
Berita baik bagi sesiapa yang berhasrat untuk membuang lemak pada bahagian perut!
Jika anda gabungkan amalan pemakanan yang sihat dengan rutin senaman lompat tali, anda akan dapat lihat hasilnya dengan lebih cepat. Pastikan anda tegangkan bahagian otot perut ketika rutin melompat supaya lebih berkesan.
4. Menguatkan Tulang
Senaman lompat tali juga dilihat dapat menguatkan tulang.
Mengikut kajian, seseorang yang bersenam lompat tali selama 10 minit setiap hari mempunyai ketumpatan tulang yang lebih tinggi serta lebih kukuh. Ini akan mengurangkan risiko kesihatan tulang seperti osteoporosis, lebih-lebih lagi kepada golongan wanita.
5. Mengurangkan Risiko Kecederaan Kaki
Bagi anda baru berjinak-jinak dalam rutin sukan, senaman lompat tali adalah baik untuk membina kekuatan pada bahagian kaki. Senaman lompat tali dapat menambahkan kekuatan kaki terutamanya di sekitar buku lali serta melatih koordinasi pergerakan bahagian atas dan bawah badan.
Kalau dah biasa ‘skipping’, anda akan dapati badan anda juga akan rasa mudah untuk lakukan senaman atau aktiviti lasak lain.
Senaman ‘skipping’ ini boleh dikatakan senaman yang terbaik dengan pakej yang lengkap. Bukan sahaja menjimatkan masa, senaman ini juga memberi banyak manfaat bagi kesihatan menyeluruh secara fizikal dan mental, serta baik untuk meningkatkan koordinasi badan.
Sebab itulah ramai atlet seperti peninju, penari ballet dan ahli olahraga yang memilih ‘skipping’ untuk meningkatkan stamina dengan cepat. Pada waktu perlaksanaan PKP ini, ‘skipping’ adalah antara senaman yang boleh dilakukan tanpa memerlukan anda keluar dari rumah atau berkumpul dengan orang ramai.
Penutup
Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/ download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian ilmuan anda. Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan – bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.