Lalat Menyerang? 5 Langkah Mudah Bebaskan Rumah Anda dari Lalat Secara Practical
Hampir setiap isi rumah, di restoran, kedai makan juga warung, mengalami masalah lalat yang sentiasa mengelilingi makanan-makanan yang sedia terhidang atau terdedah.
Selain bunyinya yang sangat menjengkelkan, lalat juga mampu menyebarkan penyakit dan jangkitan.
Pelbagai jalan dan usaha untuk menghapuskannya. Namun, kelibat serangga perosak ini masih juga kelihatan.
Di sini disenaraikan 5 Langkah Mudah Bebaskan Rumah Anda dari Fly yang mungkin anda tidak pernah tahu untuk memastikan rumah anda bebas dari lalat yang menjengkelkan ini.
Isi Kandungan
1# Membuat Perangkap Lalat
Perangkap lalat dapat dihasilkan dengan mudah menggunakan barang-barang yang boleh didapati di sekitar rumah anda.
- Perangkap cuka
Isikan 1 balang kosong dengan cuka secukupnya. Pastikan anda menggunakan cuka yang berbau kuat seperti cuka epal.
Tutup rapat bahagian mulut balang tersebut dengan balutan plastik dan tebuk beberapa lubang pada balutan plastik tersebut.
Ini membolehkan maklum perosak ini masuk tetapi menghalangnya daripada keluar.
- Perangkap buah-buahan
Serangga ini mudah tertarik dengan bau buah-buahan yang masak ranum, jadi anda boleh gunakan sedikit buah-buahan dan letakkan ke dalam balang. Anda boleh tambahkan cuka jika anda mahu.
Tutup rapat bahagian mulut balang tersebut dengan balutan plastik dan tebuk beberapa lubang pada balutan plastik tersebut.
Serangga ini juga akan tertarik untuk masuk ke dalam balang tersebut apabila terbau bau buah-buahan tersebut.
- Perangkap sabun
Anda perlu membuat campuran air dengan beberapa titisan cecair pencuci pinggan dan satu sudu cuka. Anda boleh masukkan campuran tersebut ke dalam balang atau biarkan di dalam mangkuk kecil atau cawan.
Bau cuka akan menarik lalat ke perangkap tersebut dan sabun akan menyebabkan ia terperangkap di permukaan air dan mati lemas.
2#Menggunakan Tumbuh-tumbuhan
Anda boleh cuba meletakkan tanaman karnivor, seperti Venus Flytrap, di tempat sering didatangi fly. Tanaman ini memerangkap seranggan ini dengan daunnya yang melekit dan terus menghadamkannya.
Anda juga boleh cuba meletakkan tumbuhan herba. Antara yang disyorkan ialah pudina, daun selasih, daun salam, wormwood, lavender dan marigold. Lalat tidak menyukai akan bau tumbuhan-tumbuhan herba ini.
3#Menghapuskan Tempat-tempat Pembiakan
Pastikan anda tidak meninggalkan pinggan-mangkuk yang kotor di dalam sinki dan tutup tong sampah yang terdapat sisa-sisa makanan.
Anda juga perlu memeriksa pada tuala dapur, terutamanya yang lembap.
Jangan lupa untuk membuang buah-buahan atau sayur-sayuran yang sudah terlampau masak atau telah busuk di dapur anda.
Ini semua bertujuan untuk mengelak dan memastikan lalat tidak bertelur di situ.
4#Minyak Aromaterapi
Lalat sangat tidak menyukai bau minyak aromaterapi.
Letakkan pewangi bauan Eucalyptus atau Lavender di dapur atau di kawasan yang digemari lalat untuk mengusir mereka.
Anda juga boleh mengisi botol dengan campuran air dan lima hingga sepuluh titis minyak serai. Anda hanya perlu menyemburnya di sekeliling dapur anda. Fokus semburan pada kawasan yang mudah dihinggapi lalat seperti sinki dan juga tong sampah.
5#Membasuh Bahan Mentah Sebelum Disimpan
Satu lagi langkah berjaga-jaga yang anda boleh dipraktikkan ialah dengan mencuci semua bahan runcit mentah yang telah anda beli.
Ia merupakan langkah yang bagus bagi mengelakkannya dihurung kerana lalat mudah tertarik dengan bauan atau kesan-kesan lekitan yang terdapat pada bahan-bahan tersebut. Pastikan anda menyimpan semua bahan-bahan yang telah dibasuh tersebut dengan teratur.
Semoga dengan langkah-langkah mudah yang diberikan ini dapat membantu anda mencegah serangga perosak ini daripada memasuki rumah anda.