Sserangga masuk di telinga anak? Jom Ikuti Tips Awesome Ini
serangga masuk di telinga? Bukan main panik lagi bila ada serangga masuk dalam telinga anak kita terutama sekali bila kita tak tahu yang serangga tu dah keluar ke belum sebenarnya. Melihat anak menangis juga sudah merisaukan kita,apatah lagi jika tahu ada serangga sudah memasuki telinganya. Ibu bapa jangan panik dahulu, mari lihat perkongsian daripada Dr luqman bukhari ini :
Siapa yang pernah tengok anak meraung sakit sebab ada ‘benda’ duk bergerak-gerak kat dalam telinga dia, mesti akan teringat sampai bila-bila.
Tiba-tiba je parent pun jadi panik, mati akal tak tahu nak buat apa bila terserempak keadaan macam tu.
5 Langkah Penting Jika serangga masuk di telinga
Ni saya kongsikan 5 langkah penting nak kena buat kalau ada serangga tersesat masuk ke dalam telinga si kecil kita tu:
1. Tolong tenangkan diri kita dulu kemudian baru tenangkan anak. Dalam situasi kecemasan apa sekalipun, jangan panik sebab kita tak kan boleh nak bantu orang lain bila kita pun gelabah sama.
2. Elak jolok masuk cotton bud atau besi pengorek ke dalam telinga anak kita tu. Risiko saluran telinga tercedera jadi amat tinggi. Serangga tu pun mungkin akan tertolak masuk lebih jauh ke dalam.
3. Cepat cepat titiskan minyak zaitun atau baby oil ke salur telinga tu untuk kita lemaskan serangga kat dalam tu. Kalau biar lebih lama risau komplikasi lain berlaku.
4. Sekiranya mak ayah boleh nampak serangga tu kat hujung luar saluran telinga, keluarkan terus pakai jari kita atau gunakan pengepit kecil untuk tarik ia keluar.
5. Terus je ke hospital selagi mana serangga tu masih ada kat dalam telinga si kecil tu. Walaupun dah mati, tapi ia tetap boleh akibatkan jangkitan kat dalam telinga jika tak dikeluarkan.
Bantu saya #sebarkan tips penting ni pada semua mak ayah ye. Kesian kat si comel yang kesakitan sebab parent tak berapa pasti apa yang nak kena buat.
Semoga dengan perkongsian ini, Ibu bapa dapat mengawal situasi jika anak anda atau sesiapa sahaja yang serangga masuk ke dalam telinga. Semoga bermanfaat.
Kredit : Dr Ahmad Luqman Bukhari.