5 Makanan Pahit ini Berkhasiat untuk Anda!
Isi Kandungan
Makanan Pahit ini Berkhasiat untuk Anda!
Makanan manis nampaknya lebih popular kerana rasa enak dan sedap dimakan. Sebaliknya, bagi makanan pahit sering dielakkan kerana dianggap buruk. Malah ada yang berpendapat bahawa rasa pahit itu sinonim dengan makanan beracun.
Hakikatnya, makanan dengan rasa pahit kaya dengan nutrien baik untuk kesihatan tubuh anda.
Makanan Pahit ini Berkhasiat untuk Anda, mengapa?
Sekiranya makanan bergula diketahui dapat meningkatkan gula dalam darah, membangkitkan rasa lapar, dan menjadi punca diabetes dan obesiti, maka makanan pahit adalah sebaliknya.
Tidak semua makanan pahit beracun, malah ia diperkaya dengan pelbagai nutrien yang tidak akan anda dapat dari makanan manis yang menjadi kegemaran anda. Makanan Pahit ini Berkhasiat untuk Anda sememangnya akan menjadi tanda tanya bagi semua.
Selain itu, tanpa menyedarinya, rasa pahit dari makanan ini sebenarnya dapat membantu anda mengawal selera makan, meningkatkan kerja hati dalam menghasilkan hempedu, serta melancarkan sistem pencernaan. Secara tidak langsung, risiko barah, penyakit jantung, diabetes akan menjadi lebih rendah.
Pilihan makanan pahit yang boleh anda cuba di rumah
Jadi, berminat untuk mencuba makan makanan pahit? Berikut ada beberapa pilihan :-
1. Peria
Mendengar namanya, mungkin anda sudah dapat membayangkan bagaimana rasa sayur ini. Makanan Pahit ini Berkhasiat untuk Anda, teruskan membaca.
Namun, tahukah anda bahawa peria kaya dengan antioksidan? Antaranya peria katak. Itulah sebabnya, ia dipercayai dapat membantu mencegah serangan radikal bebas yang menyebabkan penyakit kronik dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes. Makanan Pahit ini Berkhasiat untuk Anda sekiranya anda berjaya menahan dari segala makanan yang tidak berkhasiat.
Peria juga mengandungi dengan fitokimia, seperti triterpenoid, polifenol, dan flavonoid, yang telah terbukti memperlambatkan pertumbuhan sel barah di dalam badan.
2. Kulit buah sitrus
Kebiasaanya kita hanya makan isinya sahaja. Uniknya, serat putih dan kulit luar buah-buahan ini sebenarnya bermanfaat kerana mengandungi kandungan antioksidan flavonoid, terutama jenis hesperidin dan naringin di dalamnya.
Seperti yang telah anda ketahui, antioksidan penting untuk menguatkan sistem imun untuk mencegah pelbagai penyakit.
Tidak perlu keliru tentang cara memakannya. Anda boleh makan terus bersama buah sitrus atau boleh juga dikisar dan kemudian menambahkannya di dalam hidangan makanan atau minuman. Selain memberikan faedah kesihatan, aroma khas yang dihasilkan dari kulit buah ini akan menambahkan lagi rasa hidangan.
3. Sayuran Cruciferous
Ia terdiri daripada beberapa jenis sayur-sayuran antaranya brokoli, brussels sprouts, kubis kerinting (kale), kubis bunga, sawi pakcoy, lobak putih, dan sawi.
Semua sayuran ini mengandungi sebatian glukosinolat yang bertanggungjawab memberi rasa pahit. Bukan hanya itu, sayur-sayuran ini juga dilengkapi dengan fitonutrien, iaitu antioksidan dari kumpulan flavonoid, karotenoid, dan sulforaphane.
Semua bahan kimia semula jadi ini akan membantu hati dalam meneutralkan toksin, sekaligus mengurangkan kesan negatif kepada karsinogen yang berbahaya pada manusia.
4. Serbuk koko
Serbuk koko biasanya digunakan sebagai asas untuk membuat coklat. Walaupun sinonim dengan rasa tidak sedap dan pahit, terdapat pelbagai faedah kesihatan yang dapat anda perolehi secara percuma dari makanan pahit ini.
Satu kajian menjelaskan bahawa serbuk koko mengandungi sejumlah polifenol dan antioksidan yang dapat melindungi fungsi jantung, melebarkan saluran darah, dan membantu mengurangkan keradangan.
Mineral tembaga, mangan, magnesium dan zat besi yang terdapat dalam serbuk koko juga memperkaya nutrien sihat di dalamnya.
5. Teh hijau
Kepahitan semula jadi teh hijau berasal dari kandungan katekin dan polifenolnya yang kuat, terutamanya epigallocatechin-3-gallate (EGCG).
Menariknya, khasiat di sebalik teh hijau bukan sahaja berperanan menyokong kesihatan tubuh. Ia juga bertindak sebagai antioksidan dan anti-inflamasi yang membantu melawan serangan radikal bebas, untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
Selain itu, anda juga boleh mengamalkan budaya hidup sihat terutama bagi orang dewasa. Ianya sangat penting untuk kita supaya hidup lebih proaktif dah semangat.