5 Resepi Kek Guna Blender Jer
Kek merupakan sejenis makanan atau pemanis mulut yang memang sudah tidak asing lagi kepada semua orang. Tidak kiralah dikalangan budak kecil sehingga yang dewasa.
Saya sendiri suka makan kek. Asal dengar nama kek, pasti sudah terbayang bentuk kek yang cantik dan comel hiasan krimnya dan rasa keenakan keknya. Gluppp.. tertelan air liur la pulak.
Adakah korang peminat tegar kek? atau sekadar rasa nak mencuba resepi tapi mixer tiada atau rosak? Jangan jadikan alasan tiadanya mixer untuk buat kek yang anda idamkan.
Tapi…jangan pula korang guna blender bekas lada. Nanti dapat perasa baru pula kek korang. Kek Pedas Mudah Guna blender.
Kali ini saya akan kongsikan 5 resepi kek guna blender jer nak buat. Tak payah mixer-mixer bagai.
Isi Kandungan
RESEPI KEK PISANG
sumber : FB ميه سلميه
RESEPI KEK CHEESE LELEH
RESEPI KEK COKLAT MOIST
*Bahan untuk di blend:
– 1 cawan susu cair/air biasa
– 1 cawan susu pekat
– 1 cawan serbuk koko
– 1 cawan gula
– 1 cawan minyak masak@minyak jagung
– 3 biji telur
– Secubit garam
*Blend kesemua bahan ni dalam masa kurang 5 minit.
*Sementara tu panaskan kukusan hingga mendidih.
*Bahan untuk di ayak:
– 1 1/2 cawan tepung gandum
– 1 sudu kecil bikabonat soda
– 1 sudu kecil baking powder
*Satukan kesemua bahan yg di blend td bersama bahan yg tlh diayak.. kacau rata kesemuanya.
Dah rata tapis adunan utk elakkan ketul2.. masukkan dalam loyang yang disapu majerin supaya tak melekat. Kukus lebih kurang 45 hingga 50 minit.. Dan balut tudung pengukus untuk elak air jatuh ats kek..
Untuk topping saya guna
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn sebuk koko
3 sudu susu cair/air biasa
2 sudu butter@majerin@minyak
Masak atas api (double boil) sampi sebati dan agak pekat.
Dan bile kek sejuk dah boleh siram……
Selamat mencuba.
Senangnya nak buat kek, tak perlu guna mixer. Hanya masukkan semua adunan dalam pengisar dan terus kukus. Selepas siap dikukus, curahkan coklat sehingga meleleh, yummeh.
kredit : FB
Resepi Kek Pandan Kukus
- 3 biji telur (saya guna gred B)
- 1/2 cawan gula halus
- 1/4 cawan minyak masak
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 sudu besar ovalette
- 1 penutup esen vanila (guna saja penutup botol esen vanila. 1 penutup lebih kurang 1 sudu kecil)
- 1 penutup perisa pandan
- 1 penutup pewarna hijau
- 1 cawan tepung naik sendiri
- Panaskan pengukus dengan api sederhana.
- Blend dahulu telur dan gula lebih kurang 2 minit.
- Kemudian masukkan minyak, susu pekat, ovalette, esen vanila, perisa pandan dan pewarna. teruskan blend lebih kurang 2-3minit.
- Keluarkan campuran tersebut dalam mangkuk dan tambahkan tepung ke dalamnya sedikit demi sedikit.
- Letakkan kertas minyak pada loyang dan sapukan minyak pada loyang tersebut bagi mengelakkan kek yang sudah masak melekat.
- Tuangkan dan tapis adunan tadi ke dalam loyang bagi memastikan tiada ketulan tepung.
- Kukus selama sejam.
- Cawan (pastikan guna cawan yang sama ye setiap kali sukatan dibuat)
- Loyang (saya guna saiz kecil saja lebih kurang diameternya 7″)
- Kertas minyak (kalau tiada poun tak mengapa rasanye sebab nanti sapukan minyak je pada loyang)
- Blender (Saya guna blender pensonic yang murah tu je)
- Penapis (saya guna tapis teh je tapi yang saiz besar)
- Periuk pengukus
RESEPI KEK OREN
1 biji buah limau – limau sunquick yang tiada biji
1 cawan minyak/minyak jagung
2 cawan gula halus (guna 1 cawan sahaja)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum *
1 sb baking powder * (* ayak bersama)
Beberapa titis pewarna/perisa oren
Cuci buah limau. Potong dan buang biji serta urat putih di tengah-tengahnya. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali.
Masukkan buah limau ini ke dalam pengisar bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan beralas dengan kertas baking.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit – 1 jam atau sehingga masak. Saya bakar pada suhu 150C selama 50 minit.
Sedap juga dibuat cupcake atau dikukus. Saya bakar pada 150C selama 50 minit.