Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 Tanda Serangan Jantung Akan Muncul

5 tanda serangan jantung akan muncul yang kami bakal kongsikan ini diharap dapat beri manfaat kepada ramai orang terutama yang sedang mengalaminya. Sejak akhir-akhir ini, kerap kedengaran samada dalam kalangan orang popular atau kenalan kita yang tiba-tiba meninggal secara mengejut. Apabila dibuat post mortem, doktor mengklasifikasikan kematiannya itu adalah kerana serangan jantung.

Serangan jantung ini boleh menyerang sesiapa sahaja terutama mereka yang dikatakan tinggi kandungan kolesterol dalam badan. Justeru, melalu penulisan ini suka untuk kami kongsikan 5 tanda serangan jantung akan muncul agar ianya dapat memberi pendedahan dan maklumat kepada kita supaya berwaspada kelak.

Isi Kandungan

Memahami serangan jantung

Untuk pengetahuan, seperti yang dikongsi menerusi laman rasmi Hospital Gleneaglas, serangan jantung juga dikenali sebagai infarksi miokardium berlaku apabila bekalan darah ke otot jantung disekat, yang menyebabkan bekalan darah beroksigen tidak mencukupi kepada satu atau beberapa bahagian otot jantung. Keadaan ini disebabkan oleh arteri tersumbat yang mengehadkan bekalan darah yang kaya oksigen ke kawasan tertentu di jantung.

5 TANDA SERANGAN JANTUNG AKAN MUNCUL

Ia berlaku apabila arteri terhalang atau tersumbat disebabkan oleh aterosklerosis. Aterosklerosis adalah keadaan yang berlaku apabila plak, bahan likat, secara beransur-ansur terkumpul di dalam arteri daripada lipid, deposit kolesterol, kalsium dan sel darah.

Apabila plak pecah, bekuan terbentuk, yang kemudiannya mengakibatkan halangan. Otot jantung kemudiannya akan kekurangan oksigen dan nutrien, menyebabkan mereka mati. Keadaan ini kemudian akan menyebabkan serangan jantung.

5 tanda serangan jantung akan muncul

Gejala atau tanda serangan jantung ini mungkin berbeza mengikut orang, jantina, umur dan sebagainya. Namun, dalam perbezaan itu, terdapat juga persamaan yang kita boleh teliti serta diambil dari kebanyakan orang atau pesakit yang telah melaluinya. Jadi, apa kata kita tengok kembali apakah 5 tanda serangan jantung yang muncul itu:

5 TANDA SERANGAN JANTUNG AKAN MUNCUL
5 tanda serangan jantung akan muncul
  1. Sakit atau ketidakselesaan di dada (iaitu, rasa menikam di bahagian tengah dada)
  2. Sakit atau ketidakselesaan di bahagian belakang, leher, atau rahang. Kesakitan boleh merebak ke bahagian kiri badan (iaitu, rahang kiri, bahu kiri, atau lengan kiri)
  3. Sesak nafas tanpa mengira sebarang ketidakselesaan dada
  4. Berpeluh sejuk, pening atau berasa lemah
  5. Loya dan muntah dikaitkan dengan serangan jantung yang paling serius.

Penutup

Walaupun serangan jantung ini boleh berlaku dengan tiba-tiba kepada sesiapa sahaja, namun ia masih boleh dicegah. Antara langkah pencegahan adalah dengan menjaga pemakanan, iaitu mengambil makanan yang berkhasiat serta kurangkan makanan berlemak. Selain itu juga, gaya hidup turut memainkan peranan. Amalkan gaya hidup yang sihat dan selalu bersenam boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Selain itu, sentiasalah membuat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital berdekatan sebagai langkah penjagaan. Akhir sekali, selain 5 tanda serangan jantung akan muncul seperti yang dikongsikan, anda juga boleh dapat secara lebih teliti mengenai pencegahan ini menerusi artikel ‘cara elak serangan jantung’.

5 TANDA SERANGAN JANTUNG AKAN MUNCUL

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More