5 Tempat Makan Menarik Di KL
5 Tempat Makan Menarik Di KL amatlah dicari oleh setiap penduduk di KL dan Selangor. Kebiasaanya mereka ini tidak mempunyai banyak masa untuk memasak dan lebih senang untuk membungkus makanan atau makan di luar sahaja. Banyak sebenarnya variasi makanan terdapat disini seperti nasi lemak, nasi dagang, tomyam dan banyak lagi sesuai mengikut selera setiap orang.
Kuala Lumpur semestinya pusat ekonomi di negara kita. Disebabkan banyak peluang pekerjaan disini ramai penduduk negeri lain berhijrah kesini info lanjut tentang KL disini.Disebabkan hal ini, walaupun tinggal di perantauan tidak semestinya kita tidak dapat merasa menu di negeri asal kita. Hari ini terdapat pelbagai pilihan makanan yang biasa terdapat di negeri lain juga terdapat di Kuala Lumpur. Menarik bukan? semestinya anda harus memilih restoran mana yang mampu memberi kepuasan rasa kepada anda.
Isi Kandungan
5 Tempat Makan Menarik Di KL
Restoran Murni Discovery
Walaupun tampil mewah di tengah bandar dan menghidangkan menu yang agak kebaratan namun anda yang berpendapatan sederhana juga boleh berkunjung ke sini. Harga nya berpatutan dan anda memilih nasi goreng menu dengan harga bawah RM10. Selain itu disini mempunyai pelbagai jenis makanan western seperti Lamb chop, Chicken chop dan juga masakan melayu , tomyam dan banyak lagi. Lagi seronok kalau datang di malam hari bersama rakan-rakan sambil berborak dalam suasana yang cukup meriah ini. Bertempat di Bukit Jalil namun restoran ini mempunyai cawangan di Shah alam dan beroperasi setiap Hari Kecuali Isnin dari jam 12.00 petang hingga 2.00 pagi.
Samudra Exotic River Fish Restaurant (SAMUDRA Anjung PATIN Ville)
Banyak sebenarnya Restoran yang mewah dan elegant di ibu kota ini. Maklum sajalah, Restoran juga boleh dijadikan tempat untuk meeting dan berjumpa dengan client. Sudah pasti apabila berjumpa atas nama kerja mestilah ingin ke tempat yang makanan sedap dan ada privasi. Berlokasi di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru ini banyak menyediakan menu-menu yang segar dan menyelerakan. Antaranya menu ikan yang mahal seperti siakap, tilapia yang di goreng rangup ditambah dengan kuah sosnya, Ayam pelbagai cara masakan dan banyak lagi. Sesuai untuk mereka yang memilih untuk makan tengah hari bersama rakan sekerja mahupun bersama yang tersayang. Beroperasi setiap hari dari jam 11.30 pagi – 10.00 malam. Selamat mencuba.
Gami Chicken Pavilion
Disebabkan budaya kpop semakin mendapat tempat di negara kita semestinya para peniaga mengambil kesempatan untuk menawarkan menu ala korea ini kepada para penggemarnya. Makanan korea sentiasa digemari di negara kita kerana dianggap sedap dan lebih kurang sama dengan selera rakyat Malaysia. Restoran Gami Chicken Pavilion ini menawarkan pelbagai jenis cara masak ayam dan daging seperti dakgalbi, gami chicken burger, spicy seafood dan banyak lagi. Sungguh enak dimakan tanpa nasi. Bagi yang ingin merasa kepedasan dan kesedapan hidangan ala korea ini boleh datang ke sini yang berlokasi di Bukit Bintang, dan beroperasi Setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam.
Restoran Kudu Chowkit
Antara 5 Tempat Makan Menarik Di KL ialah Restoran Kudu Chowkit. Restoran ini menjadikan nasi kandar sebagai menu utamanya. Sudah semestinya masakan mamak mampu menarik minat semua orang. Nasi putihnya dihidangkan bersama kuah kari dan ayam berempah sudah pasti membuka selera setiap orang. Restoran ini menjadi tumpuan buat para pekerja untuk makan tengah hari. Restoran ini juga menawarkan pelbagai aneka lauk pauk seperti ayam goreng, masak merah, masak lemak dan pelbagai lagi. Bergantung kepada anda untuk makan nasi bersama lauk apa. Restoran sebegini semestinya ramai penggemar kerana lebih murah dan ala buffet tanpa perlu melihat menu.
Fiske Steakhouse
Kadang kala mesti kita rasa teringin nak makan makanan yang selain dari nasi bukan?sesekali bertukar selera apa salahnya. Pada yang inginkan kelainan boleh datang ke restoran Fiske Steakhouse yang berlokasi di Taman Desa Keramat dan waktu operasi pada Setiap hari Kecuali Isnin dari jam 9.00 pagi – 12.00 tengah malam. Anda boleh pilih ingin steak ayam, daging atau banyak lagi dengan pelbagai style masakan disertakan dengan sos perapan lada hitam dan mustard creamnya. Bahagian dagingnya juga sangat lembut rugi kalau tak cuba. Selain dari steak ada juga aneka spagheti bolognese,chicken cream spagheti dan banyak lagi.Rasailah masakan ala Eropah ini.Selamat berkunjung ke sini.
Aneka Restoran Di KL
Untuk lebih membantu anda mendapat inspirasi untuk cari tempat makan di KL kami senaraikan lagi restoran yang mampu untuk memenuhi selera anda. Jangan risau KL ini banyak pilihan sampai tak tersenarai dibuatnya.
Pilihan Lain Restoran Untuk Anda
Pelbagai Restoran akan menyediakan menu yang mampu membuka selera anda antaranya:
- RSMY Cheese Naan
- Nasi Lemak Royale Kedah Ampang
- Restoran Rebung Dato Chef Ismail
- The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat
- Restoran Rosdet Tomyam
Tips: Anda juga boleh lihat tempat menarik di Selangor.Sambil cari makan di KL boleh lah melawat tempat menarik disana.
Tempat Makan Di KL
Disini kami kongsikan video yang banyak lagi pilihan tempat makan di KL. Semoga dapat memenuhi selera anda.
Apakah Citarasa Makanan Anda?
Disebabkan mempunyai kepadatan rakyat yang tinggi disini sudah pasti membuka ruang buat para peniaga mengembangkan perniagaan mereka. Sudah pasti membuka kedai makan mampu menarik pulangan yang lumayan. Ditambah pula jika kedai itu bersih, masakan yang sedap dan strategi pemasaran yang effektif sudah pasti menarik pora pengunjung. Banyak aneka restoran yang mempunyai makanan simbolik mereka sebagai contoh Restoran Rosdet Tomyam yang mengetengahkan konsep makanan Thailand seperti tomyam, somtam dan banyak lagi. Selain itu Restoran nasi lemak Saleha yang mengetengahkan nasi lemak sebagai menu daya tarikan utama. Namun tak semestinya mereka menyediakan menu itu sahaja. Terdapat banyak lagi menu yang menarik. Selamat mencari dan mencuba.
Sudahkah Anda Membuat Pilihan?
Bagi yang menetap di KL atau Selangor jagan lepaskan peluang untuk berkunjung ke kedai makan yang kami senaraikan. Tidak rugi jika ingin mencuba.Ambil peluang hujung minggu atau cuti panjang untuk merasai sendiri keunikan makanan disesebuah kedai. Maklum sahaja walaupun setiap kedai menyediakan menu yang sama namun rasa nya agak berbeza sama ada dari segi bahan yang diigunakan, cara pembuatan dan banyak lagi. Semoga perkongsian 5 Tempat Makan Menarik Di KL ini membuka minda dan selera anda terhadap kesedapan makanan di KL.