5 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu
5 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu sudah pasti ingin diketahui bukan? Terengganu sangat terkenal sebagai salah satu tempat percutian menarik di Malaysia. Selain kaya dengan keindahan alam seperti tasik kenyir, Pulau Gemia dan khazanah tinggalan tamadun islam, disini juga terdapat banyak tempat makan viral. Terengganu sering kali menjadi daya tarikan buat pelancong asing dan tempatan. Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai Terengganu bolehlah klik disini.
Untuk lebih menarik para pelancong, banyak restoran dan gerai-gerai makan terdapat disekitar tempat pelancongan yang menjadi tumpuan. Sebagai contoh, di sekitar kawasan pantai di Terengganu pasti terdapat gerai makan yang menawarkan menu yang unik yang viral. Pernah seketika dahulu, Aiskrim pasu menjadi menu viral dan wajib dicuba sekiranya singgah di Pantai di Terengganu. Aiskrim pasu ini menjadi unik kerana kebiasaan aiskrim di dalam kon tetapi kali ini aiskrim diletakkkan dalam pasu yang pelbagai saiz sesuai dengan kehendak orang ramai. Kali ini kami kongsikan antara 5 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu
Isi Kandungan
5 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu
Nasi Dagang Atas Tol
Bagi seseorang yang berasal dari Terengganu dan bekerja di Ibu Kota pasti dapat merasa kelainan nasi dagang di negeri sendiri dan di Ibu kota bukan? Walapun terdapat banyak restoran yang menawarkan menu ini tetapi rasanya sangat lain dan tidak dapat memberi kepuasan dari segi rasa. Bagi yang bukan berasal dari Terengganu cubalah bandingkan sendiri rasanya dengan di tempat asalnya.Pasti anda akan rasai perbezaan yang ketara dari segi rasa dan kepekatan kuah karinya dan kelembutan ikanya. Rasa nasinya juga akan berbeza juga. Antara gerai yang kami kongsikan untuk anda rasa nasi dagang adalah nasi dagang atas tol.Di sini sentiasa di penuhi pengunjung dan anda harus datang awal untuk beratur. Masa operasi gerai ini dari pukul 6.30 pagi – 11.00 pagi setap hari kecuali Isnin dan Selasa. Jom rasai sendiri nasi dagang ini dan rasailah perbezaannya.
Restoran Mat Binjai
Salah satu menu makanan popular di negeri pantai timur ialah singgang ikan bersama pelbagai jenis ulam yang segar seperti pucuk janggus, petai, ulam raja dan pelbagai lagi. Berlokasi di Jalan Sultan Sulaiman kuala terengganu, Restoran ini dipenuhi pengunjung terutama pada waktu tengah hari bagi pekerja-pekerja am. Manakan tidak pelbagai masakan kampung yang menyelerakan terdapat disini seperti ayam, ikan panggang, masak lemak cili api, masak lemak salai daging dan pelbagai lagi. Yang paling menarik bagi yang belum cuba rasa telur penyu rebus, disini pon ada. Rasailah sendiri. Waktu operasinya dari jam 8.00 pagi – 6.00 petang setap hari kecuali ahad. Anda jangan risau walaupun pelbagai variasi lauk yang anda pilih, harga nya masih lagi berpatutan.
Nasi Kukus Sempoi Alias 2
Menu tradisional yang ingin dikongsikan pada hari ini ialah nasi kukus, Anda boleh singgah di Nasi Kukus Sempoi Alias 2 untuk merasai sendiri air tangan peniaga di Terengganu ini. Seperti yang kita tahu nasi kukus adalah kombinasi nasi yang diletakkan dalam acuan nya dan dikukus dengan suhu sesuai, disuaikan dengn ayam yang diperap dengan rempah sebelum digoreng dan ditambah dengan kuah karinya berserta ulam timun dan sambal. Sungguh lengkap dalam set nasi kukus ini. Kebiasaan harga untuk nasi kukus ini RM7-8 tidak kiralah rasanya sedap atau tidak. Namun berbeza untuk restoran ini yang menawarkan pakej kombo Nasi kukus beserta Mango Shake dan hanya berharga Rm 10 sungguh murah bukan? Datanglah untuk merasai nasi kukus yang rasa asli ini sudah pasti anda tidak akan menyesal. Masa operasi dari 10.00 pagi – 4.00 pagi setiap hari kecuali Jumaat.
Dapo Pata Kontena
Bagi yang ingin menikmati makan malam romantik sambil ditiup angin pantai bolehlah datang ke Dapo Pata Kontena. Menu yang dihidangkan juga sesuai untuk dinikmati disini. Sebut saja apa jenis makanan western makanan laut pasti terdapat disini. Berlokasi di Pantai Tok Jembal ini anda bolehlah datang sekitar jam 5.00 petang-2.00 pagi setiap hari dan rasailah kenikmatan makan malam anda. Lagi seronok datang berkumpulan dan memesan pelbagai menu menarik seperti Udang Galah, lamb chop, chicken chop, nasi goreng seafood dan banyak lagi. Semestinya tempat ini menjadi tarikan buat mereka yang suka mengambil udara malam dan melepasakan tekanan pada hujung minggu. Selamat mencuba.
Hot Hot Roti Canai
Antara 5 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu ialah Hot Hot Roti Canai. Pasti ramai yang suka makan roti canai bukan terutama sebagai sarapan dan juga makan malam. Pelbagai jenis variasi roti canai dan kuah dicipta oleh para peniaga bagi menarik minat pelanggan. Rahsia roti canai yang sedap semestinya adunan roti canai itu sendiri diuli dan ditebarkan dengan oenuh skill. Tidak semua orang mempunyai bakat ini, nampak mudah namun prosesnya agak rumit dalam menentukan kesedapan roti canai itu. Sekarang terdapat pelbagai variasi kuah seperti kuah kari, Dal sambal bilis dan banyak lagi, ada juga roti canai didatangkan dengan pelbagai saiz dan warna. Apapun disini terdapat apa yang anda ingin cuba, pelbagai variasi dan kesedapam ditawarkan di Restoran ini, Selamat mencuba.
Variasi Makanan Di Terengganu
Terengganu mempunyai makanan simbolik yang harus dicuba sekiranya berkunjung ke sini seperti Nasi dagang, Kerepok Lekor, Nasi kukus, makanan laut dan banyak lagi. Sekiranya berkunjung ke sini jangan lepaskan peluang untuk merasainya kerana rasanya tidak sama dengan negeri lain.
Gerai Dan Restaurant Makanan Simbolik Di Terengganu
Semestinya kami kongsikan antara gerai dan restoran yang popular untuk anda cuba makanan simbolik ini antaranya:
- Rahsia Kitchen
- D’Tunggal Seafood
- Nasi Dagang Kak Pah Batu Burok
- Keropok Lekor Dynar
- Ahlan Restaurant
Tips: Untuk mengetahu banyak lagi mengenai Terengganu selain dari tempat makannya,anda boleh tengok sini 7 tempat Menarik Di Terengganu, ye.
Tempat Makan Di Kuala Terengganu
Disini kami kongsikan video antara tempat makan menarik di Kuala Terengganu. Semoga dapat memenuhi selera anda.
Gerai Atau Restaurant Mana Satu Pilihan Anda?
Setiap orang ada kelebihan bakat masing-masing yang boleh membantu menghasilkan pendapatan. Bagi mereka yang mempunyai kepandaian dalam sesebuah menu yang membuatkan mereka menceburkan diri dalam perniagaan. Ada peniaga yang mempunyai modal kecil bermula dengan membuka gerai kecil di tepi jalan dan bagi yang mempunyai keuntungan lebih akan membuka restoran dengan pelbagai tambahan menu lagi. Namun makan gerai ini tidak semestinya tidak bervariasi dan menarik. Sebenarnya makanan gerai ini sangat sedap dengan harga yang lebih murah. Manakala restoran pula disebabkan mempunyai ruang yang lebih besar mampu mnyediakan pilihan yang lagi banyak. Namun semua itu atas pilihan dan keselesaan anda. Jika anda ingin membeli makanan untuk alas perut dan makan dalam kereta bolehlah singgah di gerai-gerai ini.
Sudahkah Anda Memilih Lokasi Makanan Anda?
Tidak dinafikan perniagaan disini menjadi sumber pendapatan utama buat penduduk di Terengganu. Oleh sebab itu sepanjang perjalanan anda sambil ke destinasi pelancongan anda akan dapat lihat banyak gerai-gerai kecil yang menjual makanan yang sedap seperti keropok Lekor, Pisang Goreng dan banyak lagi, suatu pemandangan yang jarang kita lihat di Bandar, semestinya sambil kita melancong kita juga ingin merasa makanan tradisi di setiap negeri yang kita kunjungi. Semoga perkongsian ini membantu anda dalam membuat pilihan.