5 Tempat Makan Menarik Di Melaka
5 Tempat Makan Menarik Di Melaka sudah pasti ingin dijadikan senarai tempat pilihan anda bukan? Melaka sentiasa menjadi tempat pilihan untuk pergi melancong. Banyak khazanah sejarah, tempat ambil gambar yang cantik disana. Sudah pasti anda tidak ingin lepaskan peluang untuk ke sini bukan? kali ini kami kongsikan kepada anda antara pilihan makanan yang boleh didapati di Melaka ini.
Melaka sangat menarik untuk dikunjungi untuk info lanjut mengenai Melaka boleh klik disini. Pelbagai jenis variasi makanan yang terdapat disini. Antara yang terkenal disini Mee tarik ala nyonya baba yang wajib dicuba apabila sampai disini. Makanan yang terdapat disini juga sesuai untuk masyarakat berbilang kaum di negara kita. Sambil-sambil anda melawat A Famosa, Pantai Klebang bolehlah singgah ke tempat yang kami senaraikan ini. Selamat mencuba.
Isi Kandungan
5 Tempat Makan Menarik Di Melaka
Mochee Dim Sum House
Bagi yang tidak pernah mencuba variasi dimsum bolehlah datang kesini kerana disini terdapat lebih 40 variasi dimsum. Dimsum ialah makanan yang terkenal dalam kalangan masyarakat china khususnya Tionkok. Kerana kepelbagaian etnik china disini, dimsum sangat popular dan boleh dilihat restoran cina menyediakan menu ini. Bagi yang ingin mendapatkan dimsum yang halal boleh singgah di Mochee dimsum house ini yang berlokasi di Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka. Bagi yang ingin mengenali dimsum, dimsum ialah hidangan kecil yang dibalut dengan kulit dimsum bersama pelbagai jenis protein seperti isi ayam, itik, daging, babao, mee dan pelbagai jenis lagi dan dikukus. Lagi seronok kalau dihidangkan panas-panas bersama teh panas. Bolehlah anda berkunjung ke sini sebagai tempat pilihan anda.
Pak Putra Tandoori & Naan
Antara 5 Tempat Makan Menarik Di Melaka yang boleh anda singgah ialah Pak Putra Tandoori & Naan (Restoran Pak Putra). Masakan mamak sentiasa mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita. Oleh itu mana-mana gerai pasti akan menyediakan menu yang dianggap popular seperti roti canai, roti naan dihidangkan bersama kuah kari yang cukup pedas, lemak manisnya yang sesuai apabila dimakan bersama roti. Buat penggemar nasi jangan risau ada menu nasi bersama ayam tandoori, ayam bakar dan banyak lagi. Berlokasi di taman kota laksamana dan waktu operasi setiap hari kecuali ahad dari jam 5.30 petang – 1.00 pagi. Bolehlah anda datang bersama kawan-kawan sambil menikmati makan malam bersama.
Asam Pedas Claypot
Di Melaka, anda akan dapat lihat banyak restoran yang menawarkan menu ini kerana dianggap simbolik buat negeri Melaka. Asam pedas yang biasa kita makan ialah ikan pari, ikan kakap, ikan pari dan pelbagai lagi. Dalam masakan asam pedas jenis ikan yang dipilih memainkan peranan kerana isi ikan dapat dirasai melalui kuahnya. Kuah asam pedas mestilah dapat kita rasa asam jawanya,pedas-pedas manis ditambah pula dengan kepekatan yang menyelerakan. Cukup bahan dan cukup rasa. Jika berkunjung ke A famosa jangan lupa singgah di sini kerana lokasi nya agak berdekatan. Jangan risau harganya cukup berpatutan dan beroperasi setiap hari kecuali Selasa dari jam 6.00 petang – 4.00 pagi. Walaupun nama kedai ini Asam Pedas Claypot namun terdapat menu lain juga seperti roti canai dan masakan panas.
Medan Ikan Bakar Parameswara
Ikan bakar hanya dengar namanya saja sudah cukup buat kecur liur. Apabila sebut tentang restoran ikan bakar pasti kita dapat bayangkan pelbagai jenis ikan bakar yang tidak pernah kita lihat seperti ikan kakap, tenggiri, siakap dan banyak lagi dihidangkan bersama air asam yang diperbuat dengan cukup rasa pedas, belacan dan kepekatannya. Buat ibu bapa yang ingin belanja anak-anak makan bolehlah datang kesini pada hujung minggu terutama waktu malam. Seronok bukan dapat meluangkan makan malam anda dengan susana meriah ini bukan? Berlokasi di Ayer Molek, Melaka dan waktu operasi setiap hari kecuali isnin dari 5.00 petang – 12 malam. Apa lagi cubalah singgah dan rasai pengalaman makan ikan bakar ini.
Big Bowl Ice
Bagi penggemar dessert tempat ini sangat sesuai buat anda. Ada yang berpendapat kalau dapat makan makanan yang sejuk dan manis ini mampu untuk hilangkan tekanan. Sekarang ini terdapat pelbagai menu dessert diluar sana seperti cocktail, chocolate cake dan pelbagai lagi. Restoran big bowl ice ini tidak kurang menariknya seperti Mykori dessert cafe yang terdapat di ibu kota. Disini didatangkan dengan aiskrim yang pelbagai perisa yang sedap dan lain dari yang lain bersama buah-buahan seperti mango, cherry bersama banyak lagi topping yang ditawarkan sesuai dengan pilihan anda. Nampak seperti menu yang mudah namun setiap menunya terdapat 1001 rasa didalamnya ditambah pula dengan susunan yang menarik dan menyelerakan.
Asam Pedas Negeri Melaka
Sudah menjadi lumrah apabila makanan itu terkenal di sesebuah negeri pasti banyak restoran atau gerai yang menawarkan menu ini. Kali ini kami kongsikan lagi antara kedai makanan yang menyajikan asam pedas.
Restoran Asam Pedas Di Melaka
Boleh dilihat sekitar perjalanan anda menu ini sentiasa mendapat tarikan terutamanya untuk dimakan tengah hari. Antara restoran yang menjadi pilihan:
- Asam Pedas Pasar Borong Batu Berendam
- Asam Pedas Selera Kampung
- Restoran Lot 85
- Asam Pedas Kak Su
- Restoran Rashid Corner
Tips: Jika anda terfikir menjadikan Melaka sebagai destinasi melancong anda boleh lihat artikel ini.Semoga dapt membantu anda dalam membuat pilihan.
Tempat Makan Menarik Di Melaka.
Disini kami kongsikan video 10 tempat makan viral di Melaka. Semoga dapat membantu anda dalam memilih.
Dessert Atau Western Mana Satu Yang Anda Sukai?
Tidak dinafikan Melaka banyak menawarkan menu dessert dan juga masakan western. Disebabkan kita juga banyak menerima pelancong asing wujudnya variasi Restoran western di sekitar Melaka ini seperti Bunga & Tembok Café, Cafeology Café & Restaurant, Hadramawt Palace dan banyak lagi. Hidangan western yang biasa kita makan seperti meatball beserta sos dan veggies, Lamb chop dan banyak lagi. Kepelbagaian menu ini boleh dicuba oleh setiap orang asalkan kena dengan selera. Manakala antara restoran dessert disini ialah Cendol Jam Besar, Klebang Original Coconut Shake, Cendol Kampung Hulu dan banyak lagi. Dengan cuaca panas di negara kita ini semestinya terdapat variasi dessert yang dicipta para peniaga sesuai dengan selera masing-masing. Apapun pilihan anda selamat mencuba dan rasailah keenakannya sendiri.
Sudahkah Anda Memilih Tempat Makan Anda?
Sebut pasal makan semua orang suka bukan? sudah menjadi lumrah sambil kita berjalan mengambil angin pasti ingin mencari tempat makan yang menarik dangan rasa yang sedap dan jika kita berjaya mencari restoran yang sedap dan kena dengan selera pasti kita akan pergi lagi jika berkesempatan dan dapat memberi cadangan kepada orang lain juga bukan? Semoga perkongsian 5 Tempat Makan Menarik Di Melaka kali ini bermanfaat buat anda dan dapat memenuhi selera anda dalam memilih.