5 Tempat Menarik Di Pulau Pinang
5 Tempat Menarik Di Pulau Pinang sangatlah mengujakan untuk dilawati. Sedar akan hakikat kita tidak dapat bercuti seperti dahulu buat masa ini disebabkan pandemik covid-19, ramai yang hanya dapat melepaskan keinginan dengan membaca artikel mengenai pelbagai tempat pelancongan yang menarik dan juga menonton video-video percutian mereka yang lama. Jangan lah risau, kita pasti dapat berkunjung lagi apabila tiba masanya nanti.
Kali ini kami kongsikan kepada anda antara tempat yang menarik di Pulau Pinang. Bila sebut pasal Pulau pinang ramai yang terbayang slang percakapan anak mami ini dan juga nasi kandar bersama ayam besar dan karinya yang menyelerekan. Pulau Pinang dikenali sebagai negeri-negeri selat pada ketika dahulu dan mendapat nama sempena pokok pinang info lanjut disini. Nak tahu apa yang menarik di pulau Pinang? mari kita lihat antara 5 Tempat Menarik Di Pulau Pinang.
Isi Kandungan
5 Tempat Menarik Di Pulau Pinang
Design Village Penang
Walaupun banyak tempat bersejarah yang anda kunjungi, pantai atau mana-mana kawasan peranginan di Pulau Pinang pasti anda akan mencari tempat untuk shopping bukan? Design Village Penang ini berkeluasan 400,000 kaki persegi, dan terdapat sekitar 150 buah kedai di dalamnya. Sebut sahaja jenama yang anda inginkan pasti ada seperti Parkson, Bonia, Ikea dan banyak lagi, kedai-kedai yang murah juga banyak terdapat disini. Setanding dengan Mall di Ibu kota, Mall ini menjanjikan keunikan dari segi barangan yang dijualnya. Keunikan Mall ini adalah dikawasan luarnya terdapat pokok-pokok yang berkonsepkan ala kampung dihiasi flora dan fauna. Anda juga boleh duduk makan angin disini kerana terdapat banyak kerusi yang disediakan dan food truck nya pon ada.
Guar Petai
Keindahan alam sentiasa menjadi tempat yang ingin dikunjungi, kerana setiap orang ingin menenangkan tekanan diri dengan melihat keindahan flora dan fauna. Guar Petai yang kelihatan seperti peta dari pemandangan atas ini berkeluasan 60 hektar. Ditempatkan disebuah kawasan ladang getah, tempat ini sesuai bagi sesiapa yang ingin berbasikal disekitar sini, mendaki bukit, jogging, bersiar-siar dan banyak lagi. Kalau nak berkelah pon boleh. Bagi yang suka mengepost gambar di laman sosial ,jadikan tempat ini sebagai koleksi galeri anda. Sesuai jika dikunjungi secara berkumpulan bersama keluarga atau rakan-rakan sudah pasti menjadi kenangan yang terindah.
Penang State Museum And Art Gallery
Seperti di negeri lain, Pulau Pinang juga dijajah oleh British, disebabkan itu banyak bangunan disini yang berkonsepkan reka bina ala Inggeris. Jika anda berkunjung ke Penang State Museum and Art Gallery ini, anda akan dapat melihat pelbagai tinggalan nenek moyang kita dahulu seperti ukiran seramik, karya lukisan, foto-foto perjanjian british pada masa dahulu dan banyak lagi. Di setiap bangunan ini disusun mengikut konsep masing-masing dari segi peninggalan kesultanan raja melayu dari segi artifaknya, manakala peninggalan foto dan lukisan karya-karya british pada masa dahulu. Kepada pencinta sejarah datanglah berkunjung ke sini sambil itu bolehlah anda merasai pengalaman hidup dizaman lampau dan juga mengambil gambar.
Chew Jetty
Siapa cakap hanya di Maenam Chao Phraya, Thailand anda dapat merasai pasar-pasar membeli belah terapung ini? Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya juga. SepertI yang anda lihat, tempat ini banyak menarik pelancong asing dan tempatan kerana disamping anda dibawa belayar dengan perahu, disini anda juga dapat membeli cenderamata yang murah dan menarik. Barangan yang dipamerkan cukup menarik dengan cenderamata seperti keychain, kipas hiasan ,patung-patung dan banyak lagi. Anda juga dapat singgah sebentar di sesebuah kedai yang terdapat disini. Menarik bukan? rasailah pengalaman seakan-akan di Thailand ini. Jika anda tidak ingin membeli-belah pon boleh berjalan-jalan di sekitar siini sambil melihat Mural yang dipaparkan sepanjang jalan.
Astaka Taman Tun Sardon
Antara 5 Tempat Menarik Di Pulau Pinang ialah Astaka Taman Tun Sardon. Didalamnya terdapat lebih dari 50 gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan. Tempat ini sentiasa menjadi tarikan ramai pengunjung manakan tidak selain terdapat banyak pilihan makanan yang menarik, gerainya juga bersih dan harga nya yang murah. Disini anda dapat lihat pelbagai kuih muih tradisional, makanan berat seperti Nasi kandar, Nasi lemak, satay dan banyak lagi. Sambil anda melawat ke Penang State Museum and Art Gallery bolehlah anda singgah disini juga. Pasti anda rambang mata untuk memilihnya,
Variasi Makanan Di Pulau Pinang
Selain terkenal dengan Nasi Kandarnya, disini juga terdapat banyak variasi makanan pelbagai kaum seperti nasi briyani, char kuew Tiau ,Tom Yam ala Thai dan banyak lagi. Restoran yang ditawarkan juga cukup bersih dan menyajikan pelbagai menu.
Antara Resoran Yang Menarik Di Pulau Pinang
Jika nak pilih restoran disini tidak susah. Anda cuma perlu tahu makanan jenis bagaimana yang anda inginkan. Antara Restoran yang menarik yang boleh anda kunjungi disini ialah:
- Restoran Adam Char Koey Teow
- Mee Sotong Hameed Pata
- Kedai Nasi 7 Benua
- Laksa Janggus
- Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang
Tips: Jika anda seorang food hunting yang suka mencari tempat makan menarik bolehlah berkunjung ke Melaka juga, disitu banyak tempat makan yang sedap.
Antara 10 Tempat Menarik Di Pulau Pinang
Disini kami kongsikan antara 10 tempat menarik di pulau pinang diharap dapat membantu anda dalam menvariasikan pilihan tempat percutian.
Jenis Makanan Yang Bagaimana Yang Anda Suka?
Sebut pasal makan semua orang suka hanya terbayang Char Koey Teow, nasi kandar, laksa sudah buat kita terliur apatah lagi jika dapar merasa sendiri. Disamping aktiviti lasak, bukit bukau, taman permainan yang menjadi kegemaran semua, kita tidak boleh nafikan betapa kita juga menilai sesuatu tempat dengan menu yang dihidangkan oleh setiap restauran. Pasti kita akan membandingkan rasa sesuatu makanan itu antara tempat lain-lain juga. Dek kerana malaysia berbilang kaum, setiap gerai-gerai kedai mampu menyediakan pelbagai bangsa menu. Oleh itu, sudah kami senaraikan tempat makan yang menarik beserta menu yang ditawarkan, apa lagi jomlah berkunjung ke Pulai Pinang sekiranya anda penggemar makanan.
Sudahkah Pulau Pinang Termasuk Dalam Senarai Tempat Percutian Anda?
Sedar tak sedar banyak juga tempat menarik di Pulau Pinang ini. Malaysia sebenarnya ada pelbagai kesenian dan daya tarikan tersendiri. Setiap negeri ada simbol kebanggaan masing-masing yang mampu menarik pelancong luar. Semoga perkongsian kali ini membuka mata anda tetang Pulau Pinang. Disini bukan hanya terdapat nasi kandar yang sedap dan pelbagai, namun keindahan pulau dan guanya juga mampu memberi kebahagiaan.