Sumber Rujukan Globalisasi Anda

6 Prosedur Kad Bank Hilang Supaya Duit Selamat

Kehilangan beg tangan, tercicir atau diragut memang bukanlah satu kenangan yang manis manakala yang lebih buruk bila ia melibatkan barang-barang berharga. Yang pastinya, apa kita risaukan bukanlah beg itu sendiri, tetapi barang-barang berharga seperti kad pengenalan, wang ringgit dan tentunya KAD BANK samada kad debit atau kad kredit yang ada di dalamnya. Kehilangan kad ini boleh mendatangkan musibah bagi anda.

KAD bank

Ini adalah prosedur yang perlu diikuti jika kad bank anda hilang atau tercicir:
  1. Cari / Double Check
    • Kadang-kadang boleh jadi kad terselit di celah-celah dompet kita atau tercicir di sekitar rumah.
  2. Check Online Banking Kita
    • Kalau ada sebarang transaksi terkini yang tak dikenali, jangan lupa catat segala maklumat berkaitan – contoh; jumlah transaksi, masa dan tarikh.
    • Jangan ambil remeh walaupun transaksi hanya melibatkan bilangan yang kecil seperti RM5, sebab ia boleh menjadi satu helah sebelum satu transaksi yang lebih besar dibuat oleh si pencuri.
  3. SEGERA Call Customer Service
    • JANGAN BERTANGGUH!
      Beritahu pegawai bank yang kad kita hilang dan minta mereka batalkan kad itu serta merta – jangan ambil remeh ya! Walaupun pencuri tu tak tahu no pin kita, zaman sekarang dah canggih, pakai PayWave pun dah boleh guna. Mulakan dengan kad yang paling penting, banyak duit dan aktif. Kemudian, bertindak satu persatu untuk batalkan yang lain.
  4. Siapkan Dokumen Untuk Kad Baharu
    • Jangan lupa tanya dokumen apa yang bank perlukan untuk pembaharuan kad.
      Sesetengah bank perlukan dokumen seperti laporan polis, salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran.
      Jika mereka perlukan laporan polis – teruskan ke step seterusnya. Jika tidak diperlukan, boleh skip langkah ke-5.
  5. Buat Laporan Polis
    • Setelah call customer service, kebiasaannya kita dah boleh tahu langkah seterusnya yang kita perlu ambil.
      Tapi kalau kehilangan kad bank tu disebabkan ragut, segeralah ke balai polis berdekatan untuk melaporkan kejadian.
      Laporan polis tu diperlukan juga untuk perbaharui kad pengenalan nanti.
  6. Pergi Ke Cawangan Bank Terdekat
    • Akhir sekali, bolehlah pergi ke cawangan bank berdekatan. Beritahu pegawai bank itu yang kad kita dah hilang dan minta untuk buat kad baru.
      Kemungkinan cas akan dikenakan untuk menggantikan kad yang hilang itu, jadi siapkan sedikit tunai.

Nombor Panggilan Untuk Laporkan Kad Bank Hilang

Di sini disenaraikan bank dan nombor terkini (2021) pusat panggilan Pusat Kad / Customer Service untuk bank yang berkaitan:

    • Maybank: 1-300 88 6688
    • CIMB : 03-6204 7788
    • RHB: 03-92068118
    • BSN: 1300-88-1900
    • Public Bank: 03-2179 5000
    • Bank Rakyat: 03-2692 4600
    • Bank Islam: 03-26 900 900

Artikel lain: Bantuan Ibu Bersalin RM450

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More