6 Tips Penjagaan Rambut yang Perlu Anda Cuba
Tips Penjagaan Rambut : Rambut adalah mahkota bagi wanita mahupun lelaki. Semua pasti mendambakan rambut yang sihat, hitam, lebat, dan juga tidak mudah gugur.
Rambut manusia merupakan struktur sederhana yang diperbuat daripada keratin dan sel-sel kulit mati. Rambut merupakan tisu paling cepat tumbuh pada tubuh seseorang manusia. Kajian mendapati 35 meter serat rambut dihasilkan setiap hari pada tempurung kepala setiap orang dewasa.
Apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun dan mungkin akan berhenti membekalkan bahan pewarna semulajadi (melanin) sehingga menyebabkan rambut bertukar putih yang dikenali sebagai uban.
Berikut adalah tip-tip sesuai untuk penjagaan rambut supaya dapat dimanfaatkan semua.
Isi Kandungan
Tips Penjagaan Rambut 1# Syampu Rambut Setiap Hari
Rambut perlu disyampu setiap hari. Mitos mencuci rambut setiap hari boleh merosakkan rambut, adalah tidak benar kerana mencuci rambut setiap hari adalah asas dalam penjagaan rambut.
Tips Penjagaan Rambut 2# Produk Perjagaan Rambut yang bersesuaian
Pilih syampu dan perapi yang sesuai, lebih baik menggunakan produk diperbuat daripada bahan semulajadi.
Tips Penjagaan Rambut 3# Gunakan Perapi dengan Betul
Perapi hanya perlu digunakan pada rambut hingga ke hujungnya sahaja. Elakkan dari terkena pada akar rambut. Biarkan selama dua hingga tiga minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Tips Penjagaan Rambut 4# Elakkan Rawatan Rambut Menggunakan Bahan Kimia
Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia yang kuat seperti rebonding, perming atau mewarnakan rambut. Bahan-bahan kimia ini boleh menyebabkan kulit kepala menjadi sensitif dan akan merosakkan struktur rambut juga kulit kepala.
Tips 5# Gaya Hidup Sihat
Tekanan menjadi faktor utama menyebabkan hormon terganggu. Hormon yang terganggu boleh mengakibatkan rembesan minyak berlebihan pada kulit kepala dan masalah keguguran rambut boleh berlaku.
Oleh itu pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat dengan mendapatkan rehat yang cukup dan jauhi dari punca tekanan.
Tips 6# Amalan Pemakanan
Bagi merangsang pertumbuhan rambut yang sihat, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi protein, zink serta vitamin B dan C.
Jauhi makanan berminyak dan pedas kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan rambut.
Selamat mencuba!