Sumber Rujukan Globalisasi Anda

7 Khasiat Peria Katak Baik untuk Kesihatan

Peria katak nama saintifiknya Momordica Charantia juga dikenali sebagai kerala, balsam apple, bitter gourd  atau wild cucumber adalah sejenis sayuran yang mempunyai rasa sangat pahit.   

Ia bukan sahaja digunakan dalam masakan malah ia memiliki pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan.  Walaubagaimanapun, proses penyediaan makanan berasaskan peria katak perlu dibuat dengan teliti supaya tidak mengalami kesan sampingan.

peria katak

Isi Kandungan

Berikut adalah 7 Khasiat Peria Katak 

1.  PENAWAR DIABETES

Peria katak dikatakan berkesan dalam mengawal dan menurunkan paras glukos dalam darah, seterusnya dapat mengelakkan serangan penyakit diabetes kepada anda. 
 
Ia perlu direbus atau direndam dengan air garam.  Namun bagi penghidap diabetes yang bergantung pada ubat perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu kerana dibimbangi mengalami masalah hipoglisemia dan ia tidak boleh dicampur dengan ubatan moden.

2.  MENCANTIKKAN KULIT

Peria katak mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi untuk merangsang sel kulit dan menjadikannya lebih sihat dan cantik. Vitamin C ini juga membantu menyembuhkan luka dengan pantas.

3.  MENGATASI MASALAH JERAWAT

Ia mempunyai ciri anti radang yang sangat bagus untuk menghalang jerawat dan menyembuhkan luka jerawat dengan pantas.  Perlu diamalkan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang baik.
4. BUASIR
Peria katak juga menjadi rawatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit buasir berdarah dengan cara seperti bertangas.  Ia perlu ditumbuk halus dan direbus sehingga mendidih dan berwap. Kemudian wap tersebut didedahkan kepada kawasan buasir tersebut dalam keadaan duduk mencangkung.
 
Sekiranya diamalkan, ia diyakini dapat menyembuhkan penyakit buasir sepenuhnya.

5. MENURUNKAN BERAT BADAN

Sekiranya mengamalkan jus peria ini setiap hari dan secara konsisten, ia mampu untuk menurunkan berat badan. 
 
Ia mempunyai selulosa yang berfungsi sebagai serat utama untuk memudahkan penghadaman makanan.  Ia juga merembeskan jus hempedu untuk meningkatkan metabolisma badan.

 

6. BAGUS UNTUK WANITA
Buat para wanita, peria katak bagus diamalkan secara konsisten kerana ia mampu untuk membantu melancarkan perjalanan haid, memperbanyakkan susu badan, dan mengecutkan rahim.
 

7.  PENGLIHATAN

Peria katak mempunyai betakerotene yang baik untuk kesihatan mata bagi menjadikan penglihatan lebih baik.

 

 

TERBUKTI BERKESAN

Berikut adalah sebahagian dari pelbagai khasiat Peria Katak yang terbukti berkesan untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan.

Walaubagaimanapun, ia hanyalah alternatif untuk membantu merawat penyakit.  Anda perlu konsisten mengamalkannya untuk mendapatkan khasiat yang dikehendaki.

Cara penyediaannya juga penting untuk dititikberatkan.  Ia perlu dimasak dengan betul bagi mengelakkan kandungan racun yang boleh menyebabkan kesan toksik seperti cirit-birit, hipoglisemia, muntah dan jika tidak dirawat mungkin menyebabkan maut.

 
 
 

Menarik untuk anda baca:6 PENYEBAB KENTUT KERAP

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More