Sumber Rujukan Globalisasi Anda

7 PUNCA KOLESTEROL TINGGI

Kolesterol tinggi boleh jadi kesan yang lebih teruk, iaitu komplikasi pada masalah jantung. Ia boleh menyebabkan bahagian jantung terblok hingga mengalami kesukaran untuk bernafas. Lebih teruk lagi, ia kolesterol ni juga boleh menyebabkan mati mengejut. Nauzubillah.

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan kolesterol tinggi. Ingat! pastikan hadam punca-punca ni semua agar tidak berlaku keadaan yang lebih memudaratkan. Terutama kepada yang berusia 35 tahun dan ke atas.

kolesterol tinggi
7 PUNCA KOLESTEROL TINGGI 5

Berikut kami kongsikan antara 7 punca terjadinya kolesterol tinggi menurut Hello Doctor.

Isi Kandungan

7 punca kolesterol tinggi

Macam mana nak tahu bacaan kolesterol tinggi ini akan menyebabkan kita kerap kebas-kebas, ada tompok-tompok kuning pada mata (xanthelasmas) dan kulit (xanthomas), sakit dada – terasa seperti ditekan, dihempap, dicucuk benda tajam, panas dan banyak lagi.

Pemakanan

Makanan yang kaya dengan lemak tepu dan lemak trans adalah antara punca utama kolesterol tinggi. Makanan seperti daging merah, produk tenusu penuh lemak, dan makanan yang digoreng dalam minyak yang tidak sihat boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah.

Kurang aktiviti fizikal

Kurangnya senaman boleh menyebabkan penurunan kolesterol baik (HDL) dan peningkatan kolesterol jahat (LDL). Aktiviti fizikal yang kerap boleh membantu meningkatkan tahap HDL dan mengurangkan LDL

kolesterol tinggi
7 PUNCA KOLESTEROL TINGGI 6

Berat badan berlebihan

Kegemukan atau obesiti adalah faktor risiko utama untuk kolesterol tinggi. Memiliki indeks jisim badan (BMI) yang tinggi boleh meningkatkan risiko kolesterol tinggi dan penyakit lain seperti diabetes

Merokok

Bahan kimia dalam rokok boleh merosakkan dinding arteri, menjadikannya lebih mudah untuk kolesterol melekat dan menyumbatkan arteri. Ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

kolesterol tinggi
7 PUNCA KOLESTEROL TINGGI 7

Faktor genetik

Kolesterol tinggi boleh diwarisi. Jika ada ahli keluarga yang mempunyai kolesterol tinggi, risiko seseorang untuk mengalami keadaan yang sama adalah lebih tinggi.

Penyakit tertentu

Beberapa penyakit seperti diabetes dan hipotiroidisme boleh meningkatkan risiko kolesterol tinggi.

Ubat-ubatan tertentu

Sesetengah ubat seperti pil perancang kehamilan atau ubat-ubatan tertentu untuk tekanan darah tinggi juga boleh meningkatkan tahap kolesterol.

Wanita perlu berjaga-jaga

Walau bagaimanapun, terdapat banyak punca lain selain pemakanan yang boleh menyebabkan kolesterol yang tinggi terutama pada kaum wanita. Untuk kaum hawa, awas! Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Mobirditi 2019 yang dikeluarkan Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati empat daripada 10 orang atau kira-kira lapan juta orang dewasa di negara ini mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Maka, berhati-hati dalam pemilihan makanan dan juga gaya hidup kerana masalah kolesterol yang tinggi ini boleh memudaratkan dan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk.

Kolesterol tinggi atau dikenali juga sebagai hiperkolesterolemia, adalah keadaan di mana terdapat peningkatan kolesterol dalam darah. Kolesterol adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh tubuh untuk membina sel dan menghasilkan hormon. Terdapat tiga jenis kolesterol dalam badan yang perlu kita tahu. 3 jenis itu adalah:

kolesterol tinggi
7 PUNCA KOLESTEROL TINGGI 8
  • Low Density Lipoprotein (LDL): Kolestrol jahat. Boleh menyebabkan saur darah tersumbat. LDL yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.
  • High Density Lipoprotein (HDL): Kolestrol baik. Boleh membantu menurunkan LDL di dalam salur darah. Wanita memiliki paras HDL lebih tinggi berbanding lelaki. Paras HDL wanita serta risiko penyakit jantung menjadi sama setelah menopaus.
  • Tryglicerides (TG): Lemak di dalam darah. Sumber tenaga yang tidak digunakan. TG yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Penutup

Jadi, setiap daripada kita haruslah berjaga-jaga agar bacaan kolesterol tidak melepasi tahap bahaya. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa sihat, cergas seadanya. Moga-moga.

    This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More