7 Tempat Menarik Di Terengganu
7 Tempat Menarik Di Terengganu sudah pasti dicari banyak orang manakan tidak, Terengganu sebuah negeri yang sangat cantik yang terkenal dengan pantai, pulau-pulau yang cantik dan kaya dengan hidupan laut. Malah, tidak hairanlah Daniel Abdullah atau lebih dikenali Mat Dan, seorang Backpackers England yang memutuskan untuk menetap di Terengganu setelah terpesona dengan kecantikan Pulau Perhentian semasa beliau melawat Terengganu.
Seperti yang dinyatakan dalam sumber, Negeri Terengganu terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia bersempadan Kelantan dan Pahang, menghadap Laut China Selatan. Selain menarik ramai pelancong asing dan tempatan dari segi keindahan semula jadinya, Terengganu juga kaya dengan kesenian dan ukiran islamik sebagai lambang negeri ini menerima ajaran islam yang terawal di negara kita. Jika ingin disenaraikan, terlalu banyak tempat yang menarik untuk dinyatakan, marilah kita sama-sama lihat 7 Tempat Menarik Di Terengganu yang disenaraikan ini.
Isi Kandungan
7 Tempat Menarik Di Terengganu
Pulau Perhentian
Pulau Perhentian ini sangat terkenal bagi pelancong asing dan tempatan. Pulau ini terdiri daripada 2 pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. kedua-dua pulau ini memiliki pantai yang indah dan laut yang biru. Sudah pasti menarik bukan kepada yang suka melihat keindahan alam ini? Perkhidmatan Bot Laju dan Feri juga disediakan disana buat anda yang ingin mengelilingi Pulau di sekitar sana untuk mendapat lebih kepuasan. Anda akan dibawa belayar dari kuala Besut ke Jeti Pulau perhentian selama 45 minit dengan bayaran RM70 Ringgit dewasa dan kanak-kanak . Sekitar pulau ini juga dikelilingi Resort dan Chalet yang mewah seperti Alunan Resort, Tuna Bay Island Resort dan banyak lagi. Anda boleh memilih mengikut bajet anda.
Pantai Bukit Keluang
Pulau Duyong
Pulau Duyong merupakan salah satu 7 Tempat Menarik Di Terengganu. Pulau ini adalah sebuah perkampungan nelayan kecil, terletak hanya 10 minit dari Kuala Terengganu. Dipercayai mendapat nama sedemikian kerana dikaitkan 2 ekor duyong mendarat di Pulau ini. Untuk info lanjut boleh lihat sini. Sama seperti pantai Terengganu yang lain, ia juga dikelilingi oleh kehijauan yang subur, cuma apa yang menarik di sini, sambil anda melihat pemandangan disini anda juga boleh melihat secara lansung galeri seni, pameran dan juga pembinaan Bot. Anda juga dapat meneroka kampung-kampung sekitar Pulau ini.
Pusat Konservasi Gajah Kenyir
Bagi yang suka melihat hidupan liar ini bolehlah anda berkunjung ke sini. Pusat Konservasi Gajah Kenyir ini dibina pada tahun 2012 bagi melindungi spesis ini dari terancam kepupusan. Kebanyakan gajah disini adalah gajah liar yang kehilangan tempat tinggal dan dikumpulkan disini. Buat masa kini, terdapat 13 gajah yang sedang tinggal di taman ini, di mana mereka dijaga, dilatih dan dibesarkan bersama sebagai kumpulan keluarga baru. Bagi yang berminat untuk melihat hidupan liar ini harga tiket adalah RM 40 dewasa Rm 20 untuk kanak-kanak.
Viking Scuba Tenggol
Viking Scuba Tenggol terletak di permata Resort berdekatan dengan Pulau Lipat Di Dungun. Destinasi ini merupakan pusat menyelam yang mempunyai alat yang serba lengkap, terdapat pelatih yang professional bagi membantu anda yang pertama kali ingin mencuba scuba diving ini. Tempat ini diiktiraf sebagai tempat yang terbaik untuk menyelam di Malaysia. Manakan tidak, keindahan hidupan laut, batu karam dan mutiara disana terjaga bersih dan selamat dari ancaman hidupan berbahaya. Jangan lepaskan peluang untuk menyelam di sini. Waktu operasi dari jam 7.30pagi-5.00 petang dan harga tiket yand ditawarkan bergantung pada perkhidmatan yang anda pilih.
Masjid Kristal
Masjid Kristal merupakan lambang kebanggaan buat negeri Terengganu. Masjid ini dilengkapi dengan ciri-ciri intelektual di mana masjid ini kelihatan berkilau bercahaya setiap kali matahari menyinarinya pada waktu siang.Pada waktu malam pula kelihatan masjid ini terapung di tengah-tengah laut. Masjid ini siap dibina pada tahun 2008, dibina di tepi pantai, dan diperbuat daripada kombinasi kristal, kaca dan keluli sahaja. Masjid ini berkonsepkan kemewahan berkonsepkan serambi Mekah. Maka tidak hairanlah mengapa cahaya matahari dan walaupun kegelapan malam, masjid ini mampu memukau setiap yang melihat walaupun dari jauh. Bagi yang ingin merasa pengalaman seperti di istana atau Dubai, boleh lah datang berkunjung ke sini sambil beribadah. Masjid ini juga menerima pengunjung yang bukan Islam asalkan mereka berpakaian sopan.
Pasar Payang
Pasar payang merupakan syurga membeli-belah di Terengganu. Kebanyakan pelancong suka berkunjung disini bayangkan biasanya kita akan membeli-belah di shopping mall tetapi apa yang menarik disini anda boleh mendapatkan semua keperluan seperti pakaian, tudung, beg dengan harga yang berpatutan dan berkualiti. Kebanyakan barangan yang dijual disini adalah hasil kraft tangan sendiri dan anda juga boleh tawar-menawar harga dengan penjual. Penjual juga sangat ramah mesra. Selain itu, banyak makanan yang sukar di jumpai seperti keropok lekor, kuih tradisional pantai timur turut dijual disini. Terdapat juga gerai-gerai makanan disekitar pasar ini. Anda pasti tidak rugi sekiranya berkunjung ke sini.
Pelancong Asing Gemar Melawat Terengganu
Terengganu sering menjadi pilihan pelancong asing untuk berkunjung ke Terengganu. Mungkin saja disebabkan keindahan semula jadi yang dimilikinya dan juga suasana perkampungan nelayan menarik minat mereka untuk lebih menyelami budaya di negeri ini.
Pilihan Pantai Dan Pulau Di Terengganu
Banyak lagi Pantai dan Pulau Di Terengganu yang menarik para mengunjung untuk berkunjung, maklum sahaja Terengganu sangat kaya dengan keindahan alam semula jadinya . Antara lain Pantai Dan pulau yang cantik disana ialah:
- Pantai Cherating Di Kemaman
- Pantai Balok Di Kuala Terengganu
- Pantai Teluk Bidara Di Dungun
- Rantau Abang Di Kuala Terengganu
- Pulau Redang Di Kuala Terengganu
Tips: Selain Terengganu, anda juga boleh pertimbangkan Melaka sebagai tempat percutian anda. info lanjut boleh lihat 5 Tempat Menarik Di Melaka. Harap dapat membantu anda dalam membuat pilihan.
Untuk membantu anda memilih banyak lagi destinasi menarik di Terengganu, anda boleh menonton video ini. Semoga menbantu.
Apa Daya Tarikan Sebenar Di Terengganu?
Ramai yang pasti ingin merancang percutian tidak kira dimana asalkan dapat menghilangkan sama ada tekanan kerja, belajar atau kehidupan seharian. Untuk lari dari tekanan kawasan bandar, ramai yang memilih untuk merasa pengalaman seperti dikampung atau melihat pemandangan semula jadi.
Melihat keindahan alam mampu untuk menstabilkan emosi seseorang dan menimbulkan ketenangan dalam diri.Oleh itu, Terengganu pasti menjadi destinasi yang terlintas di fikiiran kita.Hanya membayangkan angin pantai bertiup sepoi-sepoi bahasa sudah cukup membuat kita gembira apatah lagi merasa pengalaman itu sendiri.Terengganu semestinya terlampau banyak pilihan pantai dan pulau untuk disebutkan, tinggal lagi anda yang harus memilih untuk ke mana.Apa yang pasti Terengganu adalah syurga keindahan alam.
Apakah Citarasa Anda?
Setiap negeri di Malaysia mempunyai keunikan masing-masing. Siapa kata tempat di malaysia tidak mampu memenuhi citarasa anda? Sebut saja ciri-ciri yang anda mahu pasti ada tempat di malaysia yang akan terlintas .Bagi yang ingin hilangkan tekanan kehidupan seharian, bolehlah menikmati keindahan alam di Terengganu. Melihat keindahan ini adalah terapi yang terbaik buat anda.Selamat memilih.