Sumber Rujukan Globalisasi Anda

8 FAKTA TENTANG KENCING MANIS

Isi Kandungan

PENGENALAN

Pankreas , adalah organ dalam tubuh yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia sejenis hormon yang dikenali sebagai insulin. Insulin membolehkan tisu-tisu menggunakan glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal. Jika insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan paras glukos akan meningkat dalam darah.

Keadaan ini dinamakan Diabetes Mellitus atau kencing manis.

kencing manis
Tanda-tanda pada badan

Diabetis terbahagi kepada:

  • Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I
  • Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II

Berikut adalah perkongsian dari Dr. Ahmed Bin Kamarulzaman di FB MythBustersMalaysia berkenaan 8 Fakta Tentang Kencing Manis untuk pengetahuan semua.

8 FAKTA TENTANG KENCING MANIS

1. Penyakit ini berpunca daripada keadaan yang mana kandungan gula dalam darah tinggi.
Kebiasaannya, bacaan gula dalam darah lebih dari 5.6 mMol/L (ketika berpuasa)
2. Kebiasaannya, ini adalah disebabkan oleh kurangnya penghasilan insulin ataupun kurangnya keupayaan insulin untuk bertindak.  Jadi, gula yang tinggi didalam darah tak mampu diturunkan ke tahap normal.
3. Dalam setiap 6 orang rakyat Malaysia (>18 tahun), 1 orang menghidap penyakit ini. Banyak kan? Jadi, kalau keluarga anda terdiri dari 6 orang dewasa, salah seorang berisiko menghidap kencing manis.
4. Manakala, dalam setiap 10 orang, 1 orang tidak tahu bahawa mereka adalah penghidap penyakit tersebut.   Maknanya, kencing manis adalah penyakit dalam diam. Boleh menyerang tanpa disedari pesakit kencing manis.
5. Pra-diabetes pula boleh dijumpai secara purata 1 orang dari 20 orang rakyat Malaysia.
Golongan ini berisiko untuk menghidap kencing manis jikalau tidak melaksanakan saranan petugas kesihatan.
6. Kebanyakan pesakit tidak ada tanda-tanda.
7. Tetapi, ada juga yang boleh mengalami tanda-tanda seperti:
  • – cepat dahaga
  • – banyak minum air
  • – kerap kencing
  • – lesu tubuh badan
  • – turun berat badan
  • – kabur pandangan
  • – kerap dijangkiti penyakit (contohnya, penyakit kulit)
8. Lelaki lebih mudah dijangkiti kencing manis berbanding wanita.  Untunglah golongan wanita. Namun, jangan terlebih yakin sehingga mengabaikan gaya hidup sihat, wahai golongan wanita!!
Jadi, jikalau anda berkesempatan, saya sarankan untuk lakukan pemeriksaan darah secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
Dr. Ahmed Bin Kamarulzaman
Penulis, Medical Mythbusters Malaysia

sumber : FB MythbustersMalaysiaPORTAL MyHEALTH

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More