9 Kebaikan Tempe yang Perlu Anda Tahu
Isi Kandungan
Sejarah Tempe
Kebaikan Tempe tidak dapat dinafikan lagi kerana mempunyai pelbagai khasiat. Seperti yang kita semua ketahui tempe diperbuat daripada kacang soya yang diperam.
Tahukah anda pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu, masyarakat Melayu membuat tempe mengunakan biji getah bukanlah daripada kacang soya. Ia menjadi antara diet harian pada zaman itu.
Isi biji getah direndam untuk membuang getah dan mengelakkan keracunan. Selepas itu ia diperam dan menjadi tempe.
Selepas tamat zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu, biji getah tidak lagi menjadi bahan utama untuk menghasilkan tempe. Ia digantikan dengan kacang soya.
Pelbagai hidangan boleh di buat daripada tempe, antaranya sambal tempe dan bahan tambahan kuah lontong ataupun boleh dimakan begitu sahaja dengan mengoreng garing.
Kebaikan Tempe
Terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat yang mungkin kita tidak tahu dalam makanan yang unik ini.
Berikut adalah fakta ringkas tentang kebaikan tempe kepada anda semua :-
1. Kandungan Kalsium yang Tinggi
Tempe bagus untuk tulang dan dapat mencegah osteoporosis kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.
Kepada anda yang kurang gemar meminum susu, boleh amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.
2. Tinggi Protein
Kandungan protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi. Ia mudah dicerna dan sangat baik untuk mengatasi cirit birit.
3. Membantu Menurunkan Hipertensi
Sangat bagus untuk mereka yang menghidapi hipertensi / darah tinggi kerana tempe mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu membantu menurunkan tekanan darah.
4. Anemia
Unsur-unsur zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12 yang terkandung dalam tempe di kesan dapat membantu meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah.
5. Menurunkan Kolestrol
Kandungan asid lemak padat pada tempe dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah ( hiperkolesterolemia). Jika anda bukan pengemar oat, boleh mengantikannya dengan tempe.
6. Anti infeksi
Hasil kajian menunjukkan tempe mengandungi agen anti bakteria (R. Oligosporus). Ia merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.
7. Cegah Kanser
Memiliki sifat antioksidan yang boleh membantu bagi mencegah pembentukan sel kanser.
8. Masalah Gizi
Mencegah masalah gizi (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.
9. Baik bagi Penderita Sakit Jantung
Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.
Tempe yang mudah di dapati di pasaran ini, bolehlah dijadikan sebahagian dari diet pemakaian harian yang sihat untuk anda.
Semoga kebaikan tempe ini boleh memberikan manfaat kepada anda semua.
Menarik untuk anda baca: Tips mata sihat