99 Nama Allah (Asmaul Husna) Berserta Maksudnya
Berikut adalah 99 nama Allah atau ia sering dipanggil dengan nama Asmaul Husna, untuk rujukan utama anda semua diluar sana.
Isi Kandungan
Apa Itu Asmaul Husna?
Asmaul Husna merujuk kepada 99 nama Allah SWT. Nama Allah dapat dijumpai di dalam Al-Quran, Hadis atau kedua-duanya.
Dari segi bahasa, Asmaul Husna bermaksud nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifatNya.
Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah SWT, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.
Dari Abu Hurairah R.A. bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْمًا ، مِائَةً إِلَّا وَاحِدًا ، مَن أَحْصَاهَا دَخَلَ الجَنَّةَ
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi Allah SWT itu sembilan puluh sembilan nama, seratus kecuali satu, barangsiapa yang menghafalnya akan masuk syurga.”
Sahih Bukhari
Senarai 99 Nama Allah
Berikut adalah 99 nama Allah beserta maksudnya yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian.
Nama (Rumi) | Nama (Arab) | Maksud |
---|---|---|
Allah | الله | Allah [Nama Khas Tuhan] |
Al-Raḥman | الرحمن | Yang Maha Pemurah dan Yang Memberi Rahmat |
Al-Raḥim | الرحيم | Yang Maha Pengasih kepada semua makhluk |
Al-Malik | الملك | Yang Maha Memiliki Segala Kekuasaan |
Al-Quddus | القدوس | Yang Maha Suci |
Al-Salam | السلام | Yang Maha Sejahtera |
Al-Mukmin | المؤمن | Yang Maha Melimpahkan Keamanan dan Kesejahteraan |
Al-Muhaimin | المهيمن | Yang Maha Mengawal |
Al-Aziz | العزيز | Yang Maha Berkuasa dan Perkasa |
Al-Jabbar | الجبار | Yang Maha Perkasa |
Al-Mutakabbir | المتكبر | Yang Maha Memiliki Segala Kebesaran |
Al-Khaliq | الخالق | Yang Maha Pencipta Sekalian Makhluk |
Al-Barik | البارئ | Yang Maha Pencipta Makhluk |
Al-Muṣawwir | المصور | Yang Maha Menentukan Bentuk Rupa Makhluk-Nya |
Al-Ghaffar | الغفار | Yang Maha Mengampuni |
Al-Qahhar | القهار | Yang Maha Gagah Perkasa |
Al-Wahhab | الوهاب | Yang Maha Pemberi |
Al-Razzaq | الرزاق | Yang Maha Memberi Rezeki |
Al-Fattaḥ | الفتاح | Yang Maha Pembuka |
Al-Alim | العليم | Yang Maha Mengetahui |
Al-Qabiḍ | القابض | Yang Maha Pengekang |
Al-Basiṭ | الباسط | Yang Maha Melapangkan |
Al-Khafiḍ | الخافض | Yang Maha Merendahkan Darjat Seseorang |
Al-Rafik | الرافع | Yang Maha Meninggikan Darjat |
Al-Muiz | المعز | Yang Maha Memuliakan |
Al-Muzil | المذل | Yang Maha Menghina Musuh-Nya |
Al-Samik | السميع | Yang Maha Mendengar |
Al-Baṣir | البصير | Yang Maha Melihat |
Al-Ḥakam | الحكم | Yang Maha Menentukan Hukuman |
Al-Adl | العدل | Yang Maha Adil |
Al-Latif | اللطيف | Yang Maha Lemah Lembut dan Mengetahui Segala Sesuatu Sehalus-halusnya |
Al-Khabir | الخبير | Yang Maha Sedia Mengetahui |
Al-Ḥalim | الحليم | Yang Maha Penyantun dan Penyabar |
Al-Azim | العظيم | Yang Maha Agung |
Al-Ghafur | الغفور | Yang Maha Sedia Mengampuni |
Al-Syakur | الشكور | Yang Maha Menggandakan Balasan |
Al-Ali | العلي | Yang Maha Tinggi (Luhur) |
Al-Kabir | الكبير | Yang Maha Besar |
Al-Ḥafiẓ | الحفيظ | Yang Maha Memelihara |
Al-Muqit | المقيت | Yang Maha Menyediakan Segala Keperluan Makhluk-Nya |
Al-Ḥasib | الحسيب | Yang Maha Menghitung Amalan Makhluk |
Al-Jalil | الجليل | Yang Maha Memiliki Sifat Keagungan Yang Tiada Pada Makhluk |
Al-Karim | الكريم | Yang Maha Mulia dan Sedia Memberi |
Al-Raqib | الرقيب | Yang Maha Mengawasi |
Al-Mujib | المجيب | Yang Maha Memakbulkan |
Al-Wasik | الواسع | Yang Maha Luas Ilmu dan Rahmat-Nya |
Al-Ḥakim | الحكيم | Yang Maha Bijaksana |
Al-Wadud | الودود | Yang Maha Mengasihi orang yang beriman kepada-Nya |
Al-Majid | المجيد | Yang Maha Sempurna |
Al-Bais | الباعث | Yang Membangkitkan Manusia |
Al-Syahid | الشهيد | Yang Maha Menyaksikan Segala Kebenaran |
Al-Ḥaq | الحق | Yang Maha Benar |
Al-Wakil | الوكيل | Yang Maha Pelindung |
Al-Qawi | القوي | Yang Maha Berkuasa |
Al-Matin | المتين | Yang Maha Teguh Kekuatan-Nya |
Al-Wali | الولي | Yang Maha Memberikan Pertolongan |
Al-Ḥamid | الحميد | Yang Maha Layak Menerima Pujian |
Al-Muḥṣi | المحصي | Yang Maha Mengira |
Al-Mubdik | المبدئ | Yang Maha Memulakan Sesuatu |
Al-Muid | المعيد | Yang Maha Mengembalikan Ciptaan-Nya |
Al-Muḥyi | المحيي | Yang Maha Menghidupkan |
Al-Mumit | المميت | Yang Maha Mematikan |
Al-Ḥai | الحي | Yang Maha Hidup |
Al-Qayyum | القيوم | Yang Maha Berdiri Sendiri |
Al-Wajid | الواجد | Yang Maha Memperoleh Segala Sesuatu Yang Dikehendaki-Nya |
AL-Majid | الماجد | Yang Maha Dimuliakan |
Al-Waḥid | الواحد | Yang Maha Esa |
Al-Ṣamad | الصمد | Yang Kekal dan Menjadi Tempat Bergantung Sekalian Makhluk |
Al-Qadir | القادر | Yang Maha Berkuasa |
Al-Muqtadir | المقتدر | Yang Maha Berkuasa Menentukan Sesuatu |
Al-Muqaddim | المقدم | Yang Memulakan Wujudnya Sesuatu |
Al-Muakhir | المؤخر | Yang Mentakhirkan Wujudnya Sesuatu |
Al-Awwal | الأول | Yang Awal dan Tiada Permulaan |
Al-Akhir | الآخر | Yang Akhir dan Tiada Kesudahan |
Al-Ẓahir | الظاهر | Yang Menzahirkan Kewujudan |
Al-Baṭin | الباطن | Yang Menyembunyikan Kewujudan |
Al-Wali | الوالي | Yang Maha Memiliki dan Memerintah Segala Sesuatu |
Al-Mutaali | المتعالي | Yang Maha Tinggi dan Suci |
Al-Bar | البر | Yang Menjadi Sumber Kebaikan |
Al-Tawwab | التواب | Yang Sentiasa Menerima Taubat |
Al-Muntaqim | المنتقم | Yang Membalas Dengan Seksa |
Al-Afu | العفو | Yang Maha Pemaaf |
Al-Rauf | الرؤوف | Yang Maha Pemberi Kasih Sayang |
Malik Al-Mulk | مالك الملك | Pemilik Mutlak Segala Kekuasaan |
Zu Al-Jalal Wa Al-Ikram | ذو الجلال والإكرام | Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan |
Al-Muqsiṭ | المقسط | Yang Maha Adil dan Saksama |
Al-Jamik | الجامع | Yang Maha Penghimpun |
Al-Ghani | الغني | Yang Maha Kaya dan Tidak Memerlukan Sesuatu Apa-apa pun |
Al-Mughni | المغني | Yang Maha Mengayakan Makhluk Sehingga Tidak Memerlukan Apa-apa |
Al-Manik | المانع | Yang Maha Menegah dan Menolak |
Al-Ḍar | الضار | Yang Mendatangkan Kemudaratan |
Al-Nafik | النافع | Yang Memberikan Kebaikan dan Kemanfaatan |
Al-Nur | النور | Cahaya Yang Menerangi |
Al-Hadi | الهادي | Yang Memberi Hidayah Kepada Hamba-Nya |
Al-Badik | البديع | Yang Maha Menciptakan Sesuatu yang sebelumnya tiada |
Al-Baqi | الباقي | Yang Berkekalan |
Al-Waris | الوارث | Yang Kekal Memusakai |
Al-Rasyid | الرشيد | Yang Memberi Petunjuk Kepada Kebenaran |
Al-Sabur | الصبور | Yang Maha Penyabar |
Bolehkah Menamakan Anak Dengan 99 Nama Allah?
Dalam Islam, tatkala anak dilahirkan, ibu bapa hendaklah menamakan anaknya dengan nama yang baik dan bukannya nama yang buruk mahupun mengandungi unsur syirik.
Bahkan menamakan dengan nama yang baik adalah digalakkan kerana ia merupakan doa dan akan diseru pada Hari Kiamat kelak.
Terdapat sebuah riwayat daripada Abu Al-Darda’ R.A., bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ
Maksudnya: “Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.”
Jika nama-nama itu menjadi kekhususan bagi Allah SWT seperti Al-Ahad, Al-Samad, Al-Khaliq dan seumpamanya, maka ia dilarang dan tidak boleh sama sekali menamakan seseorang dengannya.
Namun, jika nama itu tidak terkhusus bagi Allah SWT dan maknanya turut dimiliki oleh makhluk, maka tidak mengapa menamakan seseorang dengannya. Lebih-lebih lagi jika nama itu memiliki makna yang baik.
Justeru, menamakan anak dengan nama Asmaul Husna atau 99 nama Allah ini tidaklah menjadi kesalahan kerana maknanya adalah dengan maksud nama-nama yang baik.
Sumber: Maktabahalbakri
Semoga perkongsian 99 Nama Allah ini bermanfaat dan seterusnya dijadikan panduan untuk anda semua diluar sana untuk meningkatkan amal ibadah pada setiap hari!
Selamat beramal!
Artikel Berkaitan: 4 Fadhilat Besar Mengamalkan Surah Al-Ikhlas.