Semakan Status Dan Permohonan Baru BPN 2.0
Pada bulan September 2020 yang lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion. BPN2.0 adalah bantuan tambahan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat berikutan pandemik Covid-19.
Isi Kandungan
Semakan Status Dan Permohonan Baru BPN 2.0
Permohonan BPN 2.0 kali ini tidak memerlukan permohonan baru kerana ia berdasarkan data permohonan BPN 1.0 yang lepas. Walaubagaimanapun, anda perlu juga membuat semakan bagi mengelakkan nama anda tercicir dan akan timbul isu di kemudian hari.
Bermula hari ini, anda boleh membuat Semakan status dan permohonan baru BPN 2.0 melalui portal rasmi BPN iaitu seperti dibawah:
Sekiranya nama anda tiada dalam senarai penerima, anda boleh membuat permohonan baru atau rayuan mulai 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020.
Bayaran BPN 2.0 ini akan dibuat dalam dua fasa.
- Pertama: Akhir bulan Oktober 2020
- Kedua: Bulan Januari 2021
- Permohonan baru: Diproses selepas tempoh permohonan ditutup iaitu 15 Nov 2020.
Sementara itu, permohonan baharu yang diluluskan pula akan menerima bayaran bantuan BPN 2.0 sekali gus pada Januari 2021.
Diharapkan perkongsian berkaitan Semakan status dan permohonan baru BPN 2.0 dapat memberi manfaat kepada semua khusunya mereka yang terjejas akibat COVID-19.
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia