Himpunan Templat Pelaporan PBD
Himpunan Templat Pelaporan PBD ini merupakan dokumen yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kegunaan sekolah rendah yang telah digunakan sejak tahun 2017.
Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.
Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini digunakan pada peringkat sekolah rendah sejak tahun 2017 selaras dengan pelaksanaan KSSR Semakan pada peringkat sekolah rendah yang mana ia adalah selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan.
Himpunan Templat Pelaporan PBD
Templat ini digunakan mulai tahun 2017 yang mana MENGGANTIKAN penggunakan templat pelaporan DSKP yang telah digunakan sejak tahun lalu.
Isi Kandungan
Dapatkan “Himpunan Templat Pelaporan PBD ” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Templat Pelaporan PBD Tahun 1
Templat Pelaporan PBD Tahun 2
Templat Pelaporan PBD Tahun 3
Templat Pelaporan PBD Tahun 4
Templat Pelaporan PBD Tahun 5
Templat Pelaporan PBD Tahun 6
Templat Pelaporan PBD Tingkatan 1
Templat Pelaporan PBD Tingkatan 2
Templat Pelaporan PBD Tingkatan 3
Anda juga mungkin berminat dengan perkara di bawah!
SILA KLIK DI BAWAH UNTUK MENDAPAT KOLEKSI PILIHAN SOALAN YANG LAIN
HIMPUNAN KOLEKSI KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2019
Himpunan Templat Pelaporan PBD
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian daripada komponen di dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. PBD sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengenal pasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.
Sehubungan dengan itu, berikut merupakan panduan yang telah dinyatakan oleh BPK KPM dalam menggunakan templat pelaporan PBD ini :
MAKLUMAT AM
Templat Pelaporan PBD ini mengandungi 5 halaman (sheet ) :
- PANDUAN
- REKOD PRESTASI MURID
- LAPORAN MURID (INDIVIDU)
- DATA PERNYATAAN TAHAP PENGUASAAN
- GRAF PELAPORAN
PENGGUNAAN TEMPLAT
Guru hendaklah melengkapkan maklumat asas pada templat ini di halaman REKOD PRESTASI MURID . Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah:
- Nama dan Alamat Sekolah
- Nama Guru dan Nama Kelas
- Senarai Nama Murid, Nombor Kad Pengenalan dan Jantina
- Nama Pentadbir
- Jawatan Pentadbir (Guru Besar/ Pengetua)
TAHAP PENGUASAAN
Tahap Penguasaan murid bagi setiap komponen di dalam templat ini direkodkan untuk tujuan pelaporan perkembangan pembelajaran murid bagi sesuatu tempoh tertentu (Pertengahan / Akhir Tahun). Guru hanya perlu merekodkan Tahap Penguasaan ini di halaman REKOD PRESTASI MURID sahaja dan seterusnya pelaporan individu murid akan dijana secara automatik di halaman LAPORAN MURID (INDIVIDU) untuk cetakan. Tahap Penguasaan (TP) bagi tujuan analisis kelas dijana secara automatik di halaman GRAF PELAPORAN .
PENENTUAN TAHAP PENGUASAAN
- Pentaksiran atau penilaian perlu dilakukan sepanjang masa semasa proses PdP berlaku yang berfokuskan kepada sesuatu standard pembelajaran yang dipilih ketika proses sesuatu PdPc. Tercapai atau tidak sesuatu tahap penguasaan boleh dikenal pasti melalui objektif PdPc berdasarkan standard pembelajaran yang dipilih. Murid yang tidak mencapai objektif standard pembelajaran tersebut akan diulang ajar oleh guru.
- Tahap Penguasaan murid akan ditentukan melalui pentaksiran atau penilaian yang dilakukan oleh guru semasa proses PdPc. Sebagai bukti pentaksiran tahap penguasaan murid telah dilakukan, guru boleh merekodkan atau mencatat tahap
penguasaan tersebut untuk membantu guru mengisi templat pelaporan yang disediakan. - Bagi tujuan pelaporan, guru hendaklah mengisi templat pelaporan yang disediakan oleh KPM sebanyak dua kali setahun iaitu pertengahan dan akhir tahun. Guru hendaklah memilih option di sebelah kanan bahagian atas halaman untuk menentukan pertengahan atau akhir tahun.
- Tahap penguasaan yang terbaik dilaporkan di dalam templat pelaporan tersebut bagi setiap kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Pelaporan ini sebagai rekod prestasi keseluruhan kemahiran bahasa yang patut dikuasai oleh setiap murid. Tahap Penguasaan ini ditentukan melalui pertimbangan profesional guru berasaskan setiap standard pembelajaran yang dipelajari oleh murid. Pernyataan setiap Tahap Penguasaan tersebut tercatat pada data Pernyataan Tahap Penguasaan.
Himpunan Templat Pelaporan PBD
Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu Himpunan Templat Pelaporan PBD memberikan manfaat kepada anda semua. Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.