Cara buat resume – Lengkap beserta contoh Terbaik
Cara buat resume – Lengkap beserta contoh Terbaik perlu diambil serius terutama kepada semua yang sedang mencari kerja dimana sahaja. Hal ini sangat penting dan akan dipandang serius oleh pihak majikan semasa menapis resume dari beribu-ribu calon yang menhantarnya.
Disini kami berikan beberapa tips dan langkah yang perlu anda lakukan untuk mencipta resume yang baik dan disukai majikan. Perlu kita ingat, resume yang panjang dan penuh detail tak semestinya yang terbaik.
Isi Kandungan
Antara tips yang boleh anda ikuti :
- Sila pastikan resume anda tidak melebihi 2 muka surat.
- Reka bentuk resume bersaiz A4 dan kemas,ringkas dan tidak mempunyai banyak warna.
- Memilih font yang kemas dan terang.
- Meletakkan dalam resume objektif kerja.
- Tidak memasukkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan jawatan yang dipohon seperti hobi atau makanan kegemaran (contoh).
- Untuk part reference, boleh guna nama ketua jabatan, penasihat akademik, supervisor FYP atau pensyarah tapi pastikan maklumkan pada mereka.
Berikut adalah perkongsian berkenaan dengan contoh resume lengkap beserta contoh. Ianya penting bagi setiap individu yang sedang mencari kerja terutama graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian. Selamat Maju Jaya!
KESALAHAN BIASA DALAM MEMBUAT RESUME
Berikut adalah antara kesalahan yang perlu kita elak dan kurang berkesan dalam menyediakan resume. yang sempurna.
- Jangan terlalu banyak ruang antara point penting. Elakkan menggunakan font yang kurang menarik dan setiap isi penting perlu dabungkan menjadi ringkas dan padat. Kebanyakan para majikan tidak berminat untuk membaca kesemua kandungan dalam sesuatu resume, mereka hanyalah mencari kebolehan dah kepakaran kita sahaja.
- Persembahan maklumat kurang menarik. Ada maklumat yang tidak penting/diperlukan dan ini akan memberi kesan kepada perspeksi majikan nanti.
- Maklumat boleh dipadatkan ke hadapan dan jangan terlalu banyak ruang di antara point-point yang ada.
Dapatkan “Contoh Resume Simple dan sempurna” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut bagi mereka yang rasa malas berfikir untuk bina resume anda sendiri. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Link Download disini (link download)
Anda juga boleh layari disini untuk contoh template. Semoga menbantu dalam kerjaya anda.
Harapan Kami
Kami harap tips ringkas cara buat resume ini dapat memberikan sedikit idea untuk anda merangka resume yang terbaik serta menarik perhatian majikan anda untuk jadikan anda pekerja mereka. Untuk yang sudah bekerja, anda boleh rujuk Tips Cara Lebih Produktif di Tempat Kerja untuk mendajikan kerja seharian anda lebih efektif.