Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Apa Itu Cyst? Kenapa Ia Digeruni Wanita

Apa itu cyst? Cyst merupakan ketumbuhan pada ovari yang lazimnya mengandungi cecair. Ia seakan kantung kecil berisi cairan yang berkembang dalam ovari wanita. Kebanyakan cyst tidak merbahaya. Namun, Jika dibiarkan ianya dapat menimbulkan masalah, bermula dari rasa sakit ketika haid, cyst mula pecah, pendarahan, hingga penyakit serius, seperti terlilitnya batang ovari, gangguan kehamilan, kemandulan hingga menyebabkan terjadi kanser endometrium.

Isi Kandungan

Bagaimana Cyst Terjadi

Wanita normal biasanya memiliki dua ovari berukuran sebesar kacang walnut di sisi kiri & kanan rahim. Masing-masing ovari menghasilkan satu telur yang terbungkus dalam folikel (kantung). Ketika telur keluar, hormon estrogen akan memberi signal kepada rahim. Pada gilirannya, lapisan rahim bertukar menebal dan mengeluarkan telur untuk digabungkan dengan sperma ( proses kehamilan). Bila telur tidak bercantum dengan sperma, maka seluruh isi rahim akan dikeluarkan dalam bentuk haid bulanan.
Jika folikel gagal untuk pecah dan melepaskan telur, cairannya tetap tinggal dan dapat membentuk cyst kecil ( lebih kecil dari 4 cm). Ini normal terjadi dan biasanya terjadi pada salah satu ovari. Kondisi ini disebut sebagai cyst yang normal, biasanya akan hilang dengan sendirinya, dan tidak perlu dirawat.

Golongan wanita yang memiliki berat badan berlebihan atau obes berkecenderungan menghidap polycystic ovarian syndrome (PCO’s) iaitu terdapat banyak cyst kecil pada ovarinya. Cyst kecil ini tidak dapat mengeluarkan telur dari kilang ovari oleh wanita dan PCO’s lazimnya sukar untuk hamil. Sebahagian kecil daripada cyst adalah barah ovari.

apa itu cyst
Cyst adalah ketumbuhan pada ovari yang lazimnya mengandungi cecair.

Punca Cyst Ovari

Beberapa faktor risiko berkembangnya cyst ovari terhadap individu wanita yang memiliki:
  • Sejarah Cyst ovari terdahulu
  • Kitaran haid tidak teratur
  • perut buncit
  • Haid diusia awal (11 tahun atau lebih muda)
  • Susah untuk hamil
  • pesakit hipotiroid
  • penderita kanser payudara yang pernah menjalani kemoterapi (tamoxifen)

Gejala Dan Diagnos Cyst Ovari

Cyst ovari biasanya tidak menunjukkan tanda dan tidak mudah untuk dikesan melalui USG ketika pemeriksaan rutin kandungan. Namun, beberapa individu dapat mengalami gejala ini:
  • Terasa senak di bahagian perut bawah atau sakit pinggul yang timbul tenggelam dan tiba-tiba menusuk
  • Kitaran haid tidak teratur
  • perut bawah sering terasa penuh atau tertekan
  • Pedih/sakit yang luar biasa ketika haid, bahkan terasa hingga ke pinggang belakang
  • Pedih pinggul setelah latihan olahraga atau senggama
  • Mual dan muntah
  • Rasa pedih dan keluarnya darah dari vagina
Biasanya kebanyakan wanita akan membuat pemeriksaan diri kepada doktor apabila rasa sakit sudah tidak tertahan, pengsan secara tiba-tiba, ataupun mengalami pendarahan yang luar biasa hingga anemia.
Doktor pakar bahagian kehamilan (Obsgyn), biasanya akan melakukan ujian bermula dari USG, CT Scan, test darah, seperti CA125 – ovari tumor marker test, ataupun ujian kehamilan untuk mengenal pasti kehamilan.

Kaedah Merawat Cyst

Hasil dari kajian menemukan bahawa penggunaan mencegah kehamilan (pil KB) dapat menurunkan risiko terkena cyst ovari, kerana mencegah ovari menghasilkan telur. Cyst yang besar bentuknya dan lama berada dalam badan biasanya memerlukan rawatan untuk membuangnya. Selain itu, wanita menopause yang memiliki cyst ovari juga disarankan membuat rawatan membuangnya bagi mengurangkan risiko terjadinya kanser ovari. Wanita berusia 50-70 tahun memiliki risiko cukup besar terkena kanser jenis ini. Bila kesan Cyst ini dibuang maka rawatan ini disebut ovarian cystectomy. Bila pembedahan membuang seluruh ovari termasuk tube fallopio, maka disebut salpingoo-ophorectomy.
Faktor-faktor yang menentukan kaedah pembedahan adalah bergantung pada usia pesakit, keinginan pesakit untuk memiliki anak, kondisi ovari dan jenis Cyst. Cyst ovari yang menyebabkan posisi batang ovarium terlilit (twisted) dan menghentikan pengaliran darah ke ovarium, memerlukan tindakan segera bg pembedahan (emergency surgery) untuk mengembalikan posisi ovari.

Apa itu cyst
Bahaya soya pada mereka yang mempunyai cyst.

Bahaya Soya

Dalam mencegah cyst dalam apa juga kategori, adakah terdapat makanan-makan yang perlu dicegah? Menjawab persoalan itu, Fauziah berkata, penyakit ini berkait rapat dengan hormon estrogen. Oleh yang demikian katanya, pesakit dinasihatkan untuk mengelak dari makan soya dan semua jenis produk berkaitan dengan bijirin itu.

Mengapa soya? Fauziah menjelaskan, soya mengandungi isoflavones yang mempunyai kandungan estrogen yang tidak elok untuk tubuh badan terutama pada saluran peranakan. Jika anda mempunyai ovarian cyst yang berulang, doktor akan mengambil pendekatan memberi pil kontraseptif bertujuan menghentikan ovulasi dan mencegah perkembangan cyst baharu.

Kontraseptif oral juga boleh mengurangkan risiko kanser ovari terhadap wanita yang menopause. Penyakit cyst ini juga pernah dibincangkan oleh pakar sakit puan terkenal negara, Datuk Dr Hamid Arshat. Menerusi perkongsian melalui laman Facebooknya, Hamid berkongsi tentang langkah mengawal estrogen.

Antaranya ialah menyarankan wanita agar mengekalkan berat badan ke tahap yang sesuai mengikut kiraan BMI. Katanya, kegemukan katanya, boleh menggalakkan penghasilan estrogen yang berlebihan. Kedua ialah melakukan senaman kerana mempunyai pelbagai faedah antaranya dapat mengimbangkan hormon estrogen dan progesteron.

Sumber info: Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan: Sakit Tumit Kaki – Plantar Fasciitis

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More