20 Homestay Menarik Di Kundasang
Kundasang yang dikelilingi oleh alam semulajadi yang penuh kesegaran mampu menghilangkan tekanan harian anda dan kalau anda suka dengan suasana disini, mungkin jiwa anda telah mendapat kebahagiaan yang sebenar.
Di sini terdapat banyak benda yang boleh dibuat aktiviti terutamanya aktiviti yang berkait rapat dengan semula jadi. Namun begitu, untuk berada di sini sehari dua anda perlu mencari homestay atau rumah tamu. Tapi dimana yaa? Disini kami memberi solusi yang terbaik buat anda para pembaca. Kami telah senaraikan 20 Homestay Menarik di Kundasang mengikut penilaian daripada sejumlah besar bekas pengunjung sebelum ini.
Isi Kandungan
1.Kinabalu Valley Homestay
Berada di tangga pertama dengan purata 8.4 dengan 266 ulasan yang baik daripada bekas pengunjung, Kinabalu Valley Homestay memberikan komitmen yang terbaik kepada pengunjung mereka. Homestay ini berada di lokasi paling strategik, kerana KFC berada dalam 1km sahaja darinya. Sebelum membuat apa2 singgah dulu KFC yee.. hehehe. Selain KFC, kedai makan lain pon dekat sahaja.
Mengenai destinasi tarikan pula, Ladang Strawberi terletak hanyalah 100m sahaja dari homestay dengna menaiki lif ski. Bukan sahaja itu, Ladang susu pon tidak berjauhan juga dengan penginapan.
Pendek kata, strategik, lengkap dan cukup selesa kerana tahap kebersihannya juga cukup memuaskan. Semuanya dapat dinikmati dengan harga di bawah RM50, hebat bukan?
2. Ren – Hana Kampungstay Kundasang
Ren – Hana Kampungstay Kundasang ini memang kena dengan nama kerana ia menawarkan bukan 1 tapi 4 bilik tidur yang besar. Ia menawarkan pelbagai jenis bilik dari sesuai untuk pelancong yang berseorangan sehinggalah kepada sekeluarga. Kalau tidak percaya lihatlah gambar dibawah:
Sekiranya anda terpikat dengan keluasan tempat ini, anda mungkin suka dengan penyediaan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti dapur memasak yang lengkap dengan segala fasiliti penting dan peralatan bbq.
Sudah selesai memasak, anda boleh menikmati makanan sambil berhibur dengan kemudahan TV bersaluran kabel ataupun wifi yang disediakan.
3. Anjung Rehat Jamsari 2
Anjung Rehat Jamsari 2 terletak di Jalan Cinta Mata Mesilou, Kg. Mesilou, 89308 Kundasang. Penginapan ini memberi anda pemandangan yang indah kerana ia terletak di cerun bukit. Ngeri bukan? Tapi ternyata ia selamat dan diberikan purata 8.7 dan 45 ulasan daripada bekas pengunjung.
Penginapan ini menawarkan taman dibawah. Terdapat juga kemudahan barbeku dan tetamu boleh memanfaatkan WiFi percuma serta parking peribadi percuma. Semua bilik di rumah tetamu ini dilengkapi dengan ruang tempat duduk, TV skrin rata dengan saluran satelit serta bilik mandi peribadi dengan alat pengering rambut dan pancuran mandian.
Memang tidak rugi untuk menempah disini. Anda dapat tengok pemandangan semulajadi sambil berbaring diatas katil. Kat mana lagi anda boleh buat macam ni kan.
4.Spring Garden
Spring Garden sesuai dengan nama kerana tempat penginapan ini dikelilingi oleh bunga2 yang cantik dan pemandangan yang terletak di Kampung Kundasang. Ia menawarkan penginapan di tapak Warisan Dunia UNESCO di Gunung Kinabalu, dalam jarak 24 km dari Ranau.
Chalet-chalet individu di sini terletak bersebelahan. Chalet-chalet ini menyediakan cerek dan lantai kayu yang dipanaskan. Tuala ditawarkan di bilik mandi yang dilengkapi dengan jubin marmar. Spring Garden menawarkan parking percuma dan yang paling best ada sarapan pagi disediakan. Mesin membuat teh/kopi pun ada di semua bilik.
Pelbagai aktiviti ditawarkan di kawasan ini seperti bermain golf dan hiking. Taman Negara Kinabalu berada dalam jarak 16 km dari penginapan ini.
5. Sling N Stone Vacation Homes @ Gunung Kinabalu
Sling N Stone Vacation Homes adalah rumah banglo berwarna putih dengan dekorasi yang simple lagi elegan memandang. Ia terletak di dalam Mt. Kinabalu Golf Club.
Rumah banglo ini mampu diduduki seramai 26 orang dengan adanya 7 bilik tidur disediakan. Antara bilik itu ada yang dengan pemandangan gunung Kinabalu. Sungguh hebat bukan? Jikalau tidak muat untuk tidur, di ruang tamu telahpun disediakan 2 katil sofa sebagai tambahan.
Tempat ini juga menyediakan fasiliti seperti tempat barbeku dan taman menjadikan tempat ini ideal untuk kaki travel, kaki mendaki bukit dan kaki golf. Restoran H.Benjamin Residence Restaurant berada 500m daripada banglo ini.
6.Strawberry Rest House Mesilou Kundasang
Strawberry Rest House bertemakan warna pink berupa warna strawberi ini menawarkan penginapan dengan taman dan pemandangan yang indah. Bertapak di Kg. Mesilou Kundasang. Penginapan ini menyediakan 4 bilik tidur yang ada 1 katil Queen-size setiap satu dan kalau tidak cukup ruang tamu juga disediakan katil sofa.
Di ruang tamu tidak ketinggalan juga dengan Tv skrin rata sekali dengan saluran kabel dan di luar ada disediakan tempat barbeku. Bolehlaa anda memanggang atau membakar ayam sambal tengok pemandangan taman dan gunung.
Mahu makan diluar? Ada jer restoran yang dekat denga penginapan ini. Salah satunya adalah Damaq café, Desa Cow Restaurant, HB Benjamin Residence dan SS Chinese Restaurant Non Halal.
7.Kou Pusan Home Kundasang
Kou Pusan terletak di Jalan Cinta Mata Mesilou, Kundasang. Seperti biasa, penginapan ini memberi parking peribadi percuma. Tidak cukup dengan itu, setiap unit bilik dilengkapi dengan balkoni untuk melihat pemandangan gunung.
Apa yang berdekatan dengan penginapan ini? Haa, Restoran Selera Kebun hanya 1km sahaja dari penginapan ini dan kalau nak yang jauh 5km ada Puteri Nabalu dan KFC. Keindahan semula jadi yang anda perlu tengok adalah Desa Cattle Farm 3.4km dari penginapan. Rugi kalau tak singgah.
8.Seribu 1 Homestay
Cukup gah dengan nama, Seribu 1 Homestay ini menawarkan penginapan dengan dekorasi moden serba putih. Cukup lengkap dengan balkoni dan taman yang penuh dengan bunga.
Homestay ini dilengkapi dengan TV satelit skrin rata. Untuk kemudahan tambahan, penginapan ini boleh menyediakan tuala dan linen tempat tidur dengan bayaran tambahan.
I
9.The Hill Kinabalu @ Ranau
The Hill Kinabalu menawarkan dekorasi ala-ala hotel, ada dua bilik iaitu satu ada 2 katil single manakala satu lagi ada 1 katil Queen-size. Dekorasinya amatlaa simple dan sedap mata memandang.
Setiap bilik di rumah tamu ini mempunyai patio dengan pemandangan gunung. Semua bilik di The Hill Kinabalu, Kundasang, Ranau dilengkapi dengan meja dan bilik mandi peribadi.
Jikalau anda penat mendaki atau merantau di Ranau dan Kundasang, anda boleh bermain dart di tempat penginapan ini. Berehat di patio rasa angin bayu dari gunung atau anda juga boleh berehat di dalam tab mandi yang disediakan. Tidak terlupa juga dengan kemudahan kecil iaitu pengering rambut, seterika, cerek elektrik dan juga dapur masak.
10.Inap Desa Kilimu @ Ranau
Inap Desa kilimu Ranau sempena bertapak di Kampung Kilimu Ranau. Ia menyediakan bilik keluarga iaitu 1 katil Queen-size, 2 katil single, dapur dan ruang tamu. Biliknya lengkap dengan penghawa dingin, TV skrin rata dan bilik mandi peribadi. Ada juga bilik yang ada 3 katil single disediakan.
11.Slagon Homestay
Slagon homestay, rumah tamu paling unik. Nak tau kenapa? Sebab ada sungai yang lalu dibawahnya. Siapa jer yang tak nak tidur disini, bangun pagi terus mandi sungai ha gitu. Para tetamu juga dapat menikmati WiFi percuma yang disediakan, dan parking percuma untuk tetamu yang memandu.
Beberapa bilik dilengkapi dengan penghawa dingin manakala bilik yang lain dilengkapi dengan kipas angin. Bilik mandi di suite mempunyai pancuran mandian tersendiri.
Tetamu juga boleh membuat tempahan sarapan, makan tengah hari atau makan malam semasa ketibaan. Anda juga boleh menggunakan kemudahan barbeku secara percuma atau menyewa dewan untuk sesi karaoke. Restoran paling dekat dengan penginapan ini adalah Rimbunan Hijau Café iaitu 600m sahaja dari penginapan ini.
12.Mile 36 Lodge
Mile 36 Lodge amatlah cantik dek design lodge tersebut mahupun dekorasinya tersendiri. Bertapak di dalam Kawasan Taman Negara Mt. Kinabalu yang berada di ketinggian 1500m dari paras laut.
Ia menyajikan mata anda dengan keindahan alam yang tak terhingga. Bolehlah anda ambil selfie untuk OOTD ataupun penuhkan koleksi album untuk kisah2 travel anda.
Pabila kami mengatakan design dan dekorasinya yang amat unik, ia menawarkan konsep berbeza pada setiap unit bilik, ada yang tradisional, kontemporari dan ada juga persis eropah.
Bilik-bilik yang selesa dikelilingi dengan kehijauan yang subur, serta menikmati pemandangan. Unit-unit tertentu menyediakan balkoni peribadi. Bilik mandi ialah sama ada en suite atau berkongsi, dan menawarkan kemudahan pancuran mandian air panas dan sejuk.
13.JK Honguon Homestay
JK Honguon adalah sebuah apartment yang dijadikan sebagai rumah tamu kepada para pengunjung untuk 12 orang maksima. Ia menawarkan 4 bilik tidur yang telah disediakan katil pelbagai saiz.
Tidak cukup dengan itu Penginapan ini juga ada tv skrin rata, mesin basuh dan juga dapur kecil bagi memenuhi keperluan asas. Anda boleh layeri laman web ini untuk maklumat lebih lanjut:
14. J Residence
Kalau dilihat pada gambar sudah tentu para pembaca tidak tahu dimana ia berada. J Residence ini bertapak di Kg. Tinompok, Mile 35 Kinabalu National Park. Amatlah rugi kalau anda tengok sahaja gambar penginapan ini kerana jika anda menginap disini jauh bezanya pemandangan gambar dengan mata sendiri.
J Residence terletak di Kundasang menawarkan taman dan WiFi percuma. Unit-unit menampilkan balkoni, TV skrin rata dan bilik mandi peribadi dengan bidet dan peralatan mandian percuma. Untuk kemudahan tambahan, pihak penginapan boleh menyediakan tuala dan linen katil dengan bayaran tambahan.
Restoran paling dekat adalah Restoran Panataran dan Mount K National Park dengan hanya 300m sahaja.
15.Soboroong Farmer’s Cottage
Soborrong Farmer’s Cottage Menawarkan keindahan taman dan tidak lain tidak bukan, pemandangan gunung. Semua unit menawarkan ruang tempat duduk. TV dan pemain DVD turut disediakan di beberapa unit. Peti sejuk dan cerek juga disediakan. Terdapat juga dapur kecil yang dilengkapi dengan dapur memasak. Linen katil disediakan.
Soboroong Farmer’s Cottage juga menyediakan kemudahan barbeku. Terdapat 2 jenis penginapan yang boleh didapati disini iaitu, Chalet 2 bilik tidur dan Chalet 2 bilik tidur besar (mempunyai katil single extra).
16.Mesilau Mountain Retreats
Mesilau Mountain Retreats menyediakan penginapan yang authentic serta moden. Ia menyediakan parking peribadi percuma. Penginapan ini terletak sebelah Kinabalu Golf Course.
Semua unit dilengkapi dengan dapur yang serba lengkap, ruang tamu dengan sofa, TV skrin rata, pemain DVD serta bilik mandi peribadi dengan bidet dan pancuran mandian. Microwave, peti sejuk dan cerek juga disediakan.Yang paling best penginapan ini ada taman, di taman ini disediakan kemudahan barbeku dan juga teres boleh didapati di rumah percutian ini.
Rumah Strawberry mempunyai 3 bilik dimana dua bilik disediakan 2 katil single setiap satu dan 1 lagi mempunyai 1 katil King-size.
Rumah Morning Glory mempunyai 3 bilik dimana dua bilik disediakan 2 katil single setiap satu dan 1 lagi mempunyai 1 katil King-size.
Rumah Agapanthus adalah paling mewah antara tiga ini kerana untuk duduk semalaman
17.H Benjamin Residence
H Benjamin Residence ini terletak di dalam Mount Kinabalu Golf Club. Ia menawarkan sebuah penginapan dengan balkoni peribadi. Terdapat sebuah restoran di dalam yang menyajikan masakan antarabangsa, dan parking peribadi percuma disediakan.
Bilik-bilik di penginapan ini dilengkapi dengan meja, TV skrin rata dan bilik mandi peribadi. H Benjamin Residence menawarkan sarapan à la carte atau Amerika. Ia turut menawarkan sebuah teres.
18.Azrien Homestay @ Kundasang
Azrien Homestay ini adalah rumah banglo yang amatlah klasik dan simple sahaja dekorasinya. Ia terletak di Kampung Sinisan Kundasang.
Azrien Homestay Kundasang terletak di Kundasang dan menyediakan lounge berkongsi serta teres. Penginapan ini berada 14km dari Ranau, dan anda akan mendapat manfaat daripada WiFi percuma serta parking peribadi yang disediakan di lokasi. Tidak cukup dengan itu, rumah tamu ini juga sediakan kemudahan barbeku dan dapur masak.
Rumah percutian ini mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, TV skrin rata dengan saluran satelit, ruang makan yang serba lengkap dan balkoni dengan pemandangan gunung.
19.T Paradise
T Paradise salah satu pilihan yang tepat di Ranau adalah rumah tamu dua tingkat. Rumah tamu ini bercirikan kayu berwarna kelabu dan cukup luas untuk penginapan sekitar 8 orang dewasa maksima.
Rumah tamu ini menyediakan 3 buah bilik tidur dan sebuah ruang tamu yang lengkap dengan 4 katil sofa, pilih sahaja dimana anda mahu tidur. Tempat tidur tu memang dah sediakan banyak dah kalau tak cukup lagi taktahu laa.hihi
Di dalam bilik atau di luar bilik, T Paradise ini sedap mata memandang. Dekorasi dalamannya amatlah yang menggunakan warna natural untuk menyerlahkan aura santai penginapan ini.
20.Amazing Grace Lodge
Amazing Grace Lodge menawarkan tempat penginapan dengan pemandangan yang indah sama seperti gambar dalam Instagram. Penginapan indah ini bukan sahaja lengkap dengan barbeku pit, malah dapur juga sempurna dengan segala kemudahan untuk memasak. Terdapat bilik yang mempunyai pemandangan taman dan ada yang pemandangan gunung.
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan 20 Homestay Menarik Di Kundasang akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan tempat menarik dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih
MENARIK UNTUK DILAWATI:20 Homestay Menarik di Shah Alam,Tempat menarik di Pantai cenang, Tempat menarik di Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Gold Coast Melaka, 20 Hotel Menarik Cameron Highland, Rumah Terbalik Melaka ,