CARA BUAT DONUT, untuk first time buat pun mesti menjadi!
Isi Kandungan
CARA BUAT DONUT, untuk first time buat pun mesti menjadi!
Nak tahu CARA BUAT DONUT gebu dan mudah guna sukatan cawan? Apa yang untungnya kalau buat sendiri ni kita boleh adjust tahap kemanisan donut ikut selera tekak masing-masing.
Yang paling best, resepi ini tak perlukan anda untuk menguli. Simple sangat, insha Allah bagi yang kurang mahir pun boleh buat dan menjadi. Walaupun donut digoreng petang, donut kekal lembut aje sampai ke malam.
*Tips tambahan bagi yang baru belajar buat donut. Yis segera atau ada yang menggelarnya mauri-pan adalah bahan utama untuk menyediakan adunan ketika membuat donut. Yis ini diperlukan untuk menjadikan adunan yang diuli itu mengembang dengan sempurna sebelum boleh dimasak. Pastikan yis yang anda gunakan itu belum tamat tempohnya. Jadi boleh beli yang tunjuk tarikh tamat tempuh pada packaging yis.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT DONUT
- 1 paket yis
- 2 sudu susu pekat
- 1 cawan air suam
- 2 sudu gula
- 4 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 2 sudu marjerin
- 1 sudu teh garam
CARA BUAT DONUT
Ini pula adalah langkah membuatnya.
1. Satukan Bahan Basah
Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas.
Tunggu sehingga kembang. Sementara tunggu yis nak kembang boleh buat bahan kering.
2. Satukan Bahan Kering
Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan baking powder.
Ramas hingga sebati.
3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah
Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.
Nak tutup dengan plastic wrap/kain pun boleh.
4. Tunggu 1 Jam
Biarkan adunan tadi selama 1 jam.
Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.
5. Bentukkan Donut
Terapkan comel-comel. Bolehlah gunakan kesenian jari-jari halus kalian untuk bentukkan donut mengikut saiz sesuai yang sesedap selera masing-masing
6. Gorengkan
Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas.
Inilah hasil gorengan penuh kasih sayang! Nampak tak kegebuan di situ?
7. Salut Gula
Akhir sekali, salutlah gula yang dikisar atau gunakan terus gula halus / gula kastor.
Nak bubuh topping lain macam coklat ke, boleh je. Ikut suka hati tekak masing-masinglah ya.
SELAMAT MENCUBA
OK bila dah siap, boleh di’ngap’. Senang, kan?
Cuba tau, jangan tak cuba!
Anda juga mungkin berminat CARA BUAT POPCORN ; Senang jer rupanya!