Penyakit Diabetes – Punca, Gejala Dan Langkah Pencegahan
Isi Kandungan
Diabetes Mellitus
- Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
- Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.
- Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
- Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.
Menurut statistik diabetes pada tahun 2018, dianggarkan sebanyak 2.5 juta rakyat Malaysia yang mempunyai penyakit kencing manis berusia antara 18 tahun dan ke atas. Ini menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai penghidap kencing manis yang paling tinggi di Asia.
Jenis-jenis Diabetes Mellitus
- Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus
- Diabetes mellitus jenis 1.
- Diabetes mellitus jenis 2.
- Diabetes mellitus jenis 1 selalu terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.
Punca Berlaku Diabetes Mellitus
Antara punca utama penyakit ini ialah kerana gaya hidup yang tidak sihat seperti diet yang tidak seimbang dan kurang bersenam akan menyumbang kepada terjadinya obesiti.
Obesiti bukan sahaja boleh menyebabkan kencing manis, malah ia boleh menyebabkan darah tinggi, kolesterol tinggi dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Untuk rekod, Malaysia juga merupakan antara negara yang mempunyai ramai rakyat yang obes berbanding negara-negara Asia yang lain.
Hal ini sudah pasti akan menelan kos yang tinggi untuk membiayai kos mengubati penyakit kencing manis dan juga mengubati kesan penyakit kencing manis seperti buta mata dan kehilangan kaki akibat diabetic foot. Akibatnya, Malaysia juga akan kerugian dari segi tenaga buruh dan perkara ini akan turut menjejaskan ekonomi negara.
Gejala Penyakit Diabetes Mellitus
Gejala yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:
- Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam).
- Rasa haus yang amat sangat.
- Berat badan menurun.
- Rasa letih lesu dan kurang tenaga.
Perhatian: (Kencing malam) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya dikenali sebagai “secondary enuresis”. Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, diabetes mellitus haruslah disyaki.
Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:
- Sakit perut dengan atau tiada muntah.
- Sakit kepala.
- Masalah tingkah laku.
- Mudah mendapat jangkitan terutama di kulit.
Sekiranya gejala ini tidak dikenal pasti awal, kemungkinan besar anak anda akan mengalami “diabetic ketoacidosis” (DKA).
Kesan Diabetes Mellitus
Bermulanya komplikasi bergantung pada jangka masa dan kawalan kencing manis. Komplikasi ini hanya akan berlaku di kemudian hari iaitu semasa usia dewasa. Doktor anda akan memberitahu sama ada diabetes mellitus anak anda terkawal atau tidak apabila anda datang untuk lawatan susulan.
Tahap glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan organ-organ berikut:
- Ginjal: kegagalan ginjal.
- Mata: kebutaan.
- Jantung: serangan sakit jantung, serangan angin ahmar.
- Salur darah: tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak).
- Sistem saraf: masalah deria.
- Organ reproduktif: mati pucuk (impotent).
- Kaki: masalah kaki (diabetic foot)
- Kulit: jangkitan kulit berulang seperti bisul.
Komplikasi ini boleh terjadi selepas akil baligh. Doktor anda akan memberi jadual lawatan susulan untuk ujian darah dan air kencing bagi mengesan sebarang komplikasi.
Apakah hipoglisemia dan bagaimana anda mengenalinya?
Dalam masa anak anda menjalani rawatan, anda perlu tahu yang dia mungkin menghadapi hipoglisemia (tahap glukos rendah dalam darah) di mana dia perlu mengambil makanan atau minuman yang manis untuk memperbaiki keadaan.
Tanda dan gejala hipoglisemia:
- Berpeluh sejuk/berpeluh banyak.
- Menggeletar.
- Letih dan lesu.
- Perubahan tingkahlaku/tidak sedar diri.
- Tahap glukos rendah semasa pemantauan di rumah.
Langkah Pencegahan Diabetes Mellitus
-
Tidak terdapat sebarang cara mencegah kencing manis (Diabetes Mellitus) Jenis 1. Langkah-langkah mencegah diabetes boleh diambil untuk masalah Diabetes Mellitus Jenis 2 dan Diabetes Semasa Hamil.
Langkah-langkah ini termasuklah:
-
Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat
-
Mengekalkan gaya hidup yang aktif dan sihat
-
Menurunkan berat badan sebelum hamil bagi Diabetes Semasa Hamil
-
Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Penyakit Diabetes-Punca, Gejala & Langkah Mencegah akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih
Menarik Untuk Dibaca: Penyakit Gout,Penyakit batu Karang, Penyakit Anemia-Gejala,Penyebab dan Rawatan