Kegagalan Buah Pinggang- Punca,Tanda Dan Cara Mencegah
End Stage Renal Failure (ESRF) merupakan kegagalan buah pinggang tahap akhir yang juga dikenali sebagai penyakit kerosakan yang kekal. Berhadapan dengan penyakit kronik bukanlah merupakan sesuatu yang mudah dan memerlukan proses transisi daripada proses diagnosa kepada proses rawatan dan seterusnya pengurusan diri.
Ketidakupayaan, kebergantungan terhadap orang lain, dan stigma masyarakat, perubahan cara hidup,kos rawatan yang mana secara tidak langsung memberikan kesan kepada perjalanan rutin harian yang biasa dilakukan. Masalah ini akan memberikan kesan kepada aspek kerohanian, psikologikal, sosial dan keluarga dan seterusnya akan mempengaruhi fizikal, emosi dan pemikiran pesakit.
Menurut Yayasan Buah Pinggang Amerika (2005) mendefinisikan keadaan buah pinggang yang kronik hanya berada pada tahap 10% kapasiti normal. Penyakit ini berlaku apabila buah pinggang tidak lagi berupaya menapis bahan buangan secara normal.
Isi Kandungan
Punca-Punca
Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit ini tanpa mengira umur. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah orang mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding yang lain bergantung sekiranya mempunyai faktor-faktor yang berikut :
- Penyakit kencing manis
- Penyakit tekanan darah tinggi
- Mempunyai sejarah keluarga penghidap masalah buah pinggang
- Are Older (tua sebelum usia) / menampakkan seseorang sebelum usia sebenar
Tanda-Tanda Awal
Kebanyakkan orang tidak mengalami simptom yang teruk sehingga mengalami kerosakan buah pinggang yang teruk. Walau bagaimanapun, tanda-tanda awal tersebut dapat diperhatikan sekiranya mengalami situasi berikut:
- Merasa keletihan dan tidak bertenaga.
- Mudah hilang fokus.
- Hilang selera makan.
- Mengalami masalah tidur.
- Mengalami kekejangan otot pada waktu malam.
- Mengalami bengkak pada kaki dan sendi.
- Mengalami bengkak di sekeliling mata terutama pada waktu pagi.
- Mempunyai kulit yang kering dan gatal.
- Membuang air kecil yang kerap terutama pada waktu malam.
Cara Mencegah
- Pemakanan seimbang.
- Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
- Berhenti merokok.
- Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
- Kekalkan berat badan seimbang.
- Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Kegagalan Buah Pinggang-Punca, Tanda & Cara Mencegah akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih
Menarik Untuk Dibaca: Penyakit Gout,Penyakit batu Karang, Penyakit Anemia-Gejala,Penyebab dan Rawatan