Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Semak Wang Tidak Dituntut Dan Proses Tuntutan

Cara Semak Wang Tidak Dituntut dan proses tuntutan harus diteliti dengan baik. Untuk makluman, permohonan bayaran balik Wang Tidak Dituntut boleh dibuat secara percuma tanpa sebarang caj. Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tidak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tidak Dituntut.

Cara Semak Wang Tidak Dituntut

Individu dan juga organisasi layak untuk membuat permohonan tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

CARA SEMAK WANG TIDAK DITUNTUT DAN MEMBUAT PERMOHONAN :

  1. Layari https://egumis.anm.gov.my
  2. Anda yang pertama kali, perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dengan klik di sign-in dan isi maklumat yang diperlukan
  3. Kemudian, log in semula dan lengkapkan semua maklumat yang diminta
  4. Seterusnya klik di bahagian link Wang Tidak Dituntut dan taipkan nombor kad pengenalan anda. Anda juga boleh menyemak kelayakan pasangan anda
  5. Maksimum untuk semakan adalah dua nombor kad pengenalan sahaja

Cara Semak Wang Tidak Dituntut

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi : Https://egumis.anm.gov.my/faq

Menarik untuk dilawati:  Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More