Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TERKINI : PKP DI 6 NEGERI MULAI 12 MALAM RABU INI

Persoalan kini terjawab. PKP DI 6 NEGERI telah diumumkan. Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam buah negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 26 Januari depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, enam negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Isi Kandungan

Tujuan PKP Di 6 Negeri

Tujuan PKP di 6 Negeri diadakan adalah untuk membendung penularang jangkitan covid 19 yang semakin membimbangkan.

Selain itu, katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh sama akan dikenakan terhadap enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

pkp di 6 negeri

Dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh sama.

“Negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.

“KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung, hari ini.

SUMBER BERITA HARIAN

ARTIKEL BERKAITAN : PKP Bakal Dilaksana Jika Kes Meningkat

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More