Dokumen Program Transisi Tahun 1 2021
Dokumen Program Transisi Tahun 1 2021 merupakan panduan sekolah dan guru-guru dalam persediaan menghadapi sesi persekolahan 2021 ini telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).
Program Transisi Tahun Satu 2021 dirangka dengan memberi penekanan terhadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid bagi menyediakan mereka menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri di sekolah rendah.
Program Transisi Tahun Satu 2021 ini disediakan dalam tiga fasa iaitu Fasa Persediaan, Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan. Pelaksanaan ketiga-tiga fasa ini memerlukan usaha dan pelibatan semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa atau penjaga.
Program ini dirangka dengan mengambil kira kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan penekanan terhadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid. Program ini diharapkan dapat membantu murid dari pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun 1 pada tahap perkembangan dan pencapaian yang hampir sama.
Untuk mendapatkan Dokumen Program Transisi Tahun 1 2021 anda boleh memuat turun seperti dibawah:
Isi Kandungan
Dapatkan “Dokumen Program Transisi Tahun 1 2021” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
SUBJEK |
LINK |
|
Program Transisi Tahun Satu 2021 merupakan satu program yang dirangka untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah.
Penutup
Oleh itu, diharap semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download bahan pendidikan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian bahan pendidikan terbaik anda.
Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana memuat turun Dokumen Program Transisi Tahun 1 2021.