6 Kategori Pelajar Dibenarkan Kembali Ke Kampus Bermula 1 Mac 2021
- Pelajar program pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan pasca siswazah yang memerlukan aktiviti praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas.
- Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.
- Pelajar asasi atau setara dan diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.
- Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom (UK),” kata kenyataan itu.
- Pelajar berkeperluan khas (OKU)
- Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.
Pelajar yang tidak termasuk dalam kategori pelajar berkeperluan pula akan meneruskan PdP secara dalam talian seperti biasa.
Isi Kandungan
Prosedur Pergerakan Pelajar
- Kesemua pelajar dalam kategori tersebut yang melakukan pergerakan ke Sabah dan Sarawak perlu menjalani ujian saringan swab yang akan dibiayai oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
- Bagi pelajar yang tiba di Sarawak, mereka diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke kampus. Kos makan minum dan kuarantin mulai 1 Mac 2021 akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak.
- Bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung pula, mereka akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing bagi memastikan bebas daripada COVID-19.
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan 6 Kategori Pelajar Dibenarkan Kembali Ke Kampus Bermula 1 Mac ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih