Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TMJ kagumi pengorbanan Ustaz Ebit Lew, sumbang RM200,000

Tunku Mahkota Johor ,Tunku Ismail Sultan Ibrahim kagumi pengorbanan Ustaz Ebit Lew. Baginda menzahirkan rasa kagum dengan usaha dan pengorbanan Ustaz Ebit Lew dalam menyampaikan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan dari seluruh negara, termasuk di negeri ini.

Tunku Ismail dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi milik baginda bertitah, pendakwah popular Ebit Lew sering turun padang menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.

Turut prihatin Ustaz Ebit Lew terima sebanyak RM200,000

“Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan bekalan makanan, barang keperluan asas dan peralatan perubatan.

“Saya juga telah memberi sumbangan kepada usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya,” katanya dalam kenyataan itu.

Baginda bertitah demikian ketika menerima kunjungan pendakwah itu di kediaman rasminya di Istana Bukit Pelangi, di sini hari ini.

Baginda turut meluahkan harapan agar usaha Ustaz Ebit Lew sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.

TMJ kagumi pengorbanan Ustaz Ebit Lew, sumbang RM200,000 1Ustaz Ebit Lew menyerahkan cenderamata berupa baju kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kunjungannya ke Istana Bukit Pelangi.

itu, Ustaz Ebit Lew dalam entri dimuat naik menerusi laman Facebooknya pula memberitahu, Tunku Ismail menyumbang sebanyak RM200,000 bagi membantu menjayakan misi kemanusiaan dilakukannya.

Katanya, Tunku Ismail turut meluahkan hasrat baginda untuk menaja seluruh pasukannya bagi menunaikan ibadah umrah.

“Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.

“Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan sahaja. Sedangkan saya cuma orang biasa. Daripada awal lagi masa beri bantuan Tuanku selalu beri semangat pada saya.

“Kami selalu bermesej juga. Kata baginda paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ. Raja Johor,” ujarnya.

Sementara itu, Ebit Lew turut memaklumkan pihaknya berminat untuk mengikuti jelajah Kembara Mahkota Johor suatu hari nanti.-

Sumber : UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More