Permohonan Rumah Harapan Rakyat RM60,000 Satu Unit
Permohonan Rumah Harapan Rakyat RM 60,000 seunit kini dibuka. Bagi rakyat Negeri Sembilan yang memiliki tanah tetapi tidak mampu membina rumah sendiri, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan inisiatif baharu bagi membantu rakyat Negeri Sembilan memiliki rumah di atas tanah mereka sendiri berjumlah RM60,000 seunit iaitu Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan.
Pelaksanaan Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan adalah sebahagian daripada inisiatif yang terkandung dalam Belanjawan 2021 Negeri Sembilan yang diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Inisiatif yang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS) ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan keluarga miskin di Negeri Sembilan yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang lebih sempurna dan selesa.
Pelaksanaan inisiatif ini memberikan peluang kepada golongan berpendapatan rendah di Negeri Sembilan untuk memiliki rumah di atas tanah mereka sendiri.
Permohonan bagi Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan dibuka sehingga 30 Jun 2021.
Isi Kandungan
PERMOHONAN RUMAH HARAPAN RAKYAT RM 60,000 SATU UNIT
KOS RUMAH & PEMBIAYAAN BALIK
Melalui inisiatif ini, kos pembinaan Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan adalah sebanyak RM60,000 seunit.
Selepas rumah tersebut siap, pemohon akan membayar semula kos pembiayaan tersebut dalam bentuk pinjaman tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik selama 300 bulan atau selama 25 tahun.
Buat masa ini, tawaran Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan adalah terhad kepada 70 unit sahaja.
SYARAT PERMOHONAN
Pemohon yang ingin memohon Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun.
- Pemohon yang bujang atau berkahwin layak memohon. Jika sudah berkahwin, pasangan hendaklah juga warganegara Malaysia.
- Pendapatan bulanan isi rumah pemohon tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
- Pemohon memiliki tanah sendiri (tanah tersebut mestilah pemilikan penuh sahaj dan tanah tersebut bersesuaian bagi pembinaan RHR serta bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
- Keluasan minimum tanah milik pemohon adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi.
- Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan merangkumi keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem eKaseh
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Untuk memohon, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web PKNNS
- Klik bahagian borang dan muat turun borang permohonan tersebut.
- Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
- Hantar borang permohonan beserta dengan dokumen yang diperlukan ke pejabat daerah terdekat atau ke alamat berikut:
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
Bahagian Teknikal, 23-H, Tingkat Bawah, Jalan Zaaba,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Isteri/Suami).
- Salinan Kad Pengenalan Waris.
- Salinan Sijil Nikah/Salinan Daftar Perkahwinan/Sijil Cerai/Sijil Kematian/Akuan Sumpah.
- Salinan Kad Pengenalan atau Mykid anak atau tanggungan yang tidak mempunyai Mykid atau berumur bawah 12 tahun.
- Salinan penyata akaun bank.
- Slip Gaji Terkini Pemohon: 3 bulan terakhir.
- Slip Gaji Terkini Pasangan (Isteri/Suami): 3 bulan terakhir (Jika ada).
- Surat Pengesahan Pendapatan (Jika ada).
- Penyata KWSP Pemohon: Penyata tahun semasa (Jika berkaitan).
- Penyata KWSP Pasangan (Isteri/Suami): Penyata tahun semasa (Jika berkaitan).
- Gambar rumah terkini.
- Gambar tapak cadangan.
- Salinan Hakmilik Tanah.
- Salinan Sijil Carian Rasmi (Dapatkan di Pejabat Tanah Galian Negeri Sembilan (PTGNS).
- Pengesahan Ketua Adat (Jika berkaitan).
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan, sila hubungi pihak PKNNS di talian 06-761 6877 atau layari laman web http://www.pknns.gov.my/
PENUTUP
Akhir kata, diharap perkongsian berkaitan dengan Permohonan Rumah Mampu Milik RM 60,000 Satu Unit ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat buat manfaat semua dalam melalui keadaan getir pandemik Covid-19 sekarang ini. Semoga dipermudahkan segala urusan kita smua.
Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website https://t.me/tcerdotmy. Terima Kasih
Baca juga : Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2021
Sumber : Semakan Online