Sumber Rujukan Globalisasi Anda

7 Tips Belajar Cemerlang

7 Tips Belajar Cemerlang

7 Tips Belajar Cemerlang adalah perkongsian mengenai beberapa tips untuk para pelajar, khususnya yang bakal menduduki peperiksaan, untuk belajar dengan cara yang betul supaya dapat memahami apa yang sedang dipelajari.

Menjelang musim peperiksaan, para pelajar pastinya menggunakan pelbagai teknik belajar yang sesuai dengan diri masing-masing. Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang betul.

Berbagai teknik atau cara belajar boleh diamalkan. Terpulanglah kepada pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Tidak salah jika kita mencuba beberapa teknik belajar yang tidak pernah kita buat, mana tahu ianya sesuai dengan diri kita seterusnya memberi impak positif kepada kita seperti mudah menghafal dan tidak mengantuk ketika belajar. Setiap orang berbeza pendekatan dan tips belajar cemerlang mereka.

 

 

Isi Kandungan

7 Tips Belajar Cemerlang

 

Sekiranya anda mengalami masalah untuk mengulangkaji pelajaran ataupun menghafal fakta-fakta, ia mungkin berpunca daripada pengamalan kaedah belajar yang salah. Berikut kami kongsikan 7 Tips Belajar Cemerlang yang boleh dijadikan panduan untuk para pelajar:

 

1. Belajar Setiap Hari

7 Tips Belajar Cemerlang

Belajar setiap hari sangat membantu untuk mengingati setiap perkara yang telah anda pelajari. Ia juga mampu membantu anda untuk lebih memahami topik yang anda telah pelajari. Lebih penting, belajar setiap hari dapat mengelakkan diri anda daripada menghadapi stress pada saat akhir apabila waktu peperiksaan semakin hampir.

Jika anda mempunyai masalah untuk luangkan masa dengan belajar, anda seharusnya mengorbankan beberapa aktiviti harian anda (bukan semua aktiviti) bagi memastikan anda mempunyai masa yang secukupnya digunakan untuk belajar. Sebagai contoh, mungkin anda perlu mengurangkan masa bersama media sosial atau korbankan masa anda bersukan pada hujung minggu untuk belajar mahupun mengulangkaji pelajaran.

 

2. Rancang Masa Anda

7 Tips Belajar Cemerlang 1

Perancangan masa yang teliti sangat membantu dalam memanfaatkan sepenuhnya masa belajar anda. Antara kaedah yang dapat yang anda dapat lakukan untuk merancang masa anda dengan baik adalah seperti berikut:-

a) Membuat jadual belajar sendiri

Dengan menyediakan jadual belajar sendiri, anda akan lebih peka dengan waktu untuk mengulangkaji pelajaran. Jadual belajar yang baik perlulah disusun mengikut subjek dengan waktu-waktu tertentu. Dengan ini anda akan dapat memberikan sepenuh perhatian pada satu-satu subjek mengikut waktu-waktu yang telah disusun. Selain itu, jadual yang baik juga perlulah disertakan dengan tarikh-tarikh penting seperti tarikh peperiksaan yang bakal berlangsung, dan juga tarikh kita perlu menghantar tugasan yang diberikan guru supaya kita tidak terlepas pandang.

b) Senaraikan segala perkara yang perlu disiapkan

Sebagai pelajar kita sewajarnya menyenaraikan segala perkara yang perlu kita siapkan pada permulaan setiap minggu. Senaraikan segala kerja yang perlu dihantar dalam minggu tersebut supaya kita tidak lupa atau terlepas pandang terhadap tugasan tersebut.

c) Memasang penggera jam

Memasang penggera jam merupakan salah satu cara untuk anda meranacang masa belajar anda. Penggera jam mampu berfungsi untuk mengingatkan anda terhadap masa belajar. Setkan penggera pada setiap masa belajar bersesuaian dengan jadual belajar yang telah ditetapkan. Ini akan membantu anda untuk kekal fokus untuk belajar mengikut jadual yang telah anda bina.

 

3. Pilih Masa dan Tempat Sesuai Untuk Belajar

7 Tips Belajar Cemerlang 2

Setiap orang pasti mempunyai tempat yang menarik dan masa untuk belajar. Sebagai pelajar, pemilihan ruang belajar dan masa belajar sangat mempengaruhi keberkesanan kaedah pembelaran anda.

a) Pemilihan ruang belajar

Ruang belajar yang sesuai kepada setiap pelajar adalah ruang yang senyap, selesa dan jauh dari gangguan. Ia akan membuatkan anda lebih gembira, lebih berinspirasi dan lebih fokus terhadap pekara yang anda lakukan. Untuk menambah lagi keserian ruang belajar ini, ianya boleh dihiasi dengan gambar mahupun objek kegemaran anda. Jika anda mahu mendengar muzik ketika belajar, anda boleh menyediakan ruang untuk mendengar muzik tersebut.

b) Pemilihan masa

Sesetengah orang kebiasaanya lebih selesa belajar pada waktu pagi. Tapi ada juga orang yang selesa pada waktu malam. Pilih masa belajar anda bersesuaian dengan jadual belajar anda. Jangan belajar melebihi masa tidur anda. Berjaga terlalu lama untuk belajar pada lewat malam  akan memenatkan badan dan minda anda dan ini akan menganggu kaedah belajar anda.

 

4. Ketahui Gaya dan Kaedah Belajar Anda

7 Tips Belajar Cemerlang 3

Setiap pelajar akan mempunyai cara pemblejaran tersendiri. Mengetahui gaya belajar yang sesuai dengan diri anda akan membuatkan diri anda lebih selesa untuk belajar dan seterusnya membantu anda untuk lebih memahami apa yang sedang anda pelajari. Disini terdapat 3 gaya pembelajaran :

a) Pendengaran

Pelajar yang belajar melalui pendengaran digalakkan untuk belajar dengan membaca nota secara kuat dan berbincang perkara yang dipelajari dengan kawan lain (study group).

b) Penglihatan

Pelajar jenis ini digalakkan untuk banyak melihat. Cuba untuk menggunakan warna di dalam nota dan lukis diagram/rajah seperti peta minda bagi membantu anda mencari kata kunci.

c) Kinestetik/Taktikal

Pelajar ini digalakkan untuk belajar menggunakan perbuatan. Cuba untuk melakukan Teknik seperti berlakon atau membina model bagi mendapatkan kata kunci pembelajaran dan memudahkan untuk faham.

 

5. Ambil Masa Berehat

7 Tips Belajar Cemerlang 4

Sangat penting untuk anda berehat sebentar setelah penat belajar atau menghadapi stress ketika belajar. Belajar terlalu lama akan mengurangkan prestasi pembelajaran anda.

Ketika mengambil masa untuk berehat, pastikan anda berada jauh dari meja atau ruang belajar anda. Lakukan sedikit senaman fizikal atau berjalan-jalan sebentar kerana ia dapat mengurangkan stress yang anda hadapi.

 

6. Meminta Pertolongan

7 Tips Belajar Cemerlang 5

Jika anda tersangkut pada sesuatu masalah atau tidak dapat menjawab soalan yang dipelajari, anda boleh selalu bertanyakan kawan-kawan anda untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Anda juga boleh bertanyakan guru mahupun pensyarah anda tentang perkara yang anda tidak faham tersebut.

 

7. Mengulangkaji Pelajaran

7 Tips Belajar Cemerlang 6

Sekurang-sekurangnya dalam masa seminggu, anda perlulah mengulangkaji semula perkara yang anda telah pelajari didalam kelas. Ia akan membantu anda untuk lebih memahami konsep perkara yang telah dipelajari dan membantu anda untuk mengingati nya dengan lebih jelas. Antara cara untuk anda mengulangkaji pelajaran adalah seperti berikut :

b) Kuiz

Minta pertolongan kawan ataupun keluarga untuk menanyakan soalan atau kuiz kepada anda berkenaan konsep yang telah anda pelajari. Kuiz sangat membantu anda untuk menambah keyakinan terhadap pengetahuan anda dan mengenalpasti dimana anda perlu berikan perhatian lebih.

c) Sediakan bahan ulangkaji

Lihat pada soalan-soalan peperiksaan yang lepas bagi membantu anda untuk mengulangkaji pelajaran. Ia membantu untuk lebih mengningati apa yang anda pelajari.

 

Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut, anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Setiap individu menunjukkan tindak balas yang berlainan terhadap pelbagai jenis tips atau teknik belajar. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri. Namun, apa yang penting adalah untuk mengelakkan mengulangkaji saat akhir yang mana akan membuatkan kita kesuntukan masa untuk belajar secara berkesan.

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian 7 Tips Belajar Cemerlang ini dapat membantu anda, para pelajar di luar sana supaya berjaya dalam pelajaran. Jangan cepat putus asa, dan cuba sebaiknya, semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Semoga 7 Tips Belajar Cemerlang ini bermanfaat buat anda.

Baca lebih banyak informasi terkini dan tips di sini: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

 

Tips dan Teknik Menjawab Soalan SAINS SPM

Tips Menulis Karangan Bahasa Inggeris SPM

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More