Perodua D55L Sudah Boleh Ditempah, Bermula RM62K Dengan 3 Varian
Perodua D55L sudah dibuka untuk tempahan. Model kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua D55L yang diperkatakan sejak tahun lalu, akhirnya sudah boleh ditempah dengan harga permulaan RM62 ribu sahaja.
Ramai yang pastinya tidak sabar menantikan SUV segmen B keluaran Perodua ini yang didakwa akan menggantikan SUV kecil Perodua iaitu Kembara dan Nautica.
Isi Kandungan
SPESIFIKASI PERODUA D55L :
Menerusi perkongsian oleh The Ajerul yang memaparkan info terkini mengenai kereta, Perodua D55L mempunyai tiga varian iaitu X, H dan AV dengan beberapa ciri menarik.
Perodua D55L dah boleh booking gaisss...
Harga bermula dari RM62k sahaja
3 varian : X, H dan AV
Ciri2 menarik :
ASA 3.0
Lane Departure Warning and Prevention
Lane Keep Control
Blind Spot Monitor
Rear Cross Traffic Alert
Adaptive Cruise Control
Enjin :
1.0L Turbo
CVT transmission
97hp @ 6000rpm
140Nm tork @ 2400rpm – 4000rpm
Rival (saingan) Proton X50?
Of coz tidak sebab suv ni sangat kecil dan kompak.. lebih kecil dari Haval H1, tapi lebih panjang dan tinggi dari Haval H1.
Boleh juga lihat di facebook beliau The Ajerul
MERUPAKAN MODEL PERTAMA DI BAWAH RANGKA TINDAKAN PERODUA SMART BUILD
Terdahulu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zainal Abidin Ahmad menyatakan bahawa pelancaran untuk Perodua D55L terpaksa ditangguhkan daripada tahun lepas kepada tahun ini berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara ini.
Beliau turut menyatakan bahawa Perodua D55L merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build yang menerajui gaya, keselamatan, teknologi, tahap kelengkapan dan juga nilai bagi Perodua.
Dengan kesemua ciri-ciri ini, ia merupakan model Perodua pertama yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2.
“Selari dengan matlamat kami untuk terus membawa lebih banyak teknologi canggih kepada orang ramai, Perodua D55L AV merupakan kenderaan Autonomi Tahap 2 yang paling mampu milik di Malaysia, menawarkan ciri keselamatan dan kemudahan canggih kepada semua.
“Kenderaan SUV kekal popular, dan Perodua D55L memenuhi trend ini dengan saiz yang kompak, gaya kontemporari dan ciri-ciri moden, menjadikannya paling sesuai untuk gaya hidup aktif seharian,” tambah beliau.
Perodua ini juga merupakan kenderaan turbo pertama Perodua, selari dengan trend ‘downsizing’ global, dan model Perodua pertama yang menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 km/liter – terbaik dalam kelasnya.
“Sementara itu, memandangkan pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh kerajaan dijangka berakhir pada hujung Jun, jangan tunggu lagi untuk menempah penasihat jualan kami yang sah bersedia membantu dan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Perodua D55L di semua pusat jualan kami di seluruh negara, dengan pematuhan ketat garis panduan Covid-19 demi kesihatan dan keselamatan anda,” kata Zainal Abidin.
Sumber : SINAR HARIAN